Friday, October 11, 2013

Akta Rahsia Rasmi 1972

Apa kaitannya dengan penguatkuasa DBKL? 

Berdasarkan pembacaan saya, semua perjanjian, ikatan, kontrak jawatan, termasuk semua bahan dan peralatan adalah termasuk dalam akta tersebut. Kecuali seluar dalam dan baju dalam. Itu tidak termasuk dalam akta tersebut.

Kecuali ada di antara kita yang tidak gemar memakai seluar dalam dan baju dalam. 

Kesalahan akan wujud apabila berlaku penyalahgunaan semua jenis peralatan yang di bekalkan. Sya tidak bergurau, boleh merujuk tafsiran 'bahan' & 'benda'. 

Benda - termasuklah apa-apa jua barang atau bahan.

Bahan - termasuklah apa-apa kelengkapan, alat atau objek.

Manakala tafsiran bagi 'jawatan dalam perkhidmatan awam' & 'pegawai awam'. Bagi pemilik samsung yang mengunakan perisian android, boleh download Akta Rahsia Rasmi 1972 secara percuma. Itu pun kalau ada melanggan pakej internet, bagi yang tiada jangan salahkan saya pula. Kerana maklumat di hujung jari kita guna pada hal-hal lain. Atau mungkin kisah isteri Mat Yo lebih menarik untuk di langgan dan tonton di you tube. :) 

34 muka surat yang boleh dibaca, oleh kerana kita semua kena tandatangani dokumen tersebut, adalah lebih baik kita tinjau dan baca apa yang terkandung secara bercetak di dalam akta tersebut. 

Sebagai sokongan kepada perkhidmatan dan klausa yang terdapat dalam arahan pentadbiran, saya klasifikasikan kita memang sebagai penjawat awam yang sah. Oleh yang sedemikian, saya terpaksa juga menyokong rancangan jabatan kita untuk melaksanakan sistem kerja shif seperti yang di syorkan. Dengan syarat, ada arahan bertulis yang sah, ada kebenaran dari ketua jabatan, ada dokumen sokongan dari pihak perkhidmatan awam seperti pekeliling dari Menteri Wilayah, Dato Bandar, atau Ketua Setiausaha Perkhidmatan Awam atau yang sejawatan dan sewaktu dengannya. 

Kemudian, saya juga menyokong agar semua jenis elaun-elaun yang sah yang di perkenalkan dalam perkhidmatan awam yang lain juga boleh di beri mengikut unit dan bahagian yang berkaitan seperti elaun menunggang kuda bagi unit berkuda, elaun asap / metana bagi petugas trafik, elaun menyelam bagi skuad penyelamat, elaun bermain alat muzik bagi brassband, elaun menbawa senjata api, elaun basikal bagi unit basikal, dan elaun-elaun yang turut sama di takrifkan sebagai elaun yang boleh di bayar dan di tuntut. 

Cuma, saya tak faham mengapa CUEPACS, Anulae, JPJ, Kastam, Imigresen, KPDNK, Bomba, dan beberapa PBT lain cuba menukar skim perkhidmatan dan mencadangkan kepada sistem 'keselamatan'. Sedangkan pihak JPA pula sibuk menyediakan kertas kerja menukar gred gaji polis dan tentera kepada sistem 'N' dan penyeragaman dalam kumpulan pentadbiran. 

Adakah saya mendedahkan rahsia? 


No comments:

Post a Comment