Tuesday, December 31, 2013

Himpunan Turun / Guling!

Situasi Hadapan Sogo! 

Kawalan Dataran Merdeka atau Kawalan Himpunan Turun / Guling Kerajaan?

Salam Datuk Seri, 

Tugasan apa yang sesuai dengan sambutan tahun baru di Dataran Merdeka pada malam ni? Kawalan pada harta benda Dato Bandar atau Kawalan orang ramai yang hadir atau kawalan peserta / himpunan / demonstrasi atau campurtangan NGO yang percaya pada usaha mengulingkan kerajaan atau cubaan memasang dan meletopkan bom di Dataran Merdeka? 

Apa kemahiran yang ada pada Ketua Jabatan Penguatkuasaan atau pegawai kanan Jabatan Penguatkuasaan atau anggota penguatkuasa pelbagai pangkat yang ada di Jabatan Penguatkuasaan? Sejauh mana penglibatan pegawai dan penguatkuasa dalam menghadapi situasi berkenaan? Terlatih kah pegawai dan anggota penguatkuasa dalam menghadapi situasi yang melibatkan ancaman keselamatan kepada negara dengan kelayakan SPM & Gred Jawatan N17? 

Cubaan yang sebagaimana nak diletakkan taraf serta tanggungjawab pegawai dan anggota penguatkuasa DBKL ini? 

Atau pegawai pengurusan tertinggi di DBKL sudah tidak dapat mengklasifikasikan tugas penguatkuasa pada hal-hal yang melibatkan ancaman dan situasi yang mungkin buruk hasil dari perbuatan pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan yang memerintah atau pihak berkuasa tempatan. 

Pemikiran saya mungkin tak selari dengan semua pegawai yang wujud di DBKL, tapi setidaknya Dato Seri boleh fikirkan ancaman yang wujud pada baki hari 365 setahun berkaitan dengan tugas-tugas penguatkuasa jalankan. 

Ini sekadar perhatian kepada situasi yang mungkin berlaku malam ini. 

Monday, December 30, 2013

Sekadar ada! Bukan membantu pun!

Akaun twitter Menteri Wilayah Persekutuan & Akaun twitter Dato Bandar sekadar 'ada'! Tapi tak banyak membantu pun! 


Pegawai Penguatkuasa Gred N36 ke bawah, hutang 1 jam waktu bekerja seminggu dengan JPA?

Tahniah atas kejayaan Ketua Jabatan dan Pengurusan Tertinggi DBKL kerana dapat melaksanakan sistem kerja 6 hari seminggu secara hakiki bermula dari 2 Januari 2014 nanti. 

Pertamanya saya kagum dengan Ketua Jabatan Penguatkuasaan DBKL kerana berjaya mendapat kelulusan dari pengurusan tertinggi DBKL. Kerana 1 jam waktu kerja ( mereka dakwa penguatkuasa DBKL hutang 1 jam waktu kerja dalam 1 minggu ) mereka berjaya KURANGKAN 48 HARI CUTI SABTU untuk wargakerja jawatan Penguatkuasa Gred N 17 hingga Gred N 36! 

Tapi atas kuasa siapa pula yang boleh menjadikan waktu shif itu pendek? Arahan kerja sejak 2007 yang merujuk jadual waktu berkerja dahulu siapa pula yang laksanakan? Jabatan perkhidmatan Awam yang bersalah? Atau pegawai penguatkuasa yang salah? Apa alasan sebenarnya? Mengapa perlaksanaan sistem waktu kerja 6 hari di Jabatan Penguatkuasaan DBKL hanya merujuk kepada arahan lisan Ketua Jabatan / Wakil ketua jabatan? 

Kita sama-sama nantikan bulan Febuari nanti. Bila kad kuning kita ada 'catatan' waktu kerja hakiki pada hari Sabtu! Itu bukti yang kita boleh bawa ke Mahkamah! :) 

Selagi tiada arahan bertulis dari mana-mana Pengurusan tertinggi DBKL saya anggap arahan kerja itu adalah tidak sah! Kenapa merumitkan urusan kerja? 48 hari cuti Sabtu menjadi hari kerja hakiki adalah perkara yang patut di catatkan dan di perakui oleh kerajaan yang memerintah, bukan hanya pandangan peribadi atau keputusan peribadi seorang Ketua Jabatan. 

Betul atau tidak pandangan saya? 

Tuesday, December 24, 2013

JPAM! Penguatkuasa DBKL ada?

