Sunday, March 30, 2014

Sistem Merekod Laporan, Tindakan dan Operasi

Sekitar tahun 2004, saya pernah mengesyorkan satu sistem di wujudkan bagi jabatan untuk merekodkan laporan, jenis tindakan dan jenis operasi yang di jalankan di jabatan penguatkuasaan. Atas persetujuan ketua jabatan dan pegawai kanan ketika itu, sistem itu dibangunkan bersama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi DBKL secara 'in house' atau ayat lain nya secara percuma dengan kepakaran dalaman antara kakitangan JTMK ketika itu. Dan sistem itu berjaya dibangunkan dan mendapat pujian dari Pengarah JTMK sendiri. Malah sistem itu telah di mayakan dengan kawalan dan sekatan pegguna yang sah. Atau maksud lain, kita mengawal kebocoran maklumat dan hanya boleh di lihat oleh pegawai atasan atau pegawai tertinggi DBKL.

Saya rangkakan sistem tersebut dengan tapisan pengguna yang tertentu, dengan sistem kawalan terhadap bentuk laporan mengikut kawasan, zon, parlimen dan kawasan-kawasan hotspot yang tertentu. Manakala menggunakan sistem mesra pengguna yang hanya perlu menaip atau skrol membuat pilihan. Untuk membuktikan sistem itu wujud, dokumen penghasilan sistem tersebut masih ada dalam simpanan pentadbiran jabatan. Dan pegawai yang pernah lihat sistem itu juga wujud tapi mendiamkan diri untuk mengaku kerana sistem itu 'percuma'

Saya sebut kembali penciptaan sistem itu kerana saya dapati, cara kerja kita tak pernah berubah. Setiap kali pertukaran pegawai di zon atau parlimen, pegawai baru akan bermula semula dari bawah. Jika berkaitan dengan bancian, jumlah kawasan, jumlah tindakan, jumlah kawasan hotspot dan mereka-reka laporan dengan statistik yang tidak sah. Oleh yang sedemikian, jabatan membuang masa dengan kerja-kerja bancian semula, pemetaan kawasan dan nama-nama jalan dan sempadan kawasan selian. Akibatnya tindakan tidak dapat di rekodkan, jumlah operasi juga tidak tepat, laporan pegawai dan kehadiran pertugas di lapangan juga tidak diketahui.

Perkara mudah yang saya pernah tanya, bagaimana ketua jabatan nak tahu jumlah tindakan yang di keluarkan dalam tempoh satu shif waktu bekerja? Bagaimana ketua jabatan nak tahu jumlah pegawai dan anggata di lapangan secar tepat pada satu masa? Bagaimana nak tahu siapa ke klinik dan mendapat Cuti Sakit dalam tempoh satu hari? 

Bagaimana nak satukan jumlah rekod laporan pegawai dan anggota dalam masa sehari? Dengan jumlah lebih 2000 orang kakitangan, bagaimana tapisan rekod itu dilakukan? Adakah semua pegawai lapangan menghantar laporan sebelum shifnya tamat? 

Saya bukan musuh jabatan, saya bukan pengkianat! Hanya jabatan yang meminggirkan saya, hilangkan nama saya dan buat saya macam sampah! 

Saya pula di pandang sial sebagai pembawa masalah bila menerangkan hal-hal yang boleh memajukan jabatan. Sistem Merekod Laporan Tindakan dan Operasi itu bukan penyelesaian masalah. Tapi itu bukan satu-satu nya sitem yang pernah saya reka dan syor pada jabatan.

No comments:

Post a Comment