Sunday, March 30, 2014

Sistem Merekod Laporan, Tindakan dan Operasi

Sekitar tahun 2004, saya pernah mengesyorkan satu sistem di wujudkan bagi jabatan untuk merekodkan laporan, jenis tindakan dan jenis operasi yang di jalankan di jabatan penguatkuasaan. Atas persetujuan ketua jabatan dan pegawai kanan ketika itu, sistem itu dibangunkan bersama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi DBKL secara 'in house' atau ayat lain nya secara percuma dengan kepakaran dalaman antara kakitangan JTMK ketika itu. Dan sistem itu berjaya dibangunkan dan mendapat pujian dari Pengarah JTMK sendiri. Malah sistem itu telah di mayakan dengan kawalan dan sekatan pegguna yang sah. Atau maksud lain, kita mengawal kebocoran maklumat dan hanya boleh di lihat oleh pegawai atasan atau pegawai tertinggi DBKL.

Saya rangkakan sistem tersebut dengan tapisan pengguna yang tertentu, dengan sistem kawalan terhadap bentuk laporan mengikut kawasan, zon, parlimen dan kawasan-kawasan hotspot yang tertentu. Manakala menggunakan sistem mesra pengguna yang hanya perlu menaip atau skrol membuat pilihan. Untuk membuktikan sistem itu wujud, dokumen penghasilan sistem tersebut masih ada dalam simpanan pentadbiran jabatan. Dan pegawai yang pernah lihat sistem itu juga wujud tapi mendiamkan diri untuk mengaku kerana sistem itu 'percuma'

Saya sebut kembali penciptaan sistem itu kerana saya dapati, cara kerja kita tak pernah berubah. Setiap kali pertukaran pegawai di zon atau parlimen, pegawai baru akan bermula semula dari bawah. Jika berkaitan dengan bancian, jumlah kawasan, jumlah tindakan, jumlah kawasan hotspot dan mereka-reka laporan dengan statistik yang tidak sah. Oleh yang sedemikian, jabatan membuang masa dengan kerja-kerja bancian semula, pemetaan kawasan dan nama-nama jalan dan sempadan kawasan selian. Akibatnya tindakan tidak dapat di rekodkan, jumlah operasi juga tidak tepat, laporan pegawai dan kehadiran pertugas di lapangan juga tidak diketahui.

Perkara mudah yang saya pernah tanya, bagaimana ketua jabatan nak tahu jumlah tindakan yang di keluarkan dalam tempoh satu shif waktu bekerja? Bagaimana ketua jabatan nak tahu jumlah pegawai dan anggata di lapangan secar tepat pada satu masa? Bagaimana nak tahu siapa ke klinik dan mendapat Cuti Sakit dalam tempoh satu hari? 

Bagaimana nak satukan jumlah rekod laporan pegawai dan anggota dalam masa sehari? Dengan jumlah lebih 2000 orang kakitangan, bagaimana tapisan rekod itu dilakukan? Adakah semua pegawai lapangan menghantar laporan sebelum shifnya tamat? 

Saya bukan musuh jabatan, saya bukan pengkianat! Hanya jabatan yang meminggirkan saya, hilangkan nama saya dan buat saya macam sampah! 

Saya pula di pandang sial sebagai pembawa masalah bila menerangkan hal-hal yang boleh memajukan jabatan. Sistem Merekod Laporan Tindakan dan Operasi itu bukan penyelesaian masalah. Tapi itu bukan satu-satu nya sitem yang pernah saya reka dan syor pada jabatan.

Thursday, March 20, 2014

Sabotaj! Kertas siasatan di buka!

Saya di fahamkan, akan ada satu kertas siasatan  & tindakan ke atas Kopral 4636 Hisham bin Hashim. Khabarnya akan dibawa ke Jawatankuasa Tindakan Tatatertib atau Jawatan Tindakan Terus. Itu seperti yang di dengar di bualkan.

