Saturday, September 14, 2013

Waktu Kerja Pejabat atau Waktu Bekerja Bukan Pejabat?

Bagi yang masih tak faham maksud waktu kerja pejabat dan waktu bekerja bukan waktu pejabat, saya  cuba terangkan apa yang saya faham.

1. Waktu Bekerja Pejabat

Waktu yang kita kerja sekarang, iaitu kerja 9 jam sehari selama 5 hari dan cuti 2 hari pada hari Sabtu & Ahad.
Jika masuk pukul 7 pagi, kita akan tamat atau melengkapkan tugas kita jam 4 petang. Jika masuk pukul 2 petang, akan tamat pada jam 11 malam. Atau mula jam 10 malam dan tamat jam 7 pagi. Walau bagaimana kitaran waktunya, mesti penuh 9 jam selama 5 hari iaitu Isnin hingga Jumaat.

Sabtu, Ahad & Cuti Am, jika bekerja, maksimun boleh tuntut kerja lebih masa dalam sehari adalah 8 jam.

Jika tuntutan kerja lebih masa pada hari Isnin hingga Jumaat, biasanya maksimum 6 jam, walaupun had yang di benarkan hanya 4 jam. Tapi kita semua sedia maklum, ada yang tuntut lebih.

2. Waktu Bekerja Bukan Pejabat

Ini lah waktu yang di cadangkan oleh pihak Pengurusan Jabatan Penguatkuasaan, waktu bekerja bukan pejabat memang wujud dalam Bab G.
Waktu bekerjanya hanya 8 jam sehari, tapi jumlah harinya sebanyak 6 hari seminggu, hari ke enam kena kerja selama 6 jam sehari.

Contoh:

Isnin hingga Jumaat kerja 8 jam sehari dan hari Sabtu kerja 6 jam sehari.

Atau:

Ahad hingga Khamis kerja 8 jam sehari dan Jumaat kerja 6 jam sehari. 

Begitulah seterusnya pada minggu-minggu yang akan datang, bermakna dalam seminggu hanya ada 1 hari cuti, hari cuti tersebut boleh jadi pada sebarang hari dalam mana-mana hari.

Kesimpulannya, 

Ketika waktu bekerja pejabat pun kita dah bekerja tak tentu masa dan terpaksa bekerja di mana-mana hari kelepasan am. Kini jabatan nak kurangkan pula cuti sehari lagi. Sekarang kita ada hari cuti pada Sabtu dan Ahad, selepas di kurangkan sehari, kita terpaksa cuti pada hari yang bukan cuti am dan cuti umum pula.

Sekarang kita nak pilih kerja yang macam mana? Nak kerja 5 hari seminggu atau kerja 6 hari seminggu? 

Atau, kita ikut je arahan. Kalau tak ikut arahan, nanti boleh di tuduh engkar arahan atau melawan pula! Jangan cakap apa-apa, buat bodoh terus menerus sampai pencen! :) 

Persoalannya?

Hanya Jabatan Penguatkuasaan? Yang memakai pakaian seragam? Atau semua jabatan DBKL juga terlibat? 

Sekejap! Belum habis lagi! 

Atau jabatan ini bapa saya punya dan saya boleh ubah ikut suka hati saya berdasarkan keperluan dan perintah-perintah am yang terdapat dalam pekeliling kerajaan yang lain? 

No comments:

Post a Comment