Thursday, July 25, 2013

Kenaikan Gaji Berganda Penjawat Awam

KUALA LUMPUR – Mulai semalam kakitangan awam mula menerima kenaikkan tahunan yang di awalkan , Pemberian KGT itu bermakna kakitangan awam memperolehi kenaikkan tahunan 2 kali pada tahun ini, Pemberian KGT yang diawalkan itu adalah sebagai faedah berikutan penangguhan perlaksanaan struktur gaji baru, kajian penambahbaikkan perkhidmatan dan pembetulan strktur gaji dalam sistem saraan.

Alfermatif yang baru hanya akan dapat diselesaikan pada Desember ini.

Pemberian KGT awal itu melibatkan kenaikkan gaji untuk 2014 diawalkan pada Julai 2013 ia membolehkan kakitangan awam menikmati kenaikkan antara 160 sahingga 640 ringgit sebulan selama 6 hingga 12 bulan mengikut tarikh kenaikkan gaji tahunan mereka.

Kenaikkan itu juga melibatkan pertambahan kepada pencen maksimum dan ganjaran pencen ia membabitkan peruntukkan kewangan 1.4 billion ringrit bagi tempoh enam bulan atau 3. 9 billion setahun. Dalam hal ini timbul pertanyaan bagaimana dengan kenaikkan bagi 2014 berikutan ia telah di awalkan , jika tiada kenaikkan tahun depan, Ia tidak bermakna kakitangan awam akan rugi, ini kerana selain menerima kenaikkan itu lebih awal mereka akan terus menerima jumlah 2 KGT yang di terima kini, sahingga kenaikkan baru pada 2015.

Ganjaran yang diberikan tersebut adalah sebagai usaha meningkatkan paras pendapatan kakitangan awam selaras dengan kemajuan kearah negara maju berpendapatan tinggi , Justeru pendapatan kakitangan awam yang juga menjadi sebahagian dari pada kayu pengukur negara maju perlu berada di atas paras kemiskinan.

Paras kemiskinan bandar kini ialah 3ribu ringgit sebulan manakala diluar bandar ialah 1,500 ringgit sebulan, Disamping kenaikkan gaji tahunan kakitangan awam dari grade 1 hingga 54 akan menerima bayaran bantuan khas kewangan 500 ringgit untuk persiapan Aidil Fitri.

Semasa mengumumkan bayaran itu pada rabu lalu, Perdana Menteri turut mengumumkan bayaran bantuan 250 ringgit kepada persara kerajaan, Bantuan itu melibatkan peruntukkan kewangan 835 juta ringgit. Namun apa yang diharapkan kenaikkan gaji serta pemberian bantuan tersebut tidak akan mendorong kenaikkan harga barang barang keperluan.

Para peniaga sepatutnya tidak menaikkan harga baranan kerana ia akan mendorong kepada inflasi, yang akhirnya akan dirasai semua rakyat Malaysia, Walaupun pemberian tersebut untuk kakitangan awam namun para peniaga juga akan mendapat menfaatnya hasil dari kesan berganda apabila wang yang di perolehi itu di belanjakan semula.

Malah kitaran pemberian wang tersebut dalam pasaran akan menyegarkan pertumbuhan ekonomi yang seterusnya akan di nikmati oleh semua rakyat.

No comments:

Post a Comment