Saturday, October 26, 2013

Bini - Bini 'Penguatkuasa' Ku Gangster!

Jangan terasa hati dengan tajuk tersebut. Saya cuma bergurau. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang sakit atau yang dah mati sejak wujud Skuad Pemusnah / Demolition Squad lagi. 

Suka saya nyatakan bahawa saya berbangga dengan pekerjaan saya sekarang, dengan jawatan yang saya ada dan gaji yang saya dapat! Syukur alhamdulillah! 

Tiada niat nak perli atau menyindir sesiapa juga. Kalau ada pun kawan-kawan kita yang bertuah dapat isteri di kalangan Penguatkuasa. Saya tidak menilai seseorang dengan gelaran pangkat, jawatan & harta benda nya. Begitu juga berapa tinggi Ilmu pengetahuan atau kelayakkan darjah kurniaan tertinggi sekali pun. 

Anggapan saya kita semua sama di sisi tuhan. Kita perlu sama jaga hubungan kita dengan tuhan ( Allah ) & jaga hubungan kita sesama manusia iaitu pada maksud yang lebih tepat, hubungan di antara kita sesama warga Penguatkuasa DBKL ini.

Saya sayang semuanya.. Wassallam.. 

Friday, October 11, 2013

Akta Rahsia Rasmi 1972

Apa kaitannya dengan penguatkuasa DBKL? 

Berdasarkan pembacaan saya, semua perjanjian, ikatan, kontrak jawatan, termasuk semua bahan dan peralatan adalah termasuk dalam akta tersebut. Kecuali seluar dalam dan baju dalam. Itu tidak termasuk dalam akta tersebut.

Kecuali ada di antara kita yang tidak gemar memakai seluar dalam dan baju dalam. 

Kesalahan akan wujud apabila berlaku penyalahgunaan semua jenis peralatan yang di bekalkan. Sya tidak bergurau, boleh merujuk tafsiran 'bahan' & 'benda'. 

Benda - termasuklah apa-apa jua barang atau bahan.

Bahan - termasuklah apa-apa kelengkapan, alat atau objek.

Manakala tafsiran bagi 'jawatan dalam perkhidmatan awam' & 'pegawai awam'. Bagi pemilik samsung yang mengunakan perisian android, boleh download Akta Rahsia Rasmi 1972 secara percuma. Itu pun kalau ada melanggan pakej internet, bagi yang tiada jangan salahkan saya pula. Kerana maklumat di hujung jari kita guna pada hal-hal lain. Atau mungkin kisah isteri Mat Yo lebih menarik untuk di langgan dan tonton di you tube. :) 

34 muka surat yang boleh dibaca, oleh kerana kita semua kena tandatangani dokumen tersebut, adalah lebih baik kita tinjau dan baca apa yang terkandung secara bercetak di dalam akta tersebut. 

Sebagai sokongan kepada perkhidmatan dan klausa yang terdapat dalam arahan pentadbiran, saya klasifikasikan kita memang sebagai penjawat awam yang sah. Oleh yang sedemikian, saya terpaksa juga menyokong rancangan jabatan kita untuk melaksanakan sistem kerja shif seperti yang di syorkan. Dengan syarat, ada arahan bertulis yang sah, ada kebenaran dari ketua jabatan, ada dokumen sokongan dari pihak perkhidmatan awam seperti pekeliling dari Menteri Wilayah, Dato Bandar, atau Ketua Setiausaha Perkhidmatan Awam atau yang sejawatan dan sewaktu dengannya. 

Kemudian, saya juga menyokong agar semua jenis elaun-elaun yang sah yang di perkenalkan dalam perkhidmatan awam yang lain juga boleh di beri mengikut unit dan bahagian yang berkaitan seperti elaun menunggang kuda bagi unit berkuda, elaun asap / metana bagi petugas trafik, elaun menyelam bagi skuad penyelamat, elaun bermain alat muzik bagi brassband, elaun menbawa senjata api, elaun basikal bagi unit basikal, dan elaun-elaun yang turut sama di takrifkan sebagai elaun yang boleh di bayar dan di tuntut. 

