Friday, August 30, 2013

Apa istimewanya kerja 6 jam pada hari sabtu?

Isnin hingga Jumaat kita hanya kerja 8 jam dan hari Sabtu kita kerja 6 jam. Hari Ahad cuti. Apa kelebihannya pada pengurusan jabatan? Semua pegawai kanan jabatan dapat sama-sama bekerja? Bermakna semua pengurusan gred N41 juga akan termasuk dalam waktu kerja yang sama? Atau peringkat sokongan sahaja? 

Apa pula faedahnya kepada pengurusan tertinggi jabatan DBKL? Dapat mengurangkan kos tuntutan kerja lebih masa? Atau waktu kerja lebih panjang untuk menguruskan hal elwal wargakota dengan lebih sempurna? 

Kenapa tak lakukan sistem syif yang sempurna? Kerja 8 jam sehari selama 5 hari dan di beri kelepasan dua hari pada mana-mana hari dalam minggu yang sama? Mesti kerja 5 hari berturut dan di beri 2 hari kelepasan pada hari yang berikutnya tanpa putus? Mana lebih mudah? Dah tentu tak perlu nak bazirkan duit dengan pembayaran kerja lebih masa. 

Bagi yang minat dengan sistem yang kerajaan sediakan, boleh ambil kelepasan pada hari sabtu dan ahad, manakala yang berminat dengan kelepasan seperti Kedah dan Kelantan boleh ambil kelepasan pada hari Khamis dan Jumaat. 

Kita sama-sama tahu kepentingan tugas penguatkuasaan lebih tertumpu pada acara dan majlis keramaian berlaku  di pusat bandar pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum, jadi sistem kerja hakiki 6 jam pada hari Sabtu tidak membantu sikit pun pada situasi sebenar. 

Penjadualan waktu tugas semasa dalam waktu anjal yang di perkenalkan pun kita masih tidak dapat menyeragamkan kepentingan wargakota, apa lagi dengan penambahan 6 jam pada hari Sabtu. Cuma terfikirkan bahagian yang lebih utama di Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Kecemasan yang menyediakan  perkhidmatan 24 jam sehari. Mereka juga mengikut sistem waktu anjal yang di perkenalkan oleh pihak perkhidmatan awam yang lain. Apa jabatan & agensi penguatkuasaan yang lain juga telah berjaya mempraktikkan sistem kerja 6 jam hakiki pada hari Sabtu itu dengan lebih baik? 

Jika dalam setahun pun dah berkali-kali ubah bentuk pengurusan, tiada satu pun berjaya dilakukan dengan lebih baik. Perubahan itu sepatutnya di lakukan dengan mengambil kira kepentingan warga kota dan warga kerja juga. Apa yang warga kota mahukan, apa yang boleh memberi impak pada perkhidmatan yang pihak kita sediakan. 

Kita lebihkan waktu kerja di mana warga kerja agensi awam lain bercuti? Atau kita akan mula lakukan kerja-kerja yang bukan dalam perkhidmatan pada warga awam? Perkhidmatan apa pula yang pihak jabatan kita fikirkan? 

No comments:

Post a Comment