Mesti pihak jawatan kuasa sudah ada bukti-bukti yang kukuh untuk mengaitkankan Kopral 4636 Hisham bin Hashim ke Lembaga Tatatertib. Sebagai orang luar, kita sama-sama nantikan keputusan dan tindakan yang bakal di kenakan terhadap beliau.

Saya juga simpati pada beliau. Selama ini pun beliau banyak mendiamkan diri bila di kaitkan dengan beberapa kesalahan yang mengaibkan diri & keluarganya. Tapi beliau masih sabar dan anggap itu cabaran dalam sektor awam.

Masalah yang mungkin mengaibkan beberapa pegawai, mengaibkan beberapa kakitangan atau hal-hal yang mengaibkan orang lain juga.

Hal-hal yang di sekat dan peluang kerjaya padanya, tuduhan skandal yang menjatuhkan maruah diri & keluarganya.. Mengalahkan DS Anwar Ibrahim pula..

Dengan nama Allah, saya percaya bahawa kebaikan seseorang itu ada hadnya, tapi tidak tahu sejauh mana pula kejahatan..

Sama-sama kita nantikan kesudahan penceritaan ini...

Amin!

Agihan penjadualan sistem waktu bekerja secara shif mengikut pekeliling kerja 5 hari seminggu!

Jika, perlaksanaan waktu bekerja secara shif di buat secara 3 shif di antara hari isnin hingga jumaat, dan melibatkan waktu kerja sabtu dan ahad secara berpilih untuk tuntutan kerja lebih masa, akan merugikan jabatan atau menguntungkan? 

Jika isnin hingga jumaat, waktu kerja di buat secara 3 shif, waktu shif 1 8.00 pagi hingga 4.00 petang, shif 2 4.00 hingga 12.00 tengah malam, shif 3 12.00 malam hingga 8.00 pagi. Ada masalah untuk jabatan membayar kerja tuntutan lebih masa atau tidak? Jika 3 shif telah di susun berdasarkan keperluan kerja di lapangan? Mengapa kerja atau tugas pejabat mesti menuntut kerja lebih masa pula? Waktu tugas pejabat termaktub pada 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Hampir semua agensi kerajaan dan badan berkanun mengunakan waktu kerja yang sama. Atau guna waktu kerja berjadual yang beza setengah jam? Apa bagusnya jika masuk jam 7.30, masuk jam 8.00 dan masuk jam 8.30 pagi?

Tugas di lapangan pula, seluruh waktu 24 jam telah di atur dengan jadual. Mengapa pula perlu tuntutan kerja lebih masa? Kecuali ada bencana atau kejadian yang tidak di duga. Tapi setahu saya, jabatan tidak akan bayar bagi tuntutan kerja lebih masa yang melebihi syarat. Itu muktamad! 

Penjadualan kerja lebih masa pada hari sabtu dan ahad dan hari cuti kelepasan am juga sama. Boleh kurangkan pada 2 shif sahaja. Kerana sebahagian dari aktiviti di Kuala Lumpur di tutup! Kecuali pada perayaan atau majlis keramaian. 

Jabatan patut bayar tuntutan kerja lebih masa pada hari sabtu, ahad dan kelepasan am sahaja. Mengapa nak paksa kakitangan berkerja 6 hari seminggu? Kerana nak kurangkan pembayaran kerja lebih masa? Apa pihak jabatan atau DBKL tak pernah kira kadar kerja lebih masa untuk 5 hari itu bersamaan dengan kerja 2 hari di hari sabtu dan ahad? 

Yang jadi bahan ketawa sekarang adalah ketua jabatan dan pegawai gred N41 keatas. Mereka ni reti kira atau tidak? Mengapa kategori N41 ke atas tak layak buat tuntutan kerja lebih masa dan kerja 6 hari seminggu?

Bagi pegawai bawahan pula, tak kan tak boleh fikir bahawa sistem kerja 24 jam ni dah berlaku sejak 45 tahun kewujudan penguatkuasa. Penguatkuasa dah bekerja sebilang masa dan sebilang waktu tanpa apa-apa elaun khas atau kritikal atau elaun tambahan yang mengiktiraf kepakaran sebahagian dari warga penguatkuasa berbanding dengan kerani yang sama gred? Hanya kerana RM 200 yang di bayar baru-baru ini, penguatkuasa kena balas jasa? Apa pengawai gred N41 keatas tak malu ke terima RM 200 itu? 

