Monday, January 6, 2014

Hang Tuah atau Hang Buah?

Tersebutlah kisah... Laksamana Hang Tuah.. *suara Mahmood June! 

Kisah panglima ni, lelaki je boleh baca, pompuan tak boleh! 

Saya tak cuba mencipta nama atau nak sebut sebagai perjuangan pun atas kepentingan orang lain atau rasa nak bergedik jadi popular! 

Cuma, saya ada agenda tersendiri yang telah lama saya perhatikan. Di mata pegawai atasan atau pegawai berkelulusan tinggi, yang ada ijazah bergulung-gulung, bahawasanya penguatkuasa DBKL ini semuanya bodoh! Saya tak merujuk kepada pegawai yang pakai uniform sahaja, termasuk juga mereka-mereka yang tidak memakai uniform. 

Tanggapan saya salah? Saya mesti ada bukti dan pendapat yang sahih. Masakan saya nak menjerat diri sendiri dengan tohmahan yang tidak berasas. Ada sesiapa di antara penguatkuasa yang sentiasa lulus cemerlang dalam semua peperiksaan yang mereka hadapi berkaitan dengan peperiksaan jabatan / pengesahan jawatan? Saya bernasib baik, kerana saya lulus peperiksaan N17 dengan hanya sekali hadir. Tapi saya hadir 3 kali untuk lulus peperiksaan perkhidmatan N27. 

Berdasarkan perbualan dengan orang-orang lama, ada yang masih tak lulus N17! Jadi tak perlu tanya kenapa mereka tak ambil peperiksaan perkhidmatan N27. Itu bagi mereka yang mungkin dah berkhidmatan 25 hingga 35 tahun! 

Beberapa tahun lepas, saya dengar 22 orang penguatkuasa DBKL gagal peperiksaan / induksi! 22 dari 60 orang yang hadir. Bermakna 1/3 dari jumlah itu adalah 'penguatkuasa yang tak berapa pandai'! 

Jangan terasa hati! Inilah yang orang-orang lama penguatkuasa hadapi di Jabatan Penguatkuasaan, mereka tak pernah di ambil peduli pun berkaitan dengan hal-hal sebegini. Mereka pihak atasan hanya salahkan anggota penguatkuasa itu sendiri kerana tak peka dan tidak mahu mengubah diri! Tidak mengisi borang, tidak memohon pangkat, tidak layak, tidak dalam segala hal. 

Percayalah, dalam tempoh 15 tahun perkhidmatan saya, dah lebih 10 kali saya lihat karenah kenaikan pangkat, penerima anugerah khidmad cemerlang, penerima pingat, kursus, dan segala jenis persaingan yang tidak ada orang berani mengaku bertanggungjawab! Sampai sekarang tidak ada seorang pun termasuk Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pengarah, Penguasa yang berani mengaku mereka tahu semua kenaikan pangkat, anugerah khidmat cemerlang dan penerima pingat. Semua akan menuding jadi pada pihak lain! 

Mengapa jadi begini? Saya pun bodoh sama? Kan saya dah cakap di awal tadi. Bahawa jawatan kuasa pemilihan / perjawatan yang dah salah pilih. Mereka yang silap. Kerana pilih yang bodoh-bodoh sahaja untuk jadi penguatkuasa DBKL! 

No comments:

Post a Comment