Cuma, saya tak faham mengapa CUEPACS, Anulae, JPJ, Kastam, Imigresen, KPDNK, Bomba, dan beberapa PBT lain cuba menukar skim perkhidmatan dan mencadangkan kepada sistem 'keselamatan'. Sedangkan pihak JPA pula sibuk menyediakan kertas kerja menukar gred gaji polis dan tentera kepada sistem 'N' dan penyeragaman dalam kumpulan pentadbiran. 

Adakah saya mendedahkan rahsia? 


Elaun Basikal Wujud! Penguatkuasa DBKL?

Jangan lupa buat tuntutan Elaun Basikal! Tak banyak sangat, tapi RM 90 juga! 

Tapi kalau Unit Basikal Penguatkuasa DBKL tak mahu terima Elaun Basikal tersebut, saya patut cilikan mulut saya sendiri kerana pandai-pandai sebut! RM 90 tu apalah sangat bagi mereka itu. 

Bagi saya, Elaun Basikal itu wujud atas kapasiti bantuan pekerjaan atau 'alat bantu kerja seperti elaun-elaun lain yang wujud.

Terima kasih! 


Sunday, October 6, 2013

Dato Bandar Kuala Lumpur Menaiki Helikopter Ke Taman Metropolitan Kepong

Kehadirannya mencuri tumpuan di Taman  Metropolitan Kepong. Merasmikan Kejohanan Powerboat Antarabangsa termasuk sukan rekreasi air dan udara.



Friday, October 4, 2013

Ops Iklan Haram! Akal di kepala atau di lutut?

Saya mula menyampah dengan iklan haram atau iklan sampah yang mencacatkan pandangan dan halangan kepada beberapa struktur awam yang wujud di sekitar bandaraya. Saya tak berniat untuk membandingkan dengan bandaraya lain, tapi semasa sesi minum kopi di Bandar Petaling Jaya ( PJ New Town ), saya sanggup bergolek atau berguling di atas mana-mana jalan, siarkaki atau apa-apa jalan awam. Memang bersih dan terjaga dengan rapi. 

Tapi sangat tidak adil, jika saya nak bandingkan taraf Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Tapi, macam mana pula Petaling Jaya boleh dapat taraf Bandaraya jika mereka tak layak? Atau mereka juga ada saluran tertentu untuk menentukan status pihak berkuasa tempatan mereka? Biarlah rahsia! Saya rasa memang lebih elok jika saya tak tahu. 

Pihak kita tak kaji atau pihak kita sengaja buat tak tahu dengan apa yang berlaku? Tapi apa pula faedahnya jika majikan kita terpaksa berbelanja lebih untuk bayar gaji kita dengan sistem kerja yang salah dan tidak sistematik? Saya sendiri boleh agak waktu puncak dan waktu yang sebenarnya tukang-tukang pasang iklan ini beroperasi, memang mereka akan pasang iklan ketika semua orang sedang tidur lena, waktu sesuai pasang adalah antara jam 3.00 pagi hingga 5.30 pagi.

Sangat menyakitkan hati apabila pihak kita pula menurunkan iklan-iklan haram tersebut di antara pukul 11.00 malam hingga jam 2.00 pagi dan menyerahkan iklan-iklan tersebut ke Stor Sitaan pada jam 3.00  hingga 4.00 pagi dan tamat tugas pada jam 6.00 pagi. Seolah-olah pihak kita memberi laluan dan membersihkan kawasan untuk pihak mereka menampal iklan-iklan baru. Untuk menanggalkan semula iklan-iklan tersebut, kita tunggu lagi sehingga pada tengah malam. Dah sepanjang hari iklan tersebut terpasang di sepanjang laluan utama ketika orang awam / warga kota dapat melihat dengan jelas iklan-iklan tersebut terpasang. Siapa yang jadi bodoh sekarang? Warga kota anggap pihak DBKL makan gaji buta? Padahal dah habis pegawai / anggota kena kerahan kerja di waktu tengah malam hingga awal pagi.