Sedangkan pegawai atasan tak pernah perjuangankan hak atau bentuk elaun penguatkuasa yang lain? Elaun Menunggang Kuda, Elaun Bermain Alat Muzik, Elaun Menyelam, Elaun Metana, Elaun Membaiki Senjata, Elaun kepakaran yang wujud dalam pekeliling kerajaan yang lain? Ada lebih dari 130 jenis elaun yang di senaraikan. 

Kita tak pernah minta, kita harap orang atasan faham, kita harap pengurusan faham.

Akhirnya kerja 6 hari seminggu sebagai balasan! 

Apa ni?  

Monday, March 17, 2014

Waktu kerja shif! Separuh perjuangan telah di gagalkan!

Bukan semua orang setuju dengan sistem shif, bukan semua juga yang menyokong. Hanya sebahagian. Usaha ANULAE juga di gagalkan dengan alasan pihak pengurusan tertinggi tidak menyokong. Malah di katakan akan menerima tindakan jika cuba menandatangi memorandum atau petisyen untuk jabatan mengkaji semula perlaksanaan sistem shif.

Bimbang akan waktu kerja shif kerana melibatkan cuti sabtu dan ahad. Mereka memang cuba untuk tidak dilaksanakan. Bimbang akan jumlah hari bekerja. Bimbang akan tuntutan kerja lebih masa di kurangkan. 

Pandangan saya, jika sistem shif wujud, adalah alasan terbaik untuk jabatan tidak membayar kerja lebih masa. Itu tujuan asal. Jika wujud kerja lebih masa pun hanya pada hari ke tujuh. Kerana hari satu hingga enam adalah kerja hakiki. Manakala sistem off pula mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana keperluan anggota dan pegawai di lapangan. 

Kesimpulannya, budaya kerja tidak akan mengubah apa-apa pun sistem kerja, kerana kecerdikan anggota dan pegawai akan mengatasi sistem. Tetap akan di sabotaj dengan sijil cuti sakit dan surat kerja ringan, surat pelepasan atau cuti tanpa rekod, surat cuti kursus atau cuti belajar akan mengisi ruang-ruang kosong dalam perkhidmatan.

Nampaknya saya pula akan di persalahkan kerana menimbulkan situasi yang tidak selesa pada sebahagian kakitangan lain. Rupanya pandangan saya jadi sia-sia dan tidak di ambil pusing pun kerana cuba menongkah arus budaya kerja yang sedia ada wujud sekian lama. 

Kerana hutang satu jam yang didakwa, kerana hutang perlu di bayar, kita semua akan menerima budaya kerja yang baru. Harapan saya, dengan sistem baru, jabatan akan lebih berjaya mengenalpasti mereka-mereka yang benar mahu meningkatkan prestasi jabatan, yang benar-benar layak di berikan pangkat, yang benar-benar bijak mengambil peluang. 

Saya tak rasa kecewa atau patut sedih dengan sistem baru. Kerana tujuan murni jabatan adalah untuk menghapuskan sistem kerja lima hari seminggu kepada sistem shif yang enam hari seminggu demi masa depan jabatan dan DBKL! 

Biarlah jabatan penguatkuasa sahaja yang bekerja enam hari seminggu, jabatan-jabatan lain di DBKL tidak penting dan tidak perlu bekerja shif dan enam hari seminggu.

Jabatan Penguatkuasa BOLEH! 

Sunday, March 9, 2014

Kerja 9 jam sehari pada hari Isnin hingga Jumaat dan 7 jam pada hari Sabtu!

Jangan lupa! Ketuk balik pukul 5! Bukan pukul 4 lagi dan tiada tuntutan 1 jam sehari lagi. Termasuk Sabtu, masuk jam 8 pagi dan balik jam 4 petang. Pun tiada tuntutan 2 jam kerja lebih masa lagi.

