Sunday, January 5, 2014

Penguatkuasa DBKL Tahun 2014! Antara RAS dan BUAH!

Sebenarnya apa perancangan pihak jabatan dan pengurusan DBKL untuk penguatkuasa DBKL bagi tempoh 2014? Maksud saya sepanjang tahun 2014! Apa yang patut pihak atasan atau kumpulan pengurusan akan lakukan bagi menambah baik tugas dan kemahiran pada penguatkuasa baru dan lama?

Sepanjang tempoh pengurusan 'baru' yang di terajui oleh orang yang pakai uniform juga ni, saya mungkin pejam mata dan tutup telinga. Mungkin cat baru! Mungkin pagar baru! Mungkin ideologi baru! Mungkin ilmu jiwa dalaman yang baru! Mungkin 'isim' baru! 

Saya tak tahu! Entah apa perancangan atau perbelanjaan yang kita semua bakal hadapi atau dapat! Cuma selalu di khabarkan budget habis, budget tak ada, tak boleh buat itu, tak boleh buat ini, kena tambah tindakan, kena lebihkan sita, kena lebihkan mengeluar notis kesalahan. Itu lah yang mereka ulang-ulang setiap kali perhimpunan dan perjumpaan dan mesyuarat! Sumpah saya tak tipu! Dah lebih 44 tahun penguatkuasa ini wujud, belum ada sesiapa pun tahu punca dan penyelesaian kepada masalah-masalah yang wujud di bandar Kuala Lumpur ini. Dan yang terbaru, kena tambah pula hari berkerja dari 5 hari seminggu kepada 6 hari seminggu, lebih menarik, mereka pilih-pilih orang tertentu untuk kerja secara shif! Bukan benda pelik! Tapi benar berlaku! 

Saya nak cerita hal orang, saya takut pula jadi fitnah atau kena saman dan di dakwa di mahkamah! Tapi untuk ceritakan tanpa rasa bersalah, saya guna kisah dan cerita saya! 

Saya mulakan dengan cerita RAS! 

Apa itu RAS? 
Sebenarnya RAS itu terbahagi kepada 3 bahagian, dan ketiga-tiga bahagian itu merujuk kepada lelaki! 

1. PengeRAS!
2. BeRAS!
Dan ke 3. KeRAS! 

Pengeras itu duit! Beras itu makanan! Keras itu pula adalah 'ehem2'! 
Unsur mudah dalam kehidupan manusia, sebahagian atau sepenuhnya adalah fitrah manusia yang normal. Memerlukan kehidupan dan pasangan untuk terus membiak dan meramaikan umat! 

Dan apa itu BUAH?

Sejak mula menjawat jawatan Penguatkuasa DBKL, 2 kali 'buah' saya di pegang oleh Dr Halim! Sekali masa lapur diri! Kali kedua ketika pemeriksaan kesihatan bagi tujuan pengesahan jawatan! Seingat saya itu sahajalah peristiwa 'buah' saya di pegang oleh seorang lelaki! 

Dan ketika artikel ini di tulis / taip, saya sangat yakin dan percaya bahawa tidak ada seorang wanita atau perempuan yang berkhidmat di DBKL yang pernah lihat dan pegang 'buah' saya! *jika ada, saya sangat berharap agar cuba berusaha melupakannya! Ha3!! 

Ada seorang sahaja perempuan yang bukan muhrim yang pernah pegang dan belek keseluruhan 'buah dan pangkal pokok'! Dan saya rasa perempuan tu masih berkhidmat di Hospital Selayang! Hi3! Doktor juga! Dah profesion mereka, pernah cedera ketika jadi 'budak air' dengan pasukan ragbi Bandaraya Dragons dulu. Jadi budak air juga memerlukan komitmen yang tinggi la! 

Walau cedera dan lebam di peha, tapi pemeriksaannya melibatkan barang yang di celah-celah peha juga! Urutan demi urutan membuatkan saya terkenang sehingga ke saat ini! Ha3!! *dan ini adalah kisah benar! :p 

Apa kena mengena RAS dan BUAH dengan kisah penguatkuasa DBKL? Ini lah yang jadi persoalannya, saya sengaja buat cerita untuk kita sama-sama guna akal dan otak untuk melihat perkara yang lebih penting dalam menghadapi cabaran tahun baru, dengan kaedah ilmu yang baru, mendalami apa itu keperluan dalam melaksana tugas dengan lebih baik dari tahun-tahun sebelum. 

Pedulikan tohmahan orang, pedulikan dengan mereka yang ada pangkat dan kuasa, tapi tak berani membuat keputusan! Menongkah arus dalam kehidupan hari ini sudah menjadi budaya. Kita mesti jaga periuk kita, kita mesti jaga periuk kawan kita! Kerana dalam kaedah agama, kita semua bersaudara! 

Selamat Tahun Baru Cina! Kong He Fat Chai! 

No comments:

Post a Comment