Tuesday, June 4, 2013

SISTEM KERJA ATAU CARA BEKERJA?

Terpanggil dengan cadangan sistem shif bagi menganti waktu kerja berjadual atau lebih di kenali dengan nama waktu kerja anjal. 

Cadangannya, isnin hingga jumaat akan buat sistem shif tanpa tuntutan kerja lebih masa, masa kerja 9 jam di pendekkan dari 9 jam kepada 8 jam. 6 jam kerja pada hari sabtu, dan hanya ahad boleh kemukakan tuntutan kerja lebih masa. 

Merasakan idea pelik wujud. Itu yang di cadangkan oleh pengurusan. Sangat kelakar, kerana mereka langsung tak faham bidang tugas setelah lebih 43 tahun Jabatan Penguatkuasaan ini wujud. 

Apa susah sangat nak beza antara shif dan wbb? Siapa yang pilih wbb, maka tertakluk la dengan ikatan syarat kerja 9 jam. Kerana itu waktu tugas pejabat. Mana-mana penguatkuasa yang melakukan tugas pejabat, kekalkan dengan wbb tersebut. Manakala yang pilih kerja shif, memang sepatutnya mereka kerja 8 jam sahaja. Letak sahaja jadualnya sebarang masa, asalkan genap 8 jam.

Bagi tujuan kerja lebih masa, tetapkan 2 jam maksimum bagi hari biasa dan 6 jam maksimum pada hari sabtu, ahad dan kelepasan am. Bukankah cara itu lebih mudah? Tak perlu melibatkan pengurusan tertinggi pun. Hanya ubah jadual tugas dan status di kad perakam waktu dan kad akses.


No comments:

Post a Comment