Majlis Makan Malam JPAM


Pemeriksaan Kawalan Kehormat JPAM 


Catatan : Mereka baru berapa tahun? Penguatkuasa DBKL pula dah berapa tahun? 

Hikayat Dewa-Dewa Terumbu Karang!

Tersebut la kisah, di zaman dewa kayangan yang tinggal di dalam laut, menceritakan rupa pantai dan rupa matahari. Lemah lembut gemalai di dalam air, menjadi keras kejung bila naik ke darat.

Di ceritakan oleh hikayat, dewa-dewa ini mempunyai sotong & kepah yang bekerja 9 jam sehari. Selepas lebih 10 tahun sistem kerja 5 hari seminggu di laksanakan dewa-dewa ini kembali mahu membuktikan kekuasaan. Dewa-dewa ini mahu mengubah & memaksa sotong dan kepah kembali kerja 6 hari seminggu. 

Khabarnya dewa-dewa cuba menyorok lidah bercabangnya dari pengetahuan warga negeri di bawah laut! Dulu dewa-dewa kata, warga sotong dan kepah berhutang dengan Ketua Dewa 1 jam sehari, tapi sekarang pandai pula deea-dewa ini buat penyelesaian nak bagi 1 jam kerja lebih masa sehari, dan tambah 2 jam pada hari sabtu. Maka sotong & kepah pun tertanya-tanya di mana pula dewa-dewa dapat hidayah atau mimpi yang membolehkan mereka menukar sistem kerja sotong dan kepah merujuk kepada Perintah Am Bab Sotong & Kepah! 

Maka dewa-dewa pun menari sakan kerana percaya mereka dah fikirkan kecermerlang mereka berjaya memaksa sotong & kepah bekerja 6 hari seminggu sebagai hakiki! Tapi mereka lupa, mereka ini mencipta masa / waktu bekerja mengikut pekeling dewa-dewa negeri mana? Mereka tak takut kena dakwa atau di anggap dewa syok sendiri ke? 

Nantikan persembahan dewa-dewa ini di episod akan datang!

