Friday, September 27, 2013

Tempat Letak Kereta Berbayar & Penguatkuasa DBKL

Sejak sebulan yang lalu, saya perasan ada sebuah mpv & pembesar suara bersama anggota trafik DBKL berlegar di kawasan tempat letak kereta berbayar di sebelah waktu petang di kawasan-kawasan tertentu. Antara ayat yang saya dengar di laungkan adalah 'Sila jelaskan pembayaran tiket tempat letak kereta anda sebelum tindakan di ambil'! 

Sebentar tadi sebuah avanza berwarna hijau metalik dan seorang anggota trafik mengekori mpv tersebut. Ketika itu waktu 3.50 petang. Tak terlintas pula saya untuk meninjau siapa yang menggunakan mpv tersebut. Sebaik terdengar laungan pembesar tersebut, saya lihat ada la beberapa orang awam melihat dan meninjau keadaan di tempat letak kereta masing-masing dan seterusnya berlalu tanpa memperdulikan mpv, laungan pembesar suara tersebut dan juga kehadiran anggota penguatkuasa DBKL yang melintas.

Rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan tindakan tersebut. Saya sedar wujud perjanjian tanpa kertas sejak dulu, tapi apabila menggunakan 'perkhidmatan' mpv dan pembesar suara itu. Memang sesuatu yang agak pelik bagi saya.

Saya hanya berminat nak komen hal 'perwakilan kuasa' dan Perintah Lalulintas yang digunapakai. Sama ada warga kota menerima perlakuan tersebut atau tidak. Tapi sebagai penguatkuasa, saya lihat itu cara yang sangat salah. Nampak seperti pihak DBKL pula terdesak mencari duit! Padahal kita sama-sama tahu siapa yang menikmati faedah-faedah tersebut. 



No comments:

Post a Comment