Thursday, January 23, 2014

Tuesday, January 21, 2014

Monday, January 13, 2014

Presiden CUEPACS!


Dan ini pula bekas Presiden Anulae DBKL dan Presiden CUEPACS hari ini!

Tak payah betulkan setting tarikh komputer & smartphone anda! Memang tarikh Jumaat, 22 Oktober 2010! 

ANULAE DBKL!


Salam ANULAE DBKL 2014! 

Tak perlu click atau betulkan skrin komputer / smartphone anda! 

Memang itu je yang boleh di lihat sejak 14 Januari 2010! 

Saturday, January 11, 2014

Elaun!

Jabatan boleh buat kertas kerja untuk beli kuda & makan minum hal ehwal kebajikan kuda.. Tapi Jabatan tak boleh mohon Elaun Menunggang Kuda! 

Jabatan boleh tubuh & beli peralatan muzik dan arah untuk penguatkuasa bermain muzik.. Tapi Jabatan tak boleh mohon Elaun Kemahiran Bermain Alat Muzik!

Jabatan boleh tubuh Unit Trafik & mengawal lalulintas bersama Polis Trafik DiRaja Malaysia, mereka dapat Elaun Asap / Metana, anggota penguatkuasa dapat 'asap'! Tapi Jabatan tak boleh mohon Elaun yang seerti dengan mereka! 

Jabatan boleh wujudkan Pasukan Penyelamat & Bantuan Bencana Awal termasuk latihan.. Tapi Jabatan tak boleh boleh mohon pun Elaun bagi mereka-mereka yang berkemahiran dalam tugas menyelamat, menyelam seperti yang terkandung dalam jenis-jenis Elaun yang boleh di tuntut! 

Tapi Jabatan boleh arah, anggota penguatkuasa kerja shif 6 hari seminggu! Dengan harapan, anggota penguatkuasa ikhlas dan tawaduq! 

Tapi Jabatan patut dan boleh buat kerja kerta untuk jawatan-jawatan baru bagi pegawai-pegawai kanan lain, atau ketua jabatan bagi melayakkan mereka ke aras pangkat yang lebih tinggi! Wujudkan jawatan-jawatan baru untuk di isi, supaya piramid perjawatan itu lebih tinggi! 

Antara yang wajib, yang sunat, yang makruh & yang haram! 

Akhirnya berjaya juga!



Hasil usaha & kerja keras kita selama ini sangat berbaloi! Jabatan dah tambah satu hari lagi untuk kita bekerja! Walau bukan luarbiasa bagi mereka, tapi jasa & pengorbanan kita selama ini, sudah terbukti! 

Hanya di Jabatan Penguatkuasaan! Berbelas ribu kakitangan yang DBKL ada! Hanya Ketua Jabatan / Pegawai Kanan Jabatan Penguatkuasaan tak perlu kerja shif! Yang lain, SILA IKUT ARAHAN! 


Thursday, January 9, 2014

Perbarisan Persaraan Ketua Pengarah DBKL

Di adakan di Padang Kawad Jabatan Penguatkuasaan. Gambar-gambar di sekitar majlis. 



Terima kasih Dato' Haji Salleh Yusoff! 

Wednesday, January 8, 2014

CUEPACS TIDAK TETAP PENDIRIAN? BUKTI PEMBOHONGAN?



Tidak tetap pendirian dengan halatuju CUEPACS? Atau saya cuba fitnah? Buka dan baca sendiri halaman / pautan blog CUEPACS sendiri. Dan saya hanya merujuk kepada hal ehwal penguatkuasa. Dan semestinya hal berkaitan Elaun-elaun yang telah saya nyatakan dalam artikel sebelum.



PRESIDEN CUEPACS & ANULAE PEMBOHONG!

Lembu punya susu, sapi dapat nama! 

Hari ini, Presiden CUEPACS dan bekas Presiden ANULAE itu mengaku bahawa Bayaran Insentif Penguatkuasa yang di beri kepada Pegawai dan Penguatkuasa DBKL adalah hasil perjuangan mereka. Kelu lidah saya, kerana Penguatkuasa di agensi penguatkuasaan lain dah lama nikmati Elaun Khas Kritikal bagi tujuan yang sama. Tapi tak mengapalah jika benar pun, saya berterima kasih jugalah atas pengakuan beliau di hadapan lebih 300 orang kakitangan DBKL pelbagai pangkat di Auditorium DBKL sebentar tadi. 

Apa yang cuba saya sampaikan di Auditorium sebentar tadi adalah hal gred perjawatan yang patut di kaji semula. Dan jenis-jenis elaun yang patut di beri kepada pegawai penguatkuasa. Tapi belum sempat saya nyatakan tujuan, saya di suruh diam dan duduk. Bagaimana saya nak sampaikan maksud dan tujuan saya? 

Adakah beliau bimbang dengan ucapan awal saya bahawa hala tuju CUEPACS itu sendiri mengelirukan, kerana tahun lepas, di antaran bukan Jun atau Julai, mereka cuba membentangkan skim perjawatan baru yang melibatkan 7 agensi penguatkuasaan, tak sampai tiga bulan pembentangan itu di buat, mereka dah nyatakan pula mereka nak seragamkan gred gaji penguatkuasa kepada N27. Hasil kajian dan pembentangan mereka tiada kena mengena dengan usul yang saya cuba nyatakan.

Apabila kelayakan saya sebagai ahli ANULAE di pertikaikan, saya bertindak meninggalkan majlis. Pada anggapan saya, majlis itu bukan untuk memperjuangan hak saya sebagai penjawat awam. Dan pada dasarnya, anggapan saya selama ini pada CUEPACS dan ANULAE adalah benar! Tong Kosong! 

Pertama, saya nyatakan Gred N17 yang tamat pada N26, manakala N27 pula tamat pada N36. Kemudian saya bandingkan pula dengan Gred N41 yang boleh sampai kepada JUSA A atau Turus 1.

Cuba kira, N41, 44, 48, 52, 54, JUSA C, JUSA B, JUSA A dan TURUS 3 paling tinggi di DBKL. 

Kedua, jenis-jenis elaun kemahiran yang patut ada pada penguatkuasa, seperti Elaun Menunggang kuda, Elaun Menyelam, Elaun Metana ( Asap ) bagi petugas trafik, Elaun Kemahiran seperti bermain alat muzik, Elaun- elaun lain yang patut ada dan memang wujud pada skim perkhidmatan awam.

Saya hanya ingin nyatakan elaun-elaun yang sedia ada. Bukan minta di wujudkan elaun baru. Begitu juga semasa saya menulis hal elaun kritikal bagi tugas penguatkuasa, bukan minta buat baru, tapi minta elaun yang penguatkuasa lain dapat.

Tapi Presiden CUEPACS pula yang lebih-lebih nak mengaku bahawa Bayaran Insentif Penguatkuasa tu dia yang perjuangankan. Dia faham bahasa atau tidak? Sedangkan Penguatkuasa DBKL dah wujud lebih 44 tahun. Tak pernah rasa kelebihan pun elaun-elaun yang saya nyatakan di awal tadi.

Kesimpulannya, saya dapati Presiden CUEPACS ini berbohong! 

Tuesday, January 7, 2014

Payah betul akhbar arus perdana nak taip DBKL!


Kepada yang terlibat, terima kasih. Perkhidmatan sebegini jarang di lihat sebagai sumbangan besar! Kecuali ada kemahiran tolak motor & ada surat perhargaan! 

Perlaksanaan atau Garis Panduan? Penguatkuasa DBKL?



Khas untuk tatapan semua Penguatkuasa DBKL! :)