Wednesday, January 8, 2014

PRESIDEN CUEPACS & ANULAE PEMBOHONG!

Lembu punya susu, sapi dapat nama! 

Hari ini, Presiden CUEPACS dan bekas Presiden ANULAE itu mengaku bahawa Bayaran Insentif Penguatkuasa yang di beri kepada Pegawai dan Penguatkuasa DBKL adalah hasil perjuangan mereka. Kelu lidah saya, kerana Penguatkuasa di agensi penguatkuasaan lain dah lama nikmati Elaun Khas Kritikal bagi tujuan yang sama. Tapi tak mengapalah jika benar pun, saya berterima kasih jugalah atas pengakuan beliau di hadapan lebih 300 orang kakitangan DBKL pelbagai pangkat di Auditorium DBKL sebentar tadi. 

Apa yang cuba saya sampaikan di Auditorium sebentar tadi adalah hal gred perjawatan yang patut di kaji semula. Dan jenis-jenis elaun yang patut di beri kepada pegawai penguatkuasa. Tapi belum sempat saya nyatakan tujuan, saya di suruh diam dan duduk. Bagaimana saya nak sampaikan maksud dan tujuan saya? 

Adakah beliau bimbang dengan ucapan awal saya bahawa hala tuju CUEPACS itu sendiri mengelirukan, kerana tahun lepas, di antaran bukan Jun atau Julai, mereka cuba membentangkan skim perjawatan baru yang melibatkan 7 agensi penguatkuasaan, tak sampai tiga bulan pembentangan itu di buat, mereka dah nyatakan pula mereka nak seragamkan gred gaji penguatkuasa kepada N27. Hasil kajian dan pembentangan mereka tiada kena mengena dengan usul yang saya cuba nyatakan.

Apabila kelayakan saya sebagai ahli ANULAE di pertikaikan, saya bertindak meninggalkan majlis. Pada anggapan saya, majlis itu bukan untuk memperjuangan hak saya sebagai penjawat awam. Dan pada dasarnya, anggapan saya selama ini pada CUEPACS dan ANULAE adalah benar! Tong Kosong! 

Pertama, saya nyatakan Gred N17 yang tamat pada N26, manakala N27 pula tamat pada N36. Kemudian saya bandingkan pula dengan Gred N41 yang boleh sampai kepada JUSA A atau Turus 1.

Cuba kira, N41, 44, 48, 52, 54, JUSA C, JUSA B, JUSA A dan TURUS 3 paling tinggi di DBKL. 

Kedua, jenis-jenis elaun kemahiran yang patut ada pada penguatkuasa, seperti Elaun Menunggang kuda, Elaun Menyelam, Elaun Metana ( Asap ) bagi petugas trafik, Elaun Kemahiran seperti bermain alat muzik, Elaun- elaun lain yang patut ada dan memang wujud pada skim perkhidmatan awam.

Saya hanya ingin nyatakan elaun-elaun yang sedia ada. Bukan minta di wujudkan elaun baru. Begitu juga semasa saya menulis hal elaun kritikal bagi tugas penguatkuasa, bukan minta buat baru, tapi minta elaun yang penguatkuasa lain dapat.

Tapi Presiden CUEPACS pula yang lebih-lebih nak mengaku bahawa Bayaran Insentif Penguatkuasa tu dia yang perjuangankan. Dia faham bahasa atau tidak? Sedangkan Penguatkuasa DBKL dah wujud lebih 44 tahun. Tak pernah rasa kelebihan pun elaun-elaun yang saya nyatakan di awal tadi.

Kesimpulannya, saya dapati Presiden CUEPACS ini berbohong! 

No comments:

Post a Comment