Monday, December 30, 2013

Pegawai Penguatkuasa Gred N36 ke bawah, hutang 1 jam waktu bekerja seminggu dengan JPA?

Tahniah atas kejayaan Ketua Jabatan dan Pengurusan Tertinggi DBKL kerana dapat melaksanakan sistem kerja 6 hari seminggu secara hakiki bermula dari 2 Januari 2014 nanti. 

Pertamanya saya kagum dengan Ketua Jabatan Penguatkuasaan DBKL kerana berjaya mendapat kelulusan dari pengurusan tertinggi DBKL. Kerana 1 jam waktu kerja ( mereka dakwa penguatkuasa DBKL hutang 1 jam waktu kerja dalam 1 minggu ) mereka berjaya KURANGKAN 48 HARI CUTI SABTU untuk wargakerja jawatan Penguatkuasa Gred N 17 hingga Gred N 36! 

Tapi atas kuasa siapa pula yang boleh menjadikan waktu shif itu pendek? Arahan kerja sejak 2007 yang merujuk jadual waktu berkerja dahulu siapa pula yang laksanakan? Jabatan perkhidmatan Awam yang bersalah? Atau pegawai penguatkuasa yang salah? Apa alasan sebenarnya? Mengapa perlaksanaan sistem waktu kerja 6 hari di Jabatan Penguatkuasaan DBKL hanya merujuk kepada arahan lisan Ketua Jabatan / Wakil ketua jabatan? 

Kita sama-sama nantikan bulan Febuari nanti. Bila kad kuning kita ada 'catatan' waktu kerja hakiki pada hari Sabtu! Itu bukti yang kita boleh bawa ke Mahkamah! :) 

Selagi tiada arahan bertulis dari mana-mana Pengurusan tertinggi DBKL saya anggap arahan kerja itu adalah tidak sah! Kenapa merumitkan urusan kerja? 48 hari cuti Sabtu menjadi hari kerja hakiki adalah perkara yang patut di catatkan dan di perakui oleh kerajaan yang memerintah, bukan hanya pandangan peribadi atau keputusan peribadi seorang Ketua Jabatan. 

Betul atau tidak pandangan saya? 

1 comment:

  1. Katanya...sbb kt sepatutnye bkerja syif.. tp kenapa xlaksanakan je kerja 3 syif tsebut? Sbb gred N xlayak kerja syif? @ sbb xde elaun syif? Elaun kehadiran? Overtime? Off sehari dlm seminggu? Gred yg layak utk kerja syif pula? Hmmm....nak fikir lagi... arahan berunifom..kena ikut dr semasa ke semasa...

    ReplyDelete