Jangan pula pihak pengurusan beri arahan untuk menurunkan iklan-iklan tersebut di waktu puncak antara 6.00 pagi ke 9.00 pagi, memang bersepai kepala dan isi perut jika kena langgar di tengah pembahagi jalan, kerana ketika warga kota ke tempat kerja, mereka memandu dengan laju! Lebih mudah kita mati untuk negara! Saya sangat yakin, keranda kita nanti akan di balut dengan bendera Malaysia! Matinya seorang patriot ( penguatkuasa )! 

Pertimbangkan cadangan mereka yang di bawah juga, bukan nak tunjuk pandai, tapi logik! Jika rasa pangkat dan kuasa itu maksum dan bebas dari dosa dan kebodohan, itu bukan salah saya. Saya yang gila! Kerana saya sayangkan rakan-rakan penguatkuasa yang lain.

 I love you! :p 

Wednesday, October 2, 2013

Meningkatkan sistem sedia ada atau mengurangkan sistem yang telah ada?

Jika tak faham, tak mengapa. Mungkin salah saya yang tidak berjaya menggunakan ayat atau perkataan yang lebih sesuai atau saya tidak membaca peraturan atau mendalami ilmu dalam bidang penguatkuasaan. 

Dua tahun di cawangan, hanya kursus sehari berkaitan Kawalan Orang Ramai oleh Polis Di Raja Malaysia. Jadilah, nanti kalau pergi banyak-banyak kursus, saya jadi terlebih pandai pula! :p

Penceritaan saya terhad, tapi sejak 2004, antara sistem yang saya anggap alat bantu kerja adalah Sistem PADU, sebelum itu dah wujud sistem yang lain bersama High Tech Padu yang saya lupa pula namanya. Tapi sistem itu berkaitan dengan penyenaraiaan maklumat kenderaan berserta butiran yang di perolehi dari Jabatan Pengangkutan Jalan. Atau bahasa mudahnya link secara terus kepada sistem data maklumat kenderaan. Oleh kerana masalah pembayaran, syarikat yang terlibat memberhentikan perkhidmatannya. Kita kehilangan link data tersebut. Dan urusan itu terpaksa di buat secara manual dengan memohonnya secara fizikal dengan jumlah senarai yang terhad. 

Pada tahun berikutnya, pihak jabatan berusaha mendapatkan kembali sistem yang sama. Pihak JPJ tiada halangan, kerana sistem itu hanya sistem akses capaian secara internet. Kebetulan pula, yang hadir ke mesyuarat tersebut adalah saya sendiri yang mewakili pihak DBKL bagi seluruh PBT lain di Malaysia. Sebenarnya, tiada kos yang terlibat. Pihak JPJ menyediakan data tersebut secara percuma kepada PBT dengan syarat. 

Tapi pengurusan menetapkan, hanya Jabatan Undang-Undang sahaja layak mengakses kepada data-data tersebut. Akibatnya, kita bawa notis-notis kesalahan itu ke sana untuk di 'key in' atau memasukan data notis kesalahan itu secara manual. Paling pelik, pihak kita yang mengeluarkan notis pula tidak dibenarkan memiliki sistem akses tersebut, padahal semua notis itu di keluarkan oleh penguatkuasa DBKL sendiri. 

Ketika itu, purata notis yang di keluarkan sehari adalah antara 3600 ke 4000 keping sehari. Bayangkan petugas bilik notis terpaksa mengusung notis-notis tersebut setiap hari. Kemudian terpaksa di sisih kembali dan menyusun seperti buku asal. 

Saya tak perlu jelaskan notis-notis yang tertunggak dari tahun berapa, tapi kalau nak di bandingkan dengan kutipan yang di perolehi, memang tak dapat nak beli motor ex5 pun. 

