Thursday, July 25, 2013

Kenaikan Gaji Berganda Penjawat Awam

KUALA LUMPUR – Mulai semalam kakitangan awam mula menerima kenaikkan tahunan yang di awalkan , Pemberian KGT itu bermakna kakitangan awam memperolehi kenaikkan tahunan 2 kali pada tahun ini, Pemberian KGT yang diawalkan itu adalah sebagai faedah berikutan penangguhan perlaksanaan struktur gaji baru, kajian penambahbaikkan perkhidmatan dan pembetulan strktur gaji dalam sistem saraan.

Alfermatif yang baru hanya akan dapat diselesaikan pada Desember ini.

Pemberian KGT awal itu melibatkan kenaikkan gaji untuk 2014 diawalkan pada Julai 2013 ia membolehkan kakitangan awam menikmati kenaikkan antara 160 sahingga 640 ringgit sebulan selama 6 hingga 12 bulan mengikut tarikh kenaikkan gaji tahunan mereka.

Kenaikkan itu juga melibatkan pertambahan kepada pencen maksimum dan ganjaran pencen ia membabitkan peruntukkan kewangan 1.4 billion ringrit bagi tempoh enam bulan atau 3. 9 billion setahun. Dalam hal ini timbul pertanyaan bagaimana dengan kenaikkan bagi 2014 berikutan ia telah di awalkan , jika tiada kenaikkan tahun depan, Ia tidak bermakna kakitangan awam akan rugi, ini kerana selain menerima kenaikkan itu lebih awal mereka akan terus menerima jumlah 2 KGT yang di terima kini, sahingga kenaikkan baru pada 2015.

Ganjaran yang diberikan tersebut adalah sebagai usaha meningkatkan paras pendapatan kakitangan awam selaras dengan kemajuan kearah negara maju berpendapatan tinggi , Justeru pendapatan kakitangan awam yang juga menjadi sebahagian dari pada kayu pengukur negara maju perlu berada di atas paras kemiskinan.

Paras kemiskinan bandar kini ialah 3ribu ringgit sebulan manakala diluar bandar ialah 1,500 ringgit sebulan, Disamping kenaikkan gaji tahunan kakitangan awam dari grade 1 hingga 54 akan menerima bayaran bantuan khas kewangan 500 ringgit untuk persiapan Aidil Fitri.

Semasa mengumumkan bayaran itu pada rabu lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan bayaran bantuan 250 ringgit kepada persara kerajaan, Bantuan itu melibatkan peruntukkan kewangan 835 juta ringgit. Namun apa yang diharapkan kenaikkan gaji serta pemberian bantuan tersebut tidak akan mendorong kenaikkan harga barang barang keperluan.

Para peniaga sepatutnya tidak menaikkan harga baranan kerana ia akan mendorong kepada inflasi, yang akhirnya akan dirasai semua rakyat Malaysia, Walaupun pemberian tersebut untuk kakitangan awam namun para peniaga juga akan mendapat menfaatnya hasil dari kesan berganda apabila wang yang di perolehi itu di belanjakan semula.

Malah kitaran pemberian wang tersebut dalam pasaran akan menyegarkan pertumbuhan ekonomi yang seterusnya akan di nikmati oleh semua rakyat.

Wednesday, July 3, 2013

600 Sijil Cuti Sakit? Lebih 10 % Kakitangan Penguatkuasa ada masalah kesihatan?

Jika benar itu berlaku, kita patut sediakan ruang wad / bilik untuk rawatan pesakit, sediakan doktor & jururawat bertugas 24jam sehari! 

Sejauh mana kita serius menghadapi masalah kesihatan pada pegawai & anggota yang ada masalah sedemikian? 

Masalah lanjut usia atau berkhidmat terlalu lama? Atau memang kita suka yang berkhidmat di Jabatan Penguatkuasa ini yang dah cukup matang dan berusia? Tapi mengapa pilih pegawai kanan yang muda-muda? Yang tua-tua ni dah tak berguna? 

Tak ada yang menegur? Yang bawah-bawah itu hampas semuanya? 

Terfikir juga saya, mengapa kita tak pernah bersuara dan mencadangkan sesuatu yang berfaedah untuk semua. Mungkin juga pandangan orang bawahan tidak lagi releven bila 'hieraki' atau 'chief of command' itu di praktik kan, kita semua terpaksa akur dengan keputusan-keputusan yang salah dan kita boleh sabar dan hidup dengan apa cara sekalipun. 

Saya cuma terfikir! Itu sahaja! 

Penguatkuasa DBKL tak mahu terima Bayaran Insentif Penguatkuasa lagi!

Ada juga yang mengeluh setelah menerima Bayaran Insentif Penguatkuasa. Kata mereka, kini terbeban dengan kerja yang bukan-bukan. Saya dah 15 tahun bersama jabatan ini, dah boleh agak watak setiap orang pegawai atau anggota. 

Belum pernah lagi saya dengar, sesiapa yang masuk kerja di jemput dan di pelawa oleh Datuk Bandar atau Ketua Pengarah DBKL! Semua nya terhegeh-hengeh minta / merayu untuk masuk kerja! 

Jika merasakan terbeban dengan bentuk pekerjaan sekarang, rasa terbeban dengan bayaran insentif penguatkuasa tersebut, boleh buat surat berhenti! Tak pernah juga saya dengar pihak DBKL pegang kaki merayu kepada sesiapa sahaja untuk kekal berkhidmat dengan DBKL!

Jika tak faham tugas, peranan & amanah yang di pikul, jangan menyusahkan orang lain! 

Wasallam!