Wednesday, July 3, 2013

600 Sijil Cuti Sakit? Lebih 10 % Kakitangan Penguatkuasa ada masalah kesihatan?

Jika benar itu berlaku, kita patut sediakan ruang wad / bilik untuk rawatan pesakit, sediakan doktor & jururawat bertugas 24jam sehari! 

Sejauh mana kita serius menghadapi masalah kesihatan pada pegawai & anggota yang ada masalah sedemikian? 

Masalah lanjut usia atau berkhidmat terlalu lama? Atau memang kita suka yang berkhidmat di Jabatan Penguatkuasa ini yang dah cukup matang dan berusia? Tapi mengapa pilih pegawai kanan yang muda-muda? Yang tua-tua ni dah tak berguna? 

Tak ada yang menegur? Yang bawah-bawah itu hampas semuanya? 

Terfikir juga saya, mengapa kita tak pernah bersuara dan mencadangkan sesuatu yang berfaedah untuk semua. Mungkin juga pandangan orang bawahan tidak lagi releven bila 'hieraki' atau 'chief of command' itu di praktik kan, kita semua terpaksa akur dengan keputusan-keputusan yang salah dan kita boleh sabar dan hidup dengan apa cara sekalipun. 

Saya cuma terfikir! Itu sahaja! 

No comments:

Post a Comment