Monday, February 24, 2014

Enam atau Lima Hari Seminggu?

Selepas dilaksanakan pada januari. Kita dah hujung februari. Hanya perlu tunggu mac untuk tahu tuntutan kerja 1 jam sehari dan 2 jam pada hari sabtu akan jadi kenyataan atau tidak. Saya harap tiada yang menyalahkan sesiapa pula jika tuntutan tidak dapat di laksana. Selama hari ini pun saya lihat ramai yang masih bekerja walau had tuntutan lebih masa tidak dibayar! 

Kerja telah pun dilaksanakan. Arahan juga telah di keluarkan. Walau bukan arahan ketua jabatan atau arahan sesiapa. Tapi surat arahan di keluarkan oleh timbalan pengarah sahaja. Bukan pengarah! 

Ada sesiapa nampak apa yang saya maksudkan? Siapa ketua jabatan dalam pekeliling arahan pentadbiran? 

Kerja lebih masa dah lama kena sekat, saya boleh terima sekatan itu demi menjaga perbelanjaan kewangan jabatan. Mungkin program-program lain lebih menguntungkan dari membayar gaji penguatkuasa.

Itulah yang berlaku. Masing-masing tuding jari bila salah, mengaku mereka buat bila ada arahan kerja atau imbuhan atau bentuk elaun-elaun tertentu. Saya tak kisah walau siapa pun nak mengaku atas kebaikan yang mereka lakukan. Kalau ada orang percaya la agaknya.

Tapi sistem kerja 6 & 5 hari ini, saya tak nampak apa pun kelebihan pada jabatan & penguatkuasa. Hanya atas kertas. Mentaliti & perubahan memang tidak berganjak sedikit pun. Alasan yang paling  mudah, memang penguatkuasa kurang di ajar! Jabatan sendiri kedekut nak buat latihan & kursus bagi penguatkuasa. Mana mungkin dapat hasil yang memuaskan jika bidang kuasa, arahan pentadbiran yang menentukan hari kerja pun ketua jabatan tak berani bagi kata putus! 


No comments:

Post a Comment