Thursday, March 20, 2014

Agihan penjadualan sistem waktu bekerja secara shif mengikut pekeliling kerja 5 hari seminggu!

Jika, perlaksanaan waktu bekerja secara shif di buat secara 3 shif di antara hari isnin hingga jumaat, dan melibatkan waktu kerja sabtu dan ahad secara berpilih untuk tuntutan kerja lebih masa, akan merugikan jabatan atau menguntungkan? 

Jika isnin hingga jumaat, waktu kerja di buat secara 3 shif, waktu shif 1 8.00 pagi hingga 4.00 petang, shif 2 4.00 hingga 12.00 tengah malam, shif 3 12.00 malam hingga 8.00 pagi. Ada masalah untuk jabatan membayar kerja tuntutan lebih masa atau tidak? Jika 3 shif telah di susun berdasarkan keperluan kerja di lapangan? Mengapa kerja atau tugas pejabat mesti menuntut kerja lebih masa pula? Waktu tugas pejabat termaktub pada 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Hampir semua agensi kerajaan dan badan berkanun mengunakan waktu kerja yang sama. Atau guna waktu kerja berjadual yang beza setengah jam? Apa bagusnya jika masuk jam 7.30, masuk jam 8.00 dan masuk jam 8.30 pagi?

Tugas di lapangan pula, seluruh waktu 24 jam telah di atur dengan jadual. Mengapa pula perlu tuntutan kerja lebih masa? Kecuali ada bencana atau kejadian yang tidak di duga. Tapi setahu saya, jabatan tidak akan bayar bagi tuntutan kerja lebih masa yang melebihi syarat. Itu muktamad! 

Penjadualan kerja lebih masa pada hari sabtu dan ahad dan hari cuti kelepasan am juga sama. Boleh kurangkan pada 2 shif sahaja. Kerana sebahagian dari aktiviti di Kuala Lumpur di tutup! Kecuali pada perayaan atau majlis keramaian. 

Jabatan patut bayar tuntutan kerja lebih masa pada hari sabtu, ahad dan kelepasan am sahaja. Mengapa nak paksa kakitangan berkerja 6 hari seminggu? Kerana nak kurangkan pembayaran kerja lebih masa? Apa pihak jabatan atau DBKL tak pernah kira kadar kerja lebih masa untuk 5 hari itu bersamaan dengan kerja 2 hari di hari sabtu dan ahad? 

Yang jadi bahan ketawa sekarang adalah ketua jabatan dan pegawai gred N41 keatas. Mereka ni reti kira atau tidak? Mengapa kategori N41 ke atas tak layak buat tuntutan kerja lebih masa dan kerja 6 hari seminggu?

Bagi pegawai bawahan pula, tak kan tak boleh fikir bahawa sistem kerja 24 jam ni dah berlaku sejak 45 tahun kewujudan penguatkuasa. Penguatkuasa dah bekerja sebilang masa dan sebilang waktu tanpa apa-apa elaun khas atau kritikal atau elaun tambahan yang mengiktiraf kepakaran sebahagian dari warga penguatkuasa berbanding dengan kerani yang sama gred? Hanya kerana RM 200 yang di bayar baru-baru ini, penguatkuasa kena balas jasa? Apa pengawai gred N41 keatas tak malu ke terima RM 200 itu? 

Sedangkan pegawai atasan tak pernah perjuangankan hak atau bentuk elaun penguatkuasa yang lain? Elaun Menunggang Kuda, Elaun Bermain Alat Muzik, Elaun Menyelam, Elaun Metana, Elaun Membaiki Senjata, Elaun kepakaran yang wujud dalam pekeliling kerajaan yang lain? Ada lebih dari 130 jenis elaun yang di senaraikan. 

Kita tak pernah minta, kita harap orang atasan faham, kita harap pengurusan faham.

Akhirnya kerja 6 hari seminggu sebagai balasan! 

Apa ni?  

No comments:

Post a Comment