Tuesday, December 31, 2013

Kawalan Dataran Merdeka atau Kawalan Himpunan Turun / Guling Kerajaan?

Salam Datuk Seri, 

Tugasan apa yang sesuai dengan sambutan tahun baru di Dataran Merdeka pada malam ni? Kawalan pada harta benda Dato Bandar atau Kawalan orang ramai yang hadir atau kawalan peserta / himpunan / demonstrasi atau campurtangan NGO yang percaya pada usaha mengulingkan kerajaan atau cubaan memasang dan meletopkan bom di Dataran Merdeka? 

Apa kemahiran yang ada pada Ketua Jabatan Penguatkuasaan atau pegawai kanan Jabatan Penguatkuasaan atau anggota penguatkuasa pelbagai pangkat yang ada di Jabatan Penguatkuasaan? Sejauh mana penglibatan pegawai dan penguatkuasa dalam menghadapi situasi berkenaan? Terlatih kah pegawai dan anggota penguatkuasa dalam menghadapi situasi yang melibatkan ancaman keselamatan kepada negara dengan kelayakan SPM & Gred Jawatan N17? 

Cubaan yang sebagaimana nak diletakkan taraf serta tanggungjawab pegawai dan anggota penguatkuasa DBKL ini? 

Atau pegawai pengurusan tertinggi di DBKL sudah tidak dapat mengklasifikasikan tugas penguatkuasa pada hal-hal yang melibatkan ancaman dan situasi yang mungkin buruk hasil dari perbuatan pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan yang memerintah atau pihak berkuasa tempatan. 

Pemikiran saya mungkin tak selari dengan semua pegawai yang wujud di DBKL, tapi setidaknya Dato Seri boleh fikirkan ancaman yang wujud pada baki hari 365 setahun berkaitan dengan tugas-tugas penguatkuasa jalankan. 

Ini sekadar perhatian kepada situasi yang mungkin berlaku malam ini. 

No comments:

Post a Comment