Monday, March 17, 2014

Waktu kerja shif! Separuh perjuangan telah di gagalkan!

Bukan semua orang setuju dengan sistem shif, bukan semua juga yang menyokong. Hanya sebahagian. Usaha ANULAE juga di gagalkan dengan alasan pihak pengurusan tertinggi tidak menyokong. Malah di katakan akan menerima tindakan jika cuba menandatangi memorandum atau petisyen untuk jabatan mengkaji semula perlaksanaan sistem shif.

Bimbang akan waktu kerja shif kerana melibatkan cuti sabtu dan ahad. Mereka memang cuba untuk tidak dilaksanakan. Bimbang akan jumlah hari bekerja. Bimbang akan tuntutan kerja lebih masa di kurangkan. 

Pandangan saya, jika sistem shif wujud, adalah alasan terbaik untuk jabatan tidak membayar kerja lebih masa. Itu tujuan asal. Jika wujud kerja lebih masa pun hanya pada hari ke tujuh. Kerana hari satu hingga enam adalah kerja hakiki. Manakala sistem off pula mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana keperluan anggota dan pegawai di lapangan. 

Kesimpulannya, budaya kerja tidak akan mengubah apa-apa pun sistem kerja, kerana kecerdikan anggota dan pegawai akan mengatasi sistem. Tetap akan di sabotaj dengan sijil cuti sakit dan surat kerja ringan, surat pelepasan atau cuti tanpa rekod, surat cuti kursus atau cuti belajar akan mengisi ruang-ruang kosong dalam perkhidmatan.

Nampaknya saya pula akan di persalahkan kerana menimbulkan situasi yang tidak selesa pada sebahagian kakitangan lain. Rupanya pandangan saya jadi sia-sia dan tidak di ambil pusing pun kerana cuba menongkah arus budaya kerja yang sedia ada wujud sekian lama. 

Kerana hutang satu jam yang didakwa, kerana hutang perlu di bayar, kita semua akan menerima budaya kerja yang baru. Harapan saya, dengan sistem baru, jabatan akan lebih berjaya mengenalpasti mereka-mereka yang benar mahu meningkatkan prestasi jabatan, yang benar-benar layak di berikan pangkat, yang benar-benar bijak mengambil peluang. 

Saya tak rasa kecewa atau patut sedih dengan sistem baru. Kerana tujuan murni jabatan adalah untuk menghapuskan sistem kerja lima hari seminggu kepada sistem shif yang enam hari seminggu demi masa depan jabatan dan DBKL! 

Biarlah jabatan penguatkuasa sahaja yang bekerja enam hari seminggu, jabatan-jabatan lain di DBKL tidak penting dan tidak perlu bekerja shif dan enam hari seminggu.

Jabatan Penguatkuasa BOLEH! 

No comments:

Post a Comment