Saturday, August 24, 2013

DBKL Nak Wujudkan Tanah Haram Di Kuala Lumpur?

Sunday, August 25, 2013

DBKL Nak Wujudkan Tanah Haram Di Kuala Lumpur ! ?

Jalan Alor waktu siang


Bisik-bisik Awang Selamat hari ini memberi khabar baru kepada saya akan satu khabar lama yang saya terlepas pandang sebelum ini -

Siapa untung?

AWANG hairan dengan keputusan untuk menjadikan Jalan Alor di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sebagai hab makanan Cina bertaraf antarabangsa.


Dengan mudah sahaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan projek bernilai RM12 juta itu, yang hanya untuk kepentingan satu kaum.

Mengapa tidak diwujudkan hab makanan semua kaum? Kuala Lumpur bukan milik kaum tertentu sahaja. 

Awang sedih sepatutnya pihak berkuasa memulakan hab makanan Melayu terlebih dahulu jika mahu mewujudkan konsep seperti itu di ibu negara. 

Perlu diingat Malaysia adalah negara pelbagai kaum yang Melayu dan bumiputera masih menjadi teras. Sama ada suka atau tidak, itulah hakikatnya. 

Maka memang wajar jika projek berkenaan menerima banyak bantahan terutama daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) mahu ia dibatalkan. 

Setakat ini, banyak pihak tidak berpuas hati dengan penjelasan Datuk Bandar, Ahmad Phesal Talib berhubung isu tersebut. Alasan bahawa projek itu hanya sekadar menaikkan taraf dan memajukan Jalan Alor sebagai tarikan pelancongan, kurang meyakinkan. 

Apa pun, DBKL perlu lebih sensitif. Imej Cina di Bukit Bintang sudah tebal untuk apa lagi diwarnai kawasan itu seolah-oleh mahu dijadikan seperti bandar Hong Kong.

Bukit Bintang juga sudah sangat pesat ciri metropolitannya. Seimbangkanlah pula kemajuan dengan kawasan lain di Kuala Lumpur terutama yang agak terabai. 

Lagi pun sejak dahulu lagi pengundi kawasan itu tidak pernah menyokong kerajaan, yang jika diberi bulan dan bintang sekali pun tidak akan menghargainya. 

Seperti biasa, faktor pelancongan dijadikan justifikasi yang kita semua diminta untuk percaya tetapi siapa sebenarnya yang lebih bijak dan terus raih untung?

Jalan Alor waktu malam
 Dan dibawah adalah berita asal pengumumannya dua bulan lepas -

Jalan Alor bakal jadi syurga makanan antarabangsa - Utusan 16 Julai 2013

KUALA LUMPUR 16 Julai - Jalan Alor di kawasan Bukit Bintang di sini yang menjadi tumpuan penggemar pelbagai jenis masakan Cina, bakal dinaik taraf dan dijadikan sebagai ’syurga makan’ bertaraf antarabangsa.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, projek bernilai RM12 juta itu akan bermula November ini dan dijadual siap Ogos tahun depan, membabitkan antaranya penyusunan semula tempat makan dan pengindahan kawasan.


Walaupun disebut makanan cina bertaraf antarabangsa, kita semua sudah dapat bayangkan bagaimana keadaannya nanti. Dengan dipenuhi asap dan bau panggangan daging babi dan pelbagai lagi yang haram buat umat Islam beserta minuman arak yang bakal dijual bebas sepanjang kawasan hab, apakah VISI yang ada dalam kepala Datuk Bandar Kuala Lumpur ?

Ingin menjadikan Jalan Alor TANAH YANG SEBENARNYA HARAM buat umat Islam di Kuala Lumpur ?

Mungkin ada yang berkata, sekarang ni pun apa bezanya ? Bezanya, sekarang ia tidak diiktiraf tapi nanti ia bakal menjadi HARAM YANG DIIKTIRAF !

Kelak bila sudah diiktiraf, rasa2nya senang tak kalau mahu diambil balik ?

Tanpa adanya Hab Haram Eksklusif sebegitu pun, sudah bersepah premis2 makanan untuk kaum2 cina di sekitar Kuala Lumpur. Tidak perlu DBKL nak gazet pula satu kawasan khas buat mereka.

Lepas ni apa pula .... nak wujudkan satu kawasan khas untuk pelacuranrumah urut pula ?


Saya harap rancangan Datuk Bandar Kuala Lumpur ini ditentang !

PS - Kalau hendak dijadikan Hab Makanan Cina HALAL Antarabangsa - SAYA SOKONG ! Barulah ia satu yang UNIK dan mampu menarik pelancong dari SEMUA peringkat kaum dan agama.

No comments:

Post a Comment