Saturday, September 28, 2013

Apa itu insuran? Penguatkuasa DBKL layak mendapat perlindungan insuran?

Kalau baca tajuk je, memang ada rasa macam ayat 'membunuh'!. Tapi saya juga ingin sampaikan versi ayat 'penderhaka' yang sonsang ini. 

Ketika saya mula-mula menjawat jawatan penguatkuasa dahulu, memang saya sedar, PULAPEN dan agen insuran ada sindiket! Dan yang terlibat juga adalah kakitangan & ahli keluarga Direktorat Penguatkuasaan juga. Hingga kini, mereka masih ada dan menjalani kehidupan sebagai agen insuran secara sampingan. Alhamdulliah, mereka pilih kerja dan jalan yang halal kerana ingin tambah pemdapatan. Cuma saya anggap, ada yang memilih jalan itu sebagai penipuan secara terhormat!

Bagi yang tak tahu apa itu Direktorat Penguatkuasaan, itu nama selepas pengabungan Warden Trafik, penguatkuasa setinggan dan penguatkuasa perumahan. Kalau tak silap saya selepas pembentukan 'skuad pemusnah' dahulu. 

Kegagalan sistem insuran yang pertama adalah insuran kelompok atau insuran Great Eastern yang berlaku pada jabatan kita. Sehingga kini, masih ada ahli yang cuba mengeluarkan caruman tersebut secara berperingkat. Ada la pulangan di antara rm600 ke rm700 ringgit. Bagi caruman selama beberapa tahun. Kes penyelewengan insuran itu terbongkar apabila Puan Melati ( Inspektor ) gagal membuat tuntutan terhadap kos pembiayaan rawatannya. Namanya hilang dari dalam sistem data induk Great Eastern. Bagi saya, penyelewengan ini adalah kes penipuan yang berat! Tapi entah bagaimana, saya rasa kes ini di ketepikan kerana melibatkan penyelesaian luar mahkamah dan entiti yang terlibat di paksa menyembunyikan fakta sebenar. Perjanjian sebegini biasanya wujud di antara badan peguam dan syarikat korporat / sosial yang ada nama.

Menghampiri waktu maghrib.. Saya berhenti di sini dulu.. Nanti saya sambung.. 

Gambar Lori Terkini! Penguatkuasa DBKL!

Terima Kasih Penguatkuasa DBKL!

Gempar! Lori Penguatkuasa DBKL Terbalik!


Friday, September 27, 2013

Tempat Letak Kereta Berbayar & Penguatkuasa DBKL

Sejak sebulan yang lalu, saya perasan ada sebuah mpv & pembesar suara bersama anggota trafik DBKL berlegar di kawasan tempat letak kereta berbayar di sebelah waktu petang di kawasan-kawasan tertentu. Antara ayat yang saya dengar di laungkan adalah 'Sila jelaskan pembayaran tiket tempat letak kereta anda sebelum tindakan di ambil'! 

Sebentar tadi sebuah avanza berwarna hijau metalik dan seorang anggota trafik mengekori mpv tersebut. Ketika itu waktu 3.50 petang. Tak terlintas pula saya untuk meninjau siapa yang menggunakan mpv tersebut. Sebaik terdengar laungan pembesar tersebut, saya lihat ada la beberapa orang awam melihat dan meninjau keadaan di tempat letak kereta masing-masing dan seterusnya berlalu tanpa memperdulikan mpv, laungan pembesar suara tersebut dan juga kehadiran anggota penguatkuasa DBKL yang melintas.

Rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan tindakan tersebut. Saya sedar wujud perjanjian tanpa kertas sejak dulu, tapi apabila menggunakan 'perkhidmatan' mpv dan pembesar suara itu. Memang sesuatu yang agak pelik bagi saya.

Saya hanya berminat nak komen hal 'perwakilan kuasa' dan Perintah Lalulintas yang digunapakai. Sama ada warga kota menerima perlakuan tersebut atau tidak. Tapi sebagai penguatkuasa, saya lihat itu cara yang sangat salah. Nampak seperti pihak DBKL pula terdesak mencari duit! Padahal kita sama-sama tahu siapa yang menikmati faedah-faedah tersebut. 



