Tuesday, December 24, 2013

Hikayat Dewa-Dewa Terumbu Karang!

Tersebut la kisah, di zaman dewa kayangan yang tinggal di dalam laut, menceritakan rupa pantai dan rupa matahari. Lemah lembut gemalai di dalam air, menjadi keras kejung bila naik ke darat.

Di ceritakan oleh hikayat, dewa-dewa ini mempunyai sotong & kepah yang bekerja 9 jam sehari. Selepas lebih 10 tahun sistem kerja 5 hari seminggu di laksanakan dewa-dewa ini kembali mahu membuktikan kekuasaan. Dewa-dewa ini mahu mengubah & memaksa sotong dan kepah kembali kerja 6 hari seminggu. 

Khabarnya dewa-dewa cuba menyorok lidah bercabangnya dari pengetahuan warga negeri di bawah laut! Dulu dewa-dewa kata, warga sotong dan kepah berhutang dengan Ketua Dewa 1 jam sehari, tapi sekarang pandai pula deea-dewa ini buat penyelesaian nak bagi 1 jam kerja lebih masa sehari, dan tambah 2 jam pada hari sabtu. Maka sotong & kepah pun tertanya-tanya di mana pula dewa-dewa dapat hidayah atau mimpi yang membolehkan mereka menukar sistem kerja sotong dan kepah merujuk kepada Perintah Am Bab Sotong & Kepah! 

Maka dewa-dewa pun menari sakan kerana percaya mereka dah fikirkan kecermerlang mereka berjaya memaksa sotong & kepah bekerja 6 hari seminggu sebagai hakiki! Tapi mereka lupa, mereka ini mencipta masa / waktu bekerja mengikut pekeling dewa-dewa negeri mana? Mereka tak takut kena dakwa atau di anggap dewa syok sendiri ke? 

Nantikan persembahan dewa-dewa ini di episod akan datang!

:p 

No comments:

Post a Comment