Saturday, January 11, 2014

Elaun!

Jabatan boleh buat kertas kerja untuk beli kuda & makan minum hal ehwal kebajikan kuda.. Tapi Jabatan tak boleh mohon Elaun Menunggang Kuda! 

Jabatan boleh tubuh & beli peralatan muzik dan arah untuk penguatkuasa bermain muzik.. Tapi Jabatan tak boleh mohon Elaun Kemahiran Bermain Alat Muzik!

Jabatan boleh tubuh Unit Trafik & mengawal lalulintas bersama Polis Trafik DiRaja Malaysia, mereka dapat Elaun Asap / Metana, anggota penguatkuasa dapat 'asap'! Tapi Jabatan tak boleh mohon Elaun yang seerti dengan mereka! 

Jabatan boleh wujudkan Pasukan Penyelamat & Bantuan Bencana Awal termasuk latihan.. Tapi Jabatan tak boleh boleh mohon pun Elaun bagi mereka-mereka yang berkemahiran dalam tugas menyelamat, menyelam seperti yang terkandung dalam jenis-jenis Elaun yang boleh di tuntut! 

Tapi Jabatan boleh arah, anggota penguatkuasa kerja shif 6 hari seminggu! Dengan harapan, anggota penguatkuasa ikhlas dan tawaduq! 

Tapi Jabatan patut dan boleh buat kerja kerta untuk jawatan-jawatan baru bagi pegawai-pegawai kanan lain, atau ketua jabatan bagi melayakkan mereka ke aras pangkat yang lebih tinggi! Wujudkan jawatan-jawatan baru untuk di isi, supaya piramid perjawatan itu lebih tinggi! 

Antara yang wajib, yang sunat, yang makruh & yang haram! 

No comments:

Post a Comment