Saturday, September 21, 2013

Penguatkuasa DBKL di Bangkok!


Cuba perhatikan betul-betul! Ada kakitangan DBKL yang bergelar Penguatkuasa DBKL. Mereka tak akan memaksa orang lain menyanjung mereka, tapi jika kita kenal & sedar, mereka sedang mengharumkan nama negara & Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur! 

Syabas pada mereka! :) 

Friday, September 20, 2013

Penguatkuasa SPAD! Majlis Tamat Latihan Kursus Asas

Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Pengawai Penguatkuasa SPAD. Walau hanya dengan beberapa keping gambar, kita semua boleh nampak kemampuan mereka berbanding dengan kita Penguatkuasa DBKL.

Nampaknya pihak pengurusan DBKL masih tak nampak apa yang bakal berlaku pada teraju & halatuju Jabatan Penguatkuasaan DBKL.

Wednesday, September 18, 2013

Selamat Menyambut Hari Penguatkuasa DBKL yang ke 44!


Berdasarkan gambar ini, catatan itu di buat oleh seorang pegawai tinggi PDRM. Saya menyatakan rasa terharu kerana catatan itu merupakan pengiktirafan seorang pegawai uniform agensi lain. Saya turut berbangga. Beliau adalah SAC Dato Amar Singh s/o Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Berdasarkan pengalaman yang lepas, yang saya sangat pasti tidak tidur malam ini adalah Tuan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan. Sembahyang nya pasti lebih lama dari biasa, wirid dan witir nya juga lebih panjang dari biasa, malah doanya juga akan lebih lama berbanding hari-hari biasa. Itu saya tahu berdasarkan penceritaan beliau sendiri pada majlis- majlis rasmi yang lain. Bukan saya mereka-reka cerita. 

Kalau tak silap saya, kali ini lebih bermakna kerana tahun ini beliau bergelar sebagai Pengarah yang sah, pada tahun sebelum ini juga beliau pernah memangku jawatan tersebut ketika Dato Ruslin menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur, dan juga pada tahun lepas. 

Ketika ini, saya agak beliau masih menghubungi pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dengan persiapan di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, di samping memeriksa bait-bait teks ucapan yang bakal di lafazkan pada esok pagi. :) 

Saya sangat kecil berbanding dengan pegawai dan anggota yang telah lama berkhidmat, tapi tempoh ulang tahun sambutan Hari Penguatkuasa telah pun mencecah angka 44 tahun. Saya sendiri belum lahir ketika unit dan jabatan ini di ciptakan untuk warga Kuala Lumpur.

Adalah tinggi harapan saya agar Jabatan Penguatkuasa ini menjadi jabatan yang terbaik di kalangan  jabatan-jabatan lain dalam rumpun keluarga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, menjadi sebutan atas perkhidmatan yang di lakukan dan menjadi pemangkin kemajuan yang di nikmati oleh sekelian warga yang hadir di bandar Kuala Lumpur. 

Semoga persiapan yang di lakukan berjalan dengan lancar. Cuaca yang baik, dan kita sama-sama dapat hadir pada majlis Perbarisan Hari Penguatkuasa DBKL yang Ke 44 dengan jayanya.

Amin!

Tuesday, September 17, 2013

Kesalahan Ejaan di Laman Web Rasmi DBKL!

Ini berlaku di syarikat penyiaran awam, akibatnya kakitangan itu di pecat. Kerana salah eja atau sengaja menukar ejaan 'Polis DiRaja Malaysia' kepada 'Polis Raja Di Malaysia'. 


Ini pula berlaku di portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Cuba perhatikan ejaan 'waive' itu. Dua kali di eja salah. Harap tiada apa yang berlaku pada pegawai yang menjaga portal tersebut.

Harap segera di perbetulkan! 