Tapi yang buat saya kecewa, hampir 100 pemasangan talian / nodes / point untuk capaian internet LAN / Intranet di jabatan, di cabut dan di musnahkan akibat alasan pengubahsuaian ruang pejabat dan atas alasan pihak atasan yang tidak mahu ada talian internet di jabatan. 

Kerana ketika itu, terdapat beberapa sistem yang direka khusus untuk jabatan sedang beroperasi dan mendapat pujian dari pihak PBT dan agensi awam lain. Termasuk pemasangan CCTV, E akses, Sistem Penerimaan dan Pengeluaran Surat, Sistem Merekod Tindakan & Operasi, Sistem Rekod Aset, Sistem Pengkalan Data Maklumat / Kakitangan. HRMIS. ITIS, Handheld dan beberapa lagi sistem yang saya sendiri dah lupa nama. 

Malah, saya sendiri ke pejabat Tricubess di Jalan Ampang untuk memberi input, rekabentuk paparan di handheld tersebut. Ketika rekabentuk itu dihasilkan, saya di beritahu, sistem itu di jadikan demo oleh mereka untuk jualan di PBT lain di seluruh Malaysia. Dalam proses pihak kita nak membeli, 27 PBT lain telah beli dan gunakan dengan hanya menukar logo.

Tak percaya tak apa. Itu hanya sebahagian dari cerita penuh. :) 

Tuesday, October 1, 2013

Kegagalan Sistem Lesen Perniagaan Oleh DBKL!

Dari pemerhatian tak sampai dua tahun, saya dapati ada yang tak kena dengan pengurusan & pembahagian lesen perniagaan kepada mereka yang layak.

1. Kadar bayaran lesen bagi sebuah premis / bangunan / struktur kekal & kadar yang di bayar oleh penjaja di atas tempat2 awam seperti kakilima / siarkaki di hadapan-hadapan premis perniagaan yang lain.

2. Contoh paling ketara, lesen penjaja juga di keluarkan di hadapan restoran. Restoran bayar sewa kedai, bayar lesen perniagaan, bayar lesen iklan, bayar permit tempat letak kereta, bayar papan tanda penunjuk arah, bayar cukai pintu, bayar bil air & letrik.

3. Penjaja yang dapat permit di hadapan restoran? Hanya bayar permit tak sampai   RM 100 setahun. Berniaga melebihi dari ruang yang dibenarkan. Ada Lesen kepada penjaja makanan & minuman dengan saiz 3 kaki x 6 kaki. Saya agak itu bagi saiz stall jajaan mereka. Tapi jumlah meja dan kerusi yang mereka gunakan, hampir di sepanjang jalan awam, hampir di atas semua siar kaki / kaki lima awam. Entah mana sumber elektirk & airnya.. Entah mana pula pendaftaran perniagaannya.

4. Bukan saya mempertikai kerja jabatan lain. Tapi kalau penguatkuasa DBKL di salahkan dengan tidak menjalankan tugas, kita patut tuding jari pada bentuk-bentuk kelulusan yang di berikan pada penjaja-penjaja & pengusaha restoran yang suka memasang kerusi meja di atas siarkaki & kakilima tempat awam.

5. Nampak seperti kerja sia-sia tanpa mengambil kira kos / bebanan bayaran gaji lebih masa yang di peruntukkan. Ternyata itu bukan salah Penguatkuasa! Tapi syarat-syarat dalam pemberian lesen  tidak lengkap & tidak mengambil kira lokasi / penempatan premis perniagaan.

Singapura Kami ( Penguatkuasa DBKL ) Datang!

Seperti yang di umumkan di perhimpunan mingguan semalam. Bagi mereka yang ber 'prestasi tinggi', akan dipilih untuk ke Singapura sebelum hujung tahun ini. Bagi mereka yang berminat, bolehkan meningkatkan keupayaan diri! :) 

Walau siapa pun yang terpilih nanti, Tahniah!