Tuesday, September 3, 2013

Kerja 6 jam pada hari Sabtu atau tambah 15 minit pada hari Isnin hingga Jumaat?

Mengikut kata Pengarah, kita hutang waktu bekerja dengan JPA sebanyak 1 jam seminggu! 4 jam sebulan, 48 jam setahun! 

Berkaitan dengan hutang ini, pada sudut agama, kita tak boleh masuk syurga! Putus ( tergantung ) segala amalan atas dunia selagi hutang tidak di jelaskan. Maka peluang untuk masuk neraka pula terbuka luas! 

Persoalannya, sehingga kini, saya sendiri tidak tahu waktu rehat yang di peruntukkan kepada seorang anggota penguatkuasa yang bertugas di lapangan. Dari jumlah 9 jam itu, berapa jam waktu rehat sebenar yang di peruntukkan. Masing-masing hanya guna kesempatan yang ada untuk berehat, atau 'mengadap tuhan' dengan waktu tersendiri! Kadang-kadang saya merasakan kita tipu tuhan bila mengerjakan solat di dalam waktu bekerja yang tidak ditetapkan.

Tapi penulisan ini hanya ingin memaklumkan bahawa, tambahan 1 jam pada waktu bekerja itu sepatutnya ada pilihan tambahan seperti yang saya nyatakan itu. Tak semestinya kita kurangkan sejam pada hari biasa dan tambah 6 jam pada hari Sabtu. 

Jika benar itu cara terbaik, sejak berpuluh tahun lalu, jabatan tetap melaksana kerja pada hari apa sahaja. Dengan apa cara untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang di amanahkan.

Pada dasarnya, saya anggap pihak pengurusan jabatan mahu pegawai gred N 41 ke atas bekerja pada hari Sabtu, mungkin mereka mahu kerja mereka di nilai pada hari Sabtu juga. Tapi apa kepentingan waktu bekerja tersebut pada warga jabatan dan warga kota? Jabatan Penguatkuasaan ada tak sampai 10 orang pun pegawai kanan beruniform bergred N 41 ke atas.

Manakala, setiap shif pada hari cuti dan kelepasan, ada beratus lagi kakitangan yang melakukan kerja-kerja yang berkaitan. Jika cuba mengawal waktu bekerja, penulisan saya dah lama dah nyatakan. Maksimum 4 jam pada hari biasa & 6 jam pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum. 

Fikir secara rasional lah, apa keperluan seorang penguatkuasa bekerja hingga 16 atau 14 jam sehari demi kepentingan tugas? Mereka tiada kehidupan lain.  Mereka tak ada keluarga atau urusan yang lain dari tugas penguatkuasaan? 

Jabatan sendiri melaksana dasar yang tidak di terima akal! Bohong kalau keperluan tugas itu mesti dilakukan sepanjang hari dan sepanjang tahun mengikut masa-masa yang di tetapkan.

Sekatan itu perlu demi tugas, tapi waktu berkerja juga kena rasional dan setanding dengan gaji yang diterima. Waktu tugas itu pula setimpal dengan semasa. Tambahan 15 minit sehari bagi tujuan mengantikan 1 jam seperti yang di dakwa oleh JPA dan pengarah JPK itu saya boleh terima, tapi jika nak guna 6 jam pada hari Sabtu sebagai hakiki dan gantian adalah perkara paling kelakar dan mencerminkan pemikiran jabatan yang klasik dan tidak bertamadun! 

Terasa hati ke? Memang itu lah tujuan saya... 

Wassalam! 

No comments:

Post a Comment