Monday, September 16, 2013

15 September! Hari Penguatkuasa DBKL

Bagi tahun 2013, Penguatkuasa DBKL menyambut Hari Penguatkuasa yang ke 44. 
Pada 12 September lepas, ada kempen Derma Darah yang di anjurkan. Bertempat di UTC Sentul. 
Program lain saya tak dapat pastikan tarikh, belum terdengar apa-apa berita. Tapi esok 17 September adalah Raptai Pengarah Majlis Perbarisan Hari Penguatkuasaan di Astaka Taman Tasik Titiwangsa. Manakala majlis sebenarnya adalah pada 19 September 2013, jam 8.00 pagi di lokasi yang sama. 

Semuga majlis berjalan lancar. Kepada semua warga penguatkuasa, Selamat Menyambut Hari Penguatkuasa DBKL yang ke 44. 

Semuga di berkati! Amin! 

Saturday, September 14, 2013

Waktu Kerja Pejabat atau Waktu Bekerja Bukan Pejabat?

Bagi yang masih tak faham maksud waktu kerja pejabat dan waktu bekerja bukan waktu pejabat, saya  cuba terangkan apa yang saya faham.

1. Waktu Bekerja Pejabat

Waktu yang kita kerja sekarang, iaitu kerja 9 jam sehari selama 5 hari dan cuti 2 hari pada hari Sabtu & Ahad.
Jika masuk pukul 7 pagi, kita akan tamat atau melengkapkan tugas kita jam 4 petang. Jika masuk pukul 2 petang, akan tamat pada jam 11 malam. Atau mula jam 10 malam dan tamat jam 7 pagi. Walau bagaimana kitaran waktunya, mesti penuh 9 jam selama 5 hari iaitu Isnin hingga Jumaat.

Sabtu, Ahad & Cuti Am, jika bekerja, maksimun boleh tuntut kerja lebih masa dalam sehari adalah 8 jam.

Jika tuntutan kerja lebih masa pada hari Isnin hingga Jumaat, biasanya maksimum 6 jam, walaupun had yang di benarkan hanya 4 jam. Tapi kita semua sedia maklum, ada yang tuntut lebih.

2. Waktu Bekerja Bukan Pejabat

Ini lah waktu yang di cadangkan oleh pihak Pengurusan Jabatan Penguatkuasaan, waktu bekerja bukan pejabat memang wujud dalam Bab G.
Waktu bekerjanya hanya 8 jam sehari, tapi jumlah harinya sebanyak 6 hari seminggu, hari ke enam kena kerja selama 6 jam sehari.

Contoh:

Isnin hingga Jumaat kerja 8 jam sehari dan hari Sabtu kerja 6 jam sehari.

Atau:

Ahad hingga Khamis kerja 8 jam sehari dan Jumaat kerja 6 jam sehari. 

Begitulah seterusnya pada minggu-minggu yang akan datang, bermakna dalam seminggu hanya ada 1 hari cuti, hari cuti tersebut boleh jadi pada sebarang hari dalam mana-mana hari.

Kesimpulannya, 

Ketika waktu bekerja pejabat pun kita dah bekerja tak tentu masa dan terpaksa bekerja di mana-mana hari kelepasan am. Kini jabatan nak kurangkan pula cuti sehari lagi. Sekarang kita ada hari cuti pada Sabtu dan Ahad, selepas di kurangkan sehari, kita terpaksa cuti pada hari yang bukan cuti am dan cuti umum pula.

Sekarang kita nak pilih kerja yang macam mana? Nak kerja 5 hari seminggu atau kerja 6 hari seminggu? 

Atau, kita ikut je arahan. Kalau tak ikut arahan, nanti boleh di tuduh engkar arahan atau melawan pula! Jangan cakap apa-apa, buat bodoh terus menerus sampai pencen! :) 

Persoalannya?

Hanya Jabatan Penguatkuasaan? Yang memakai pakaian seragam? Atau semua jabatan DBKL juga terlibat? 

Sekejap! Belum habis lagi! 

Atau jabatan ini bapa saya punya dan saya boleh ubah ikut suka hati saya berdasarkan keperluan dan perintah-perintah am yang terdapat dalam pekeliling kerajaan yang lain? 

Wednesday, September 11, 2013

Betul 6 jam pada hari Sabtu?

Sedikit petikan twitter saya kepada PM Najib Razak, Tan Sri Ali Hamsa, Menteri Wilayah & Dato Bandar Kuala Lumpur berkaitan kerja 6 jam pada hari Sabtu. 