Mengapa berubah lagi? Apa yang tak kena? Pasal memorandum oleh ANULAE? Khabarnya dah lebih seribu orang penguatkuasa tandatangan. Cuma masih kurang seorang belum tandatangan. Saya belum! 

Besar juga kesan memorandum tersebut. Sekali buat sahaja. Saya agak jabatan nak mengawal tuntukan kerja lebih masa. Kerana itu nak mengadakan sistem shif.Mungkin ada benar juga. Tapi setahu saya, kerja berdasarkan keperluan. Kena buat juga.

Kesibukan kehilangan pesawat mungkin dah mengambil tempat kebimbangan kita pada kerja hari Sabtu hakiki. Nasib baik kita tiada kepakaran dalam bidang tersebut, jika ada mungkin kerahan atau bantuan mencari pesawat akan di buat juga oleh kita. Sepertimana bantuan kemanusian Tsunami dan banjir yang pernah melanda negara, ketika itu tiada siapa pernah menolak untuk memberi bantuan. Itu bagusnya kita dengan arahan kerja.

Sepertimana kerahan dan kawalan orang ramai terhadap demonstrasi yang berlangsung sepanjang kes liwat di bicarakan. Nampaknya kita akan hadapi lagi dengan ancaman demonstrasi tersebut.

Arahan kerja tetap kita laksanakan. Sama ada menyokong atau menentang. Kita tak pernah pula berdemo minta naik gaji atau di berikan apa-apa elaun dan imbuhan tertentu seperti yang agensi lain dapat. Kemahiran dalam bidang tugas kita, kita letak tepi, termasuk keluarga. Kita habiskan seluruh hidup kita dengan arahan kerja 6 hari atau 7 hari seminggu dengan jumlah kerja 14 atau 15 jam sehari.

Agaknya semua klinik dan doktor akan mengenali kita bila kecederaan atau minta cuti sakit kerana ingin berehat. Itu sahaja pilihan yang ada. Cuti di bekukan, cuti gantian juga dah di hapuskan.

Tapi siapa yang sedar kita dah bagi seluruh hidup kita pada pekerjaan dan meninggalkan masa bersama keluarga seperti penjawat awam yang lain? 

Hanya Allah sahaja yang tahu! Wallahualam! 

Friday, March 7, 2014

Gred KP atau N? Siapa buat kerja siapa?

Senang cakap, ketua jabatan nak penguatkuasa kerja macam KP. Waktu kerja shif! Nak elak bayar kerja lebih masa agaknya. Mungkin DBKL dah tak mampu bayar tuntutan kerja lebih masa penguatkuasa. Lagi pun gaji penguatkuasa dah berlebih banyak sangat sebab dapat Bayaran Insentif Penguatkuasa RM200! Lagi 5 tahun mungkin DBKL jatuh miskin atau bangkrap! 

Kadar cukai pintu yang dinaikkan tu untuk tambah gaji dan jawatan profesional yang bertaraf JUSA tu, boleh tambah beberapa orang lagi Timbalan Ketua Pengarah dan naikkan gaji Pengarah dari N54 kepada JUSA C! 

Di jabatan kita, boleh tambah lagi jawatan Pegawai Gred N41 ke atas! 

Jika jabatan dah merasakan Gred KP lebih menguntungkan, patut besarkan lagi Bahagian Kawalan Keselamatan tu, tambah pegawai di Gred KP, warta dan perwakilkan sekali tugas dan tanggungjawab Gred KP sebagaimana tugas-tugas penguatkuasa. Tawarkan jawatan baru kepada penguatkuasa untuk masuk ke Gred KP. Jumudkan jawatan penguatkuasa. Siapa tak mahu masuk jadi KP, boleh buat pilihan untuk bersara awal atau berhenti! 

Gred KP di Jabatan Penguatkuasaan sahaja yang 'low class', mereka di anggap 'Pengawal Keselamatan' atau 'Jaga'! 