:p 

Sunday, December 22, 2013

PASAR MALAM / DBKL

PASAR MALAM

Bil Lokasi Parlimen
1. Jalan Kangsar Off Jalan Ipoh Batu
2. Taman Sri Murni Batu
3. Sentul Pasar Dalam 4b Batu
4. Seksyen 1, Wangsa Maju Wangsa Maju
5. Taman Miharja Fasa 11 Cheras
6. Kg Kerinchi, Bangsar (I) Lembah Pantai
7. Desa Seri Mahkota, Bandar Manjalara Segambut
8. Taman Len Sen, Cheras Bandar Tun Razak
9. Jalan Air Panas, Setapak Setiawangsa
10. Desa Pandan, Kg Pandan Titiwangsa
11. Taman Sri Sinar, Segambut Segambut
12. Taman Koop Polis Fasa 2 Batu
13. Rumah Pangsa Razak Mansion Bukit Bintang
14. Kg Pasir Lama Off Jln Klang Lama Lembah Pantai
15. Taman Kok Lian, Segambut Segambut
16. Taman Datuk Senu, Sentul Batu
17. Kg. Kasippillay Off Jalan Ipoh Segambut
18. Jalan Bangsawan, Bandar Tun Razak Bandar Tun Razak
19. Rumah Panjang 1a, Jinjang Batu
20. Jalan Air Bah, Setapak Setiawangsa
21. Taman Desa Bakti, Selayang Batu
22. Taman Intan Baiduri, Kepong Batu
23. Taman Pertama Chera s Cheras
24. Taman Sri Petaling, Sg Besi Seputeh
25. Jalan Chemur, Pekeliling Titiwangsa
26. Rumah Pangsa Gombak 1a Wangsa Maju
27. Jalan 25/56, Keramat Wangsa Setiawangsa
28. Jalan 133, Kepong Kepong
29. Taman Connought, Cheras Bandar Tun Razak
30. Jalan 2a/146, Desa Tasek, Sg Besi Bandar Tun Razak
31. Jalan Batu 2, Taman Batu Muda Batu
32. Pantai Dalam, Bangsar (Rabu) Lembah Pantai
33. Jalan K, Taman Batu, Segambut Batu
34. Rumah Pangsa Sri Melaka, Cheras Bandar Tun Razak
35. Taman Desa Petaling Bandar Tun Razak
36. Seksyen 10, Wangsa Maju Setiawangsa
37. Jalan Kolam Air Off Jalan Ipoh Batu
38. Kg Malaysia Tambahan, Sg. Besi Bandar Tun Razak
39. Jalan Wira, Kg. Pandan Titiwangsa
40. Rumah Pangsa Sri Pahang, Bangsar Lembah Pantai
41. Taman Beringin, Jinjang Batu
42. Jalan Gempita, Salak Selatan Seputeh
43. Kuchai Enterpreneurs Park Seputeh
44. Kuaters Hospital Kuala Lumpur Titiwangsa
45. Taman Sri Rampai, Setapak Setiawangsa
46. Jalan 4/146, Bandar Tasek Selatan Bandar Tun Razak
47. Jalan Ikan Emas, Cheras Bandar Tun Razak
48. Pkns Jalan Kuching Segambut
49. Pasar Malam Awam Bandar Tun Razak Bandar Tun Razak
50. Jalan Berhala, Brickfield Bukit Bintang
51. Kg. Haji Abdullah Hukum, Bangsar Lembah Pantai
52. Taman Sri Sentosa, Klang Lama Lembah Pantai
53. Flat Sri Terengganu, Sentul Batu
54. Jalan Kas-Kas, Taman Cheras Cheras
55. Taman Tynton, Cheras Cheras
56. Jalan Hujan Emas, Oug Seputeh
57. Jalan A1/6, Taman Setapak Indah Titiwangsa
58. Taman Melati, Gombak Wangsa Maju
59. Jalan Ang Seng, Brickfield Lembah Pantai
60. Taman Mastiara, Segambut Batu
61. Taman Segar, Cheras Cheras
62. Kg Kerinchi, Bangsar (J) Lembah Pantai
63. Jalan 20/2a, Taman Wilayah Selayang Batu
64. Kg. Cheras Baru, Cheras Cheras
65. Taman Desa Off Jalan Klang Lama Seputeh
66. Taman Kok Doh, Segambut Kepong
67. Taman Sri Endah, Sg. Besi Bandar Tun Razak
68. Jalan Sibu 6, Taman Wahyu Batu
69. Bandar Baru Sentul Batu
70. Jalan 31/10a, Taman Perindustrian Iks Batu
71. Jalan Udang Siar, Segambut Segambut
72. Jalan Lazat, Happy Garden Seputeh
73. Jalan Rejang, Setapak Jaya Setiawangsa
74. AU2 Keramat Setiawangsa
75. Taman Midah, Cheras Cheras
76. Taman Bukit Anggerik, Cheras Bandar Tun Razak
77. Pantai Dalam, Bangsar (Sabtu) Lembah Pantai
78. Taman Sri Bintang, Kepong Kepong
79. Pekan Sg. Besi Bandar Tun Razak
80. Taman Koop Polis Fasa 1 Batu
81. Taman Sg. Besi Seputeh
82. Lorong Tuanku Abdul Rahman Bukit Bintang
83. Pasar Malam Bandar Tun Razak Bandar Tun Razak
84. Taman Miharja Fasa 1 Cheras
85. Jalan Kelab, Jinjang Kepong
86. Taman Tun Dr Ismail Segambut
87. Jalan Kelapa Gading, Segambut Segambut
88. Taman Bukit Maluri, Kepong Segambut
89. Jalan Semarak, Setapak Setiawangsa
90. Jalan Selesa, Happy Garden Seputeh
91. Jalan Mergastua, Kepong Kepong
92. Rumah Pangsa Sri Selangor, San Peng Cheras
93. Taman Maluri, Cheras Titiwangsa
94. Titikaya, Jinjang Kepong
95. Jalan Telawi, Bangsar Lembah Pantai
96. Taman Sri Kuching, Off Jalan Ipoh Segambut
97. PPR Taman Batu Muda Batu

Friday, December 13, 2013

Wednesday, December 11, 2013

Misi Bantuan Bencana Banjir #kuantan #dbkl

Konvoi yang di lepaskan sendiri oleh Dato Bandar Kuala Lumpur. Kumpulan 1 yang terdiri dari pelbagai jabatan DBKL seramai 100 orang. 





Monday, December 9, 2013

Ini caranya! Pertukaran hari cuti & waktu bekerja!

Ini caranya. Bukan menyebarkan maklumat tanpa bukti. Jika ini di praktik kan di Jabatan Penguatkuasa DBKL,  tiada siapa pun akan berani berbunyi!