@hooliganatwork: Kerja 8 pagi hingga 12 tengah malam itu biasa bagi seorang penguatkuasa DBKL! Atau masuk seawal 3 pagi dan seterusnya. Kerja 8 - 5 luarbiasa

@hooliganatwork: Pengurusan tertinggi DBKL mahu penguatkuasa DBKL kerja 6 jam pada hari sabtu 8 pagi - 2 petang ( hakiki ) @TengkuAdnanReal @ahmadphesal

@hooliganatwork: Potong 1 jam kerja pada hari biasa! Isnin hingga jumaat akan kerja 8 jam.. 8 pagi hingga 4 petang! @TengkuAdnanReal @ahmadphesal

@hooliganatwork: Ada pula tambah cerita, JPA sarankan pada DBKL & 'sektor awam' lain, kembali bekerja pada hari sabtu @AliHamsa55 @NajibRazak

@hooliganatwork: Ada cadangan / berita dari 'belanjawan 2014' untuk penjawat awam kembali bekerja pada hari sabtu? @AliHamsa55 @NajibRazak

@hooliganatwork: Cuepacs cadangkan 'seragamkan' perjawatan 7 agensi penguatkuasaan. Antaranya imigresen, kastam, bomba, kpdnk, jpj, penguatkuasa tempatan dll

@hooliganatwork: Memang PM @NajibRazak tak akan balas tweet saya! Tapi perlaksanaannya pada 1 Okt 2013! Kita kembali bekerja pada hari Sabtu! Hakiki 8 - 2!

@hooliganatwork: Sebelum ini, waktu hakiki kerajaan adalah 8 pagi hingga 12.45 petang.. Kita tambah lagi 1 jam 15 minit waktu kerja.. :)

@hooliganatwork: Dah ada umum pada beberapa siri perhimpunan mingguan & bulanan..

@hooliganatwork: Bukan shif atau sistem pengiliran! Tapi hakiki! Bermakna semua orang kena kerja!

@hooliganatwork: Saya cuba untuk sahihkan berita 6 jam hakiki Sabtu itu.. Tapi mereka cakap JPA belum keluarkan pekeliling.. @AliHamsa55 @NajibRazak



Betul 6 jam pada hari Sabtu?

Sedikit petikan twitter saya kepada PM Najib Razak, Tan Sri Ali Hamsa, Menteri Wilayah & Dato Bandar Kuala Lumpur berkaitan kerja 6 jam pada hari Sabtu. 


@hooliganatwork: Kerja 8 pagi hingga 12 tengah malam itu biasa bagi seorang penguatkuasa DBKL! Atau masuk seawal 3 pagi dan seterusnya. Kerja 8 - 5 luarbiasa

@hooliganatwork: Pengurusan tertinggi DBKL mahu penguatkuasa DBKL kerja 6 jam pada hari sabtu 8 pagi - 2 petang ( hakiki ) @TengkuAdnanReal @ahmadphesal

@hooliganatwork: Potong 1 jam kerja pada hari biasa! Isnin hingga jumaat akan kerja 8 jam.. 8 pagi hingga 4 petang! @TengkuAdnanReal @ahmadphesal

@hooliganatwork: Ada pula tambah cerita, JPA sarankan pada DBKL & 'sektor awam' lain, kembali bekerja pada hari sabtu @AliHamsa55 @NajibRazak

@hooliganatwork: Ada cadangan / berita dari 'belanjawan 2014' untuk penjawat awam kembali bekerja pada hari sabtu? @AliHamsa55 @NajibRazak

@hooliganatwork: Cuepacs cadangkan 'seragamkan' perjawatan 7 agensi penguatkuasaan. Antaranya imigresen, kastam, bomba, kpdnk, jpj, penguatkuasa tempatan dll

@hooliganatwork: Memang PM @NajibRazak tak akan balas tweet saya! Tapi perlaksanaannya pada 1 Okt 2013! Kita kembali bekerja pada hari Sabtu! Hakiki 8 - 2!

