Saturday, September 28, 2013

Apa itu insuran? Penguatkuasa DBKL layak mendapat perlindungan insuran?

Kalau baca tajuk je, memang ada rasa macam ayat 'membunuh'!. Tapi saya juga ingin sampaikan versi ayat 'penderhaka' yang sonsang ini. 

Ketika saya mula-mula menjawat jawatan penguatkuasa dahulu, memang saya sedar, PULAPEN dan agen insuran ada sindiket! Dan yang terlibat juga adalah kakitangan & ahli keluarga Direktorat Penguatkuasaan juga. Hingga kini, mereka masih ada dan menjalani kehidupan sebagai agen insuran secara sampingan. Alhamdulliah, mereka pilih kerja dan jalan yang halal kerana ingin tambah pemdapatan. Cuma saya anggap, ada yang memilih jalan itu sebagai penipuan secara terhormat!

Bagi yang tak tahu apa itu Direktorat Penguatkuasaan, itu nama selepas pengabungan Warden Trafik, penguatkuasa setinggan dan penguatkuasa perumahan. Kalau tak silap saya selepas pembentukan 'skuad pemusnah' dahulu. 

Kegagalan sistem insuran yang pertama adalah insuran kelompok atau insuran Great Eastern yang berlaku pada jabatan kita. Sehingga kini, masih ada ahli yang cuba mengeluarkan caruman tersebut secara berperingkat. Ada la pulangan di antara rm600 ke rm700 ringgit. Bagi caruman selama beberapa tahun. Kes penyelewengan insuran itu terbongkar apabila Puan Melati ( Inspektor ) gagal membuat tuntutan terhadap kos pembiayaan rawatannya. Namanya hilang dari dalam sistem data induk Great Eastern. Bagi saya, penyelewengan ini adalah kes penipuan yang berat! Tapi entah bagaimana, saya rasa kes ini di ketepikan kerana melibatkan penyelesaian luar mahkamah dan entiti yang terlibat di paksa menyembunyikan fakta sebenar. Perjanjian sebegini biasanya wujud di antara badan peguam dan syarikat korporat / sosial yang ada nama.

Menghampiri waktu maghrib.. Saya berhenti di sini dulu.. Nanti saya sambung.. 

No comments:

Post a Comment