Sunday, March 9, 2014

Kerja 9 jam sehari pada hari Isnin hingga Jumaat dan 7 jam pada hari Sabtu!

Jangan lupa! Ketuk balik pukul 5! Bukan pukul 4 lagi dan tiada tuntutan 1 jam sehari lagi. Termasuk Sabtu, masuk jam 8 pagi dan balik jam 4 petang. Pun tiada tuntutan 2 jam kerja lebih masa lagi.

Mengapa berubah lagi? Apa yang tak kena? Pasal memorandum oleh ANULAE? Khabarnya dah lebih seribu orang penguatkuasa tandatangan. Cuma masih kurang seorang belum tandatangan. Saya belum! 

Besar juga kesan memorandum tersebut. Sekali buat sahaja. Saya agak jabatan nak mengawal tuntukan kerja lebih masa. Kerana itu nak mengadakan sistem shif.Mungkin ada benar juga. Tapi setahu saya, kerja berdasarkan keperluan. Kena buat juga.

Kesibukan kehilangan pesawat mungkin dah mengambil tempat kebimbangan kita pada kerja hari Sabtu hakiki. Nasib baik kita tiada kepakaran dalam bidang tersebut, jika ada mungkin kerahan atau bantuan mencari pesawat akan di buat juga oleh kita. Sepertimana bantuan kemanusian Tsunami dan banjir yang pernah melanda negara, ketika itu tiada siapa pernah menolak untuk memberi bantuan. Itu bagusnya kita dengan arahan kerja.

Sepertimana kerahan dan kawalan orang ramai terhadap demonstrasi yang berlangsung sepanjang kes liwat di bicarakan. Nampaknya kita akan hadapi lagi dengan ancaman demonstrasi tersebut.

Arahan kerja tetap kita laksanakan. Sama ada menyokong atau menentang. Kita tak pernah pula berdemo minta naik gaji atau di berikan apa-apa elaun dan imbuhan tertentu seperti yang agensi lain dapat. Kemahiran dalam bidang tugas kita, kita letak tepi, termasuk keluarga. Kita habiskan seluruh hidup kita dengan arahan kerja 6 hari atau 7 hari seminggu dengan jumlah kerja 14 atau 15 jam sehari.

Agaknya semua klinik dan doktor akan mengenali kita bila kecederaan atau minta cuti sakit kerana ingin berehat. Itu sahaja pilihan yang ada. Cuti di bekukan, cuti gantian juga dah di hapuskan.

Tapi siapa yang sedar kita dah bagi seluruh hidup kita pada pekerjaan dan meninggalkan masa bersama keluarga seperti penjawat awam yang lain? 

Hanya Allah sahaja yang tahu! Wallahualam! 

No comments:

Post a Comment