Friday, October 4, 2013

Ops Iklan Haram! Akal di kepala atau di lutut?

Saya mula menyampah dengan iklan haram atau iklan sampah yang mencacatkan pandangan dan halangan kepada beberapa struktur awam yang wujud di sekitar bandaraya. Saya tak berniat untuk membandingkan dengan bandaraya lain, tapi semasa sesi minum kopi di Bandar Petaling Jaya ( PJ New Town ), saya sanggup bergolek atau berguling di atas mana-mana jalan, siarkaki atau apa-apa jalan awam. Memang bersih dan terjaga dengan rapi. 

Tapi sangat tidak adil, jika saya nak bandingkan taraf Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Tapi, macam mana pula Petaling Jaya boleh dapat taraf Bandaraya jika mereka tak layak? Atau mereka juga ada saluran tertentu untuk menentukan status pihak berkuasa tempatan mereka? Biarlah rahsia! Saya rasa memang lebih elok jika saya tak tahu. 

Pihak kita tak kaji atau pihak kita sengaja buat tak tahu dengan apa yang berlaku? Tapi apa pula faedahnya jika majikan kita terpaksa berbelanja lebih untuk bayar gaji kita dengan sistem kerja yang salah dan tidak sistematik? Saya sendiri boleh agak waktu puncak dan waktu yang sebenarnya tukang-tukang pasang iklan ini beroperasi, memang mereka akan pasang iklan ketika semua orang sedang tidur lena, waktu sesuai pasang adalah antara jam 3.00 pagi hingga 5.30 pagi.

Sangat menyakitkan hati apabila pihak kita pula menurunkan iklan-iklan haram tersebut di antara pukul 11.00 malam hingga jam 2.00 pagi dan menyerahkan iklan-iklan tersebut ke Stor Sitaan pada jam 3.00  hingga 4.00 pagi dan tamat tugas pada jam 6.00 pagi. Seolah-olah pihak kita memberi laluan dan membersihkan kawasan untuk pihak mereka menampal iklan-iklan baru. Untuk menanggalkan semula iklan-iklan tersebut, kita tunggu lagi sehingga pada tengah malam. Dah sepanjang hari iklan tersebut terpasang di sepanjang laluan utama ketika orang awam / warga kota dapat melihat dengan jelas iklan-iklan tersebut terpasang. Siapa yang jadi bodoh sekarang? Warga kota anggap pihak DBKL makan gaji buta? Padahal dah habis pegawai / anggota kena kerahan kerja di waktu tengah malam hingga awal pagi.

Jangan pula pihak pengurusan beri arahan untuk menurunkan iklan-iklan tersebut di waktu puncak antara 6.00 pagi ke 9.00 pagi, memang bersepai kepala dan isi perut jika kena langgar di tengah pembahagi jalan, kerana ketika warga kota ke tempat kerja, mereka memandu dengan laju! Lebih mudah kita mati untuk negara! Saya sangat yakin, keranda kita nanti akan di balut dengan bendera Malaysia! Matinya seorang patriot ( penguatkuasa )! 

Pertimbangkan cadangan mereka yang di bawah juga, bukan nak tunjuk pandai, tapi logik! Jika rasa pangkat dan kuasa itu maksum dan bebas dari dosa dan kebodohan, itu bukan salah saya. Saya yang gila! Kerana saya sayangkan rakan-rakan penguatkuasa yang lain.

 I love you! :p 

No comments:

Post a Comment