Tuesday, January 7, 2014

Sejarah? Penguatkuasa DBKL?

Gambar itu hanya hiasan! 'Kesedihan' saya bermula sebaik sahaja saya memulakan tugas di Jabatan ini. Kerana saya sedar bahawa saya telah memikul beban besar! Iaitu berkhidmat dengan pemerintah! Kejahilan agama saya pernah di pertikaikan kerana ada orang anggap saya tidak berjemaah di surau. Bab kena kafir ni dah lama saya rasa sebelum saya berkhidmat dengan DBKL lagi! Kerana politik! Tapi ini bukan medium saya untuk berbicara hal politik & agama. Maafkan saya! 

Apa yang ingin saya sampaikan adalah, ketika tinta pena itu menandatangani perjanjian perkhidmatan itu! Janji kita dengan majikan atau pemerintah! Sejauh mana kita sedar, bahawa peranan kita lebih besar dari orang lain, kerja yang menjadikan kita sebagai 'hakim kecil' yang boleh membuat 'orang lain' rasa di zalimi atas pertimbangan / kuasa yang ada pada kita! 

Saya juga insan lemah, saya juga bukan maksum! Tapi kesedaran itu wujud, hubungan dengan manusia lain, hubungan dengan tuhan. 

Bukan setakat sejarah penubuhan, malah lebih dari sejarah yang saya perhatikan, gaya hidup, susah-senang, kediaman, makan minum, hubungan suami-isteri, hubungan majikan & pekerja, ketua & anak buah, pegawai atasan & kakitangan bawahan, rakan sebaya, orang lama, orang baru, dan macam-macam lagi hubungan terlarang atau luar tabiee yang saya perhatikan. 

Saya perhatikan dari dalam kelompok dunia kita! Dunia pihak berkuasa tempatan, dunia penguatkuasa, dunia kementerian. Campur gaul dengan beberapa orang kenamaan, orang politik, orang agama, orang sukan, orang stim hidu gam, orang rebus daun ketum, orang mengira warna daun, orang bergantung nasib pada mesin, orang mengutip kotak / tin minuman, orang bawa teksi, orang kena tanam, orang kena bakar, orang kena parang, orang kena kelar, dan macam-macam lagi jenis orang!

Orang tak boleh masuk baris, orang tak boleh pakai uniform, orang tak boleh pakai kasut, orang tak boleh bercukur, orang tak boleh pegang stereng lori, orang yang ada kategori memiliki surat doktor yang di kategorikan profesional! 

Saya tak bergurau lah! Demi Allah! Saya tidak cuba mempersenda sesiapa! Tapi saya boleh ceritakan 'sejarah' dari pandangan saya juga, bagaimana pemilihan 8 orang yang terawal, pejabat mereka di tapak periuk kera di sebelah Dataran Merdeka, kuasa yang mereka ada, kelengkapan yang mereka ada, siapa pula isteri-isteri mereka, bagaiamana mereka 'mengawal' dan 'menjaga' Kuala Lumpur ketika itu! 

Sumber sejarah saya juga sah! Kerana saya pergi berjumpa sendiri dengan bekas Penguasa Mat Zain di rumahnya sendiri. Pelbagai sumber rujukan di berinya, termasuk gambar-gambar dan peralatan yang masih dalam simpanannya. Bukan itu sahaja, saya turut memyimpan beberapa 'kenangan' saya di Jabatan Penguatkuasaan.

Highland Tower, Bright Sparkles, Bantuan Kemanusiaan Acheh, Pahang, Johor, Pembelian Kuda, Pejabat Bergerak, Handheld, Gambar Sambutan Hari Penguatkuasa, Skuad Penguatkuasa Wanita Siri Pertama, *pakai seluar pendek / skirt! Tapi jangan lihat sekarang, boleh sakit jantung! Ha3!! 

Majlis Tilawah, Majlis Nasyid, Pakaian Beragam, Joget Lambak, *termasuk kes terbawa masuk pondan! Ini bukan tujuan aib! Tapi sejarah! Kita mesti hadapinya! Jangan anggap saya tak perihatin dengan semua yang berlaku.

Ini saya rasa baru 0.001 % sahaja penceritaan saya. Kalau nak peristiwa besar, ada juga. Banjir Besar Kuala Lumpur, Reformasi, Black 14, Hindraf, Chogm, NAM, PATA, Sukan Komanwell, Sea Games, Badan Berkanun, Sukan Kerajaan Tempatan.

Tak percaya dengan apa yang saya ceritakan? Saya boleh bawa tuan-tuan & puan-puan menyusuri susur galur ini dengan lebih menarik lagi jika saya katakan bahasa Penguatkuasa juga pernah buat piket / demonstrasi seperti mana yang berlaku pada beberapa agensi awam dahulu! Tapi macam biasa, kita akan tutup keburukan kita atas nama prinsip pandang ke depan! Bukan kebelakang! 

Jazakallah Khair!! 

No comments:

Post a Comment