Sebenarnya Gred KP yang di luluskan bukan untuk wujudkan jawatan 'pengawal', tapi Gred KP itu untuk penguatkuasa guna, kerana jawatan itu lah yang di gunakan di agensi2 penguatkuasaan lain. Tapi pegawai DBKL ini tidak faham dan wujudkan jawatan pengawal. Oleh kerana pegawai penguatkuasa tidak ramai yang ada kelayakan akedemik dan tak layak menjawat jawatan, mereka ubah kepada status 'pengawal dan jaga'! 

Cuba fikirkan Gred KP itu pada agensi lain? Mereka jaga bangunan? Mereka jaga pasar? Mereka jaga taman permainan kanak-kanak? Mereka jaga harta benda Datuk Bandar Kuala Lumpur? 

Akibat kesilapan tersebut, kita bukakan kembali tugas-tugas penguatkuasa sepertimana warden trafik dulu wujud! Atas alasan apa kita ambil alih tugas trafik PDRM dengan gaji N? Apa kelebihan yang ada pada penguatkuasa DBKL? Sebab penguatkuasa DBKL tidak memiliki kelayakan akedemik dan tidak layak menjawat jawatan yang lebih tinggi dan berbangga dengan pangkat local rank yang tidak bergaji? 

Betulkan? Jika setiap pangkat di ukur dengan kelayakkan akedemik dan hieraki pangkat, siapa sahaja yang layak? Kita terpaksa ambil orang luar untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi kerana pegawai yang sedia ada tdak layak dari segi akedemik dan tidak lulus peperiksaan khas jabatan? 

Betul ke? Saya tipu sahaja! :) 

Wednesday, March 5, 2014

Kena Kencing Lagi!

Tuntutan kerja lebih masa 1jam sehari pada hari isnin hingga jumaat dan 2jam pada hari sabtu tidak boleh di tuntut? 

Apa cerita sebenar? Kerana tiada kelulusan? Bagaimana dengan kerja hakiki pada hari sabtu? Kedangkalan pengurusan atau salah faham? Siapa yang punya idea? Kenapa nak batalkan tuntutan kerja lebih masa tersebut? Bukan arahan pentadbiran? Siapa jadi mangsa? 

Jika ada yang beranggapan saya tidak menyokong, anda salah! Saya akan ikut arahan sekiranya arahan tersebut sah! Kaedah apa yang di gunakan untuk mengubah dan mengeluarkan arahan? 

Pandangan saya memang bodoh, tapi bayangkan jumlah orang lain yang tahu akan rekaan sistem kerja yang digunapakai, pasti anggap pengurusan dan pegawai kanan jabatan itu standard rendah. Bila arahan tidak dapat disempurnakan, nampak sangat pengubal sistem waktu kerja kurang pengetahuan. Mana boleh waktu kerja di ubah-ubah mengikut keperluan dan akal sendiri. 

Surat edaran pertukaran sistem waktu kerja dan tuntutan kerja lebih masa telah di keluarkan. Kononnya ketua jabatan berhak mengubah sistem waktu kerja. Setelah berjaya mengubah sistem kerja 6 hari seminggu dengan umpan kerja lebih masa 1 jam sehari, orang lain mulakan tugas dengan keadaan terpaksa. Kini setelah 2 bulan, kerja lebih masa 1 jam sehari di tarik balik. Atas alasan apa pula? Jabatan tak mampu bayar 1 jam kerja lebih masa? Sekarang siapa hutang siapa pula? 

20 jam pada hari biasa dan 8 jam pada hari sabtu, dah berjumlah 28 jam secara purata. Apa jadi dengan tuntutan 28 jam tersebut? Bagaimana dengan 8 jam hari sabtu? Dah 32 jam pula hilang begitu sahaja bagi tempoh sebulan? Siapa hisap darah siapa sekarang? Jumlah itu bagi tempoh sebulan sahaja.

Jabatan dapat lebihan 4jam, kita hilang 4 hari cuti! Bermakna jabatan lebih bijak daripada kita. Tapi bagi gred N36 kebawah sahaja. Gred N 41 keatas mereka tak terlibat! :) 

Bijaksanalah sangat!