Wednesday, September 18, 2013

Selamat Menyambut Hari Penguatkuasa DBKL yang ke 44!


Berdasarkan gambar ini, catatan itu di buat oleh seorang pegawai tinggi PDRM. Saya menyatakan rasa terharu kerana catatan itu merupakan pengiktirafan seorang pegawai uniform agensi lain. Saya turut berbangga. Beliau adalah SAC Dato Amar Singh s/o Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.

Berdasarkan pengalaman yang lepas, yang saya sangat pasti tidak tidur malam ini adalah Tuan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan. Sembahyang nya pasti lebih lama dari biasa, wirid dan witir nya juga lebih panjang dari biasa, malah doanya juga akan lebih lama berbanding hari-hari biasa. Itu saya tahu berdasarkan penceritaan beliau sendiri pada majlis- majlis rasmi yang lain. Bukan saya mereka-reka cerita. 

Kalau tak silap saya, kali ini lebih bermakna kerana tahun ini beliau bergelar sebagai Pengarah yang sah, pada tahun sebelum ini juga beliau pernah memangku jawatan tersebut ketika Dato Ruslin menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur, dan juga pada tahun lepas. 

Ketika ini, saya agak beliau masih menghubungi pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dengan persiapan di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, di samping memeriksa bait-bait teks ucapan yang bakal di lafazkan pada esok pagi. :) 

Saya sangat kecil berbanding dengan pegawai dan anggota yang telah lama berkhidmat, tapi tempoh ulang tahun sambutan Hari Penguatkuasa telah pun mencecah angka 44 tahun. Saya sendiri belum lahir ketika unit dan jabatan ini di ciptakan untuk warga Kuala Lumpur.

Adalah tinggi harapan saya agar Jabatan Penguatkuasa ini menjadi jabatan yang terbaik di kalangan  jabatan-jabatan lain dalam rumpun keluarga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, menjadi sebutan atas perkhidmatan yang di lakukan dan menjadi pemangkin kemajuan yang di nikmati oleh sekelian warga yang hadir di bandar Kuala Lumpur. 

Semoga persiapan yang di lakukan berjalan dengan lancar. Cuaca yang baik, dan kita sama-sama dapat hadir pada majlis Perbarisan Hari Penguatkuasa DBKL yang Ke 44 dengan jayanya.

Amin!

No comments:

Post a Comment