Wednesday, October 2, 2013

Meningkatkan sistem sedia ada atau mengurangkan sistem yang telah ada?

Jika tak faham, tak mengapa. Mungkin salah saya yang tidak berjaya menggunakan ayat atau perkataan yang lebih sesuai atau saya tidak membaca peraturan atau mendalami ilmu dalam bidang penguatkuasaan. 

Dua tahun di cawangan, hanya kursus sehari berkaitan Kawalan Orang Ramai oleh Polis Di Raja Malaysia. Jadilah, nanti kalau pergi banyak-banyak kursus, saya jadi terlebih pandai pula! :p

Penceritaan saya terhad, tapi sejak 2004, antara sistem yang saya anggap alat bantu kerja adalah Sistem PADU, sebelum itu dah wujud sistem yang lain bersama High Tech Padu yang saya lupa pula namanya. Tapi sistem itu berkaitan dengan penyenaraiaan maklumat kenderaan berserta butiran yang di perolehi dari Jabatan Pengangkutan Jalan. Atau bahasa mudahnya link secara terus kepada sistem data maklumat kenderaan. Oleh kerana masalah pembayaran, syarikat yang terlibat memberhentikan perkhidmatannya. Kita kehilangan link data tersebut. Dan urusan itu terpaksa di buat secara manual dengan memohonnya secara fizikal dengan jumlah senarai yang terhad. 

Pada tahun berikutnya, pihak jabatan berusaha mendapatkan kembali sistem yang sama. Pihak JPJ tiada halangan, kerana sistem itu hanya sistem akses capaian secara internet. Kebetulan pula, yang hadir ke mesyuarat tersebut adalah saya sendiri yang mewakili pihak DBKL bagi seluruh PBT lain di Malaysia. Sebenarnya, tiada kos yang terlibat. Pihak JPJ menyediakan data tersebut secara percuma kepada PBT dengan syarat. 

Tapi pengurusan menetapkan, hanya Jabatan Undang-Undang sahaja layak mengakses kepada data-data tersebut. Akibatnya, kita bawa notis-notis kesalahan itu ke sana untuk di 'key in' atau memasukan data notis kesalahan itu secara manual. Paling pelik, pihak kita yang mengeluarkan notis pula tidak dibenarkan memiliki sistem akses tersebut, padahal semua notis itu di keluarkan oleh penguatkuasa DBKL sendiri. 

Ketika itu, purata notis yang di keluarkan sehari adalah antara 3600 ke 4000 keping sehari. Bayangkan petugas bilik notis terpaksa mengusung notis-notis tersebut setiap hari. Kemudian terpaksa di sisih kembali dan menyusun seperti buku asal. 

Saya tak perlu jelaskan notis-notis yang tertunggak dari tahun berapa, tapi kalau nak di bandingkan dengan kutipan yang di perolehi, memang tak dapat nak beli motor ex5 pun. 

Tapi yang buat saya kecewa, hampir 100 pemasangan talian / nodes / point untuk capaian internet LAN / Intranet di jabatan, di cabut dan di musnahkan akibat alasan pengubahsuaian ruang pejabat dan atas alasan pihak atasan yang tidak mahu ada talian internet di jabatan. 

Kerana ketika itu, terdapat beberapa sistem yang direka khusus untuk jabatan sedang beroperasi dan mendapat pujian dari pihak PBT dan agensi awam lain. Termasuk pemasangan CCTV, E akses, Sistem Penerimaan dan Pengeluaran Surat, Sistem Merekod Tindakan & Operasi, Sistem Rekod Aset, Sistem Pengkalan Data Maklumat / Kakitangan. HRMIS. ITIS, Handheld dan beberapa lagi sistem yang saya sendiri dah lupa nama. 

Malah, saya sendiri ke pejabat Tricubess di Jalan Ampang untuk memberi input, rekabentuk paparan di handheld tersebut. Ketika rekabentuk itu dihasilkan, saya di beritahu, sistem itu di jadikan demo oleh mereka untuk jualan di PBT lain di seluruh Malaysia. Dalam proses pihak kita nak membeli, 27 PBT lain telah beli dan gunakan dengan hanya menukar logo.

Tak percaya tak apa. Itu hanya sebahagian dari cerita penuh. :) 

No comments:

Post a Comment