Wednesday, November 13, 2013

Hanya Jauhari Mengenal Manikam!


Tak silap saya, ni gambar KIP Shaiful Anuar! 
Yang ini pula KIP Sarial! 

Gambar itu hasil nukilan Kopral Lan Pitong.. Saya copy paste dari Sahabat JPK. 
Tadi saya berpeluang hadir bersama mereka yang berkursus di Institut Latihan DBKL. Kursus Lanjutan Penyelia Penguatkuasa. 

Ketika sesi pengenalan, semua yang hadir di kursus tersebut telah berkhidmat lebih 30 tahun di Jabatan Penguatkuasaan. Berlainan sekali dengan kursus lain yang saya hadiri, mereka membuktikan bahawa mereka benar-benar telah 'masak' dengan sistem  dan segala 'hiruk pikuk sepak terajang' sebagai penguatkuasa.

Lebih mengejutkan saya, soalan-soalan ujian yang di jalankan, mereka hampir meneka keseluruhan tepat! Walaupun dari latarbelakang yang berbeza. Ada tukang kayu, ada pemandu, ada kawalan menara, ada zon, ada trafik, ada unit berkuda, ada brassband & macam-macam lagi unit!

Pertama, mereka hormati masa, kedua mereka hormat majlis ilmu, ketiga mereka tahu menjaga kawan-kawan yang rata-ratanya sebaya. Boleh lihat keakraban yang mereka sembunyikan termasuk menghormati sesama rakan sekerja.

Yang buat hati saya berdetik, mereka dah lebih 30 tahun berkhidmat, mereka dah lama dengan jawatan mereka, tak lama lagi mereka akan bersara. Tapi jasa mereka sepanjang perkhidmatan, siapa akan kenang? Atau apa pula bentuk penghargaan pada mereka? Apa peranan pentadbir jabatan dalam mengenal pasti kepakaran yang mereka ada? 

Kacang lupakan kulit? Atau kita masih kena bayar hutang sejam & bekerja 6 hari  seminggu bagi memenuhi keperluan jabatan? Kita hutang sejam, kita kena bayar 6 jam? Kita kerja sabtu, kita dah hilang 48 hari sabtu setahun? 

N17 dapat N22 setelah 15 tahun berkhidmat! N41 tak perlu tunggu 10 tahun pun untuk menjawat N52! Itu kategori apa pula? 

No comments:

Post a Comment