Wednesday, January 1, 2014

Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran!

Apa yang saya faham, Perintah-Perintah Am telah di keluarkan di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong mengikut Fasal ( 2 ) Perkara 132 Perlembagaan.

Saya tak pasti pula jika ada pegawai-pegawai kanan Jabatan DBKL yang tidak mengetahui hal-hal yang sebegini penting bagi sesebuah organisasi / agensi yang di klasifikasikan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan. Atau ada yang menyamakan dengan agensi badan-badan berkanun.

Berdasarkan pekeliling-pekeliling yang di keluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, mereka akan menyertakan salinan kepada :

Semua Ketua Setiausaha Kementerian,
Semua Ketua Jabatan Persekutuan,
Semua Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri,
Semua Pihak Berkuasa Berkanun dan,
Semua Pihak Berkuasa Tempatan.

Oleh kerana itu, selagi Perkeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2005 ( Perlaksanaan Lima Hari Bekerja Seminggu ) yang di keluarkan pada 16 Jun 2005 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 2005 itu di batalkan atau terbatal dengan Pekeliling Baru, bagaimana saya harus dan patut percaya kepada arahan-arahan yang di sebarkan secara lisan? 

Oleh yang sedemikian, saya menasihati rakan-rakan di Jabatan Penguatkuasaan agar terus memasti kan tempoh kerja itu cukup 9 jam seperti biasa. Contoh; jika masuk pukul 8 pagi, pastikan ketip kad pada jam 5 petang. Bukan seperti arahan yang telah di sebarkan supaya mengetip kad kuning pada jam 8 pagi dan mengetip kad biru pada jam 5 petang kerana waktu tugas tamat pukul 4 petang dan waktu dari jam 4 hingga 5 petang adalah kerja lebih masa. 

Saya ragui jika dah kerja 9 jam pun kita boleh berhutang 1 jam dengan Jabatan Perkhidmatan Awam, kalau kita balik / tamat tugas pada jam 4 petang, maka dah 2 jam pula kita berhutang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Berkaitan kerja hari Sabtu, bagi yang masih was-was dengan arahan, terus mengetip kad kuning seperti sedia ada. Atas faktor keselamatan dan perkhidmatan pada diri sendiri juga. Kerana pegawai Atasan akan lepas tangan kerana Gred 41 ke atas langsung tidak terlibat dengan sistem / waktu kerja shif seperti yang di sebarkan oleh beberapa pegawai kanan jabatan.

Ini sekadar pandangan saya, jika rasa berguna, sebarkan lah pada kawan-kawan lain. 

Terima kasih. 

No comments:

Post a Comment