@hooliganatwork: Sebelum ini, waktu hakiki kerajaan adalah 8 pagi hingga 12.45 petang.. Kita tambah lagi 1 jam 15 minit waktu kerja.. :)

@hooliganatwork: Dah ada umum pada beberapa siri perhimpunan mingguan & bulanan..

@hooliganatwork: Bukan shif atau sistem pengiliran! Tapi hakiki! Bermakna semua orang kena kerja!

@hooliganatwork: Saya cuba untuk sahihkan berita 6 jam hakiki Sabtu itu.. Tapi mereka cakap JPA belum keluarkan pekeliling.. @AliHamsa55 @NajibRazak



Tuesday, September 3, 2013

Kerja 6 jam pada hari Sabtu atau tambah 15 minit pada hari Isnin hingga Jumaat?

Mengikut kata Pengarah, kita hutang waktu bekerja dengan JPA sebanyak 1 jam seminggu! 4 jam sebulan, 48 jam setahun! 

Berkaitan dengan hutang ini, pada sudut agama, kita tak boleh masuk syurga! Putus ( tergantung ) segala amalan atas dunia selagi hutang tidak di jelaskan. Maka peluang untuk masuk neraka pula terbuka luas! 

Persoalannya, sehingga kini, saya sendiri tidak tahu waktu rehat yang di peruntukkan kepada seorang anggota penguatkuasa yang bertugas di lapangan. Dari jumlah 9 jam itu, berapa jam waktu rehat sebenar yang di peruntukkan. Masing-masing hanya guna kesempatan yang ada untuk berehat, atau 'mengadap tuhan' dengan waktu tersendiri! Kadang-kadang saya merasakan kita tipu tuhan bila mengerjakan solat di dalam waktu bekerja yang tidak ditetapkan.

Tapi penulisan ini hanya ingin memaklumkan bahawa, tambahan 1 jam pada waktu bekerja itu sepatutnya ada pilihan tambahan seperti yang saya nyatakan itu. Tak semestinya kita kurangkan sejam pada hari biasa dan tambah 6 jam pada hari Sabtu. 

Jika benar itu cara terbaik, sejak berpuluh tahun lalu, jabatan tetap melaksana kerja pada hari apa sahaja. Dengan apa cara untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan.

Pada dasarnya, saya anggap pihak pengurusan jabatan mahu pegawai gred N 41 ke atas bekerja pada hari Sabtu, mungkin mereka mahu kerja mereka di nilai pada hari Sabtu juga. Tapi apa kepentingan waktu bekerja tersebut pada warga jabatan dan warga kota? Jabatan Penguatkuasaan ada tak sampai 10 orang pun pegawai kanan beruniform bergred N 41 ke atas.

Manakala, setiap shif pada hari cuti dan kelepasan, ada beratus lagi kakitangan yang melakukan kerja-kerja yang berkaitan. Jika cuba mengawal waktu bekerja, penulisan saya dah lama dah nyatakan. Maksimum 4 jam pada hari biasa & 6 jam pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum. 

Fikir secara rasional lah, apa keperluan seorang penguatkuasa bekerja hingga 16 atau 14 jam sehari demi kepentingan tugas? Mereka tiada kehidupan lain.  Mereka tak ada keluarga atau urusan yang lain dari tugas penguatkuasaan? 

Jabatan sendiri melaksana dasar yang tidak di terima akal! Bohong kalau keperluan tugas itu mesti dilakukan sepanjang hari dan sepanjang tahun mengikut masa-masa yang di tetapkan.

Sekatan itu perlu demi tugas, tapi waktu berkerja juga kena rasional dan setanding dengan gaji yang diterima. Waktu tugas itu pula setimpal dengan semasa. Tambahan 15 minit sehari bagi tujuan mengantikan 1 jam seperti yang di dakwa oleh JPA dan pengarah JPK itu saya boleh terima, tapi jika nak guna 6 jam pada hari Sabtu sebagai hakiki dan gantian adalah perkara paling kelakar dan mencerminkan pemikiran jabatan yang klasik dan tidak bertamadun! 

Terasa hati ke? Memang itu lah tujuan saya... 

Wassalam!