Tuesday, April 29, 2014

Iklan yang tidak boleh di cabut! Penguatkuasa bersalah?



Berdasarkan tajuk & artikel yang di lapurkan, DBKL bersalah & di arahkan untuk bayar gantirugi. Mungkin kes terpencil, tapi kaitan nya dengan petugas / penguatkuasa impaknya besar. Kerana kategori iklan yang boleh di lesenkan atau iklan yang tidak mendapat kebenaran atau klasifikasi iklan  yang tidak boleh di cabut atau di tanggalkan. 

Di mata awam atau rakyat, iklan yang sebagaimana boleh di pasang atau boleh dilekatkan? Pihak DBKL hanya membenarkan iklan yang sebagaimana? Mengapa ada iklan boleh di pasang pada tiang dan pokok atau iklan yang di pasang di premis perniagaan? Atau di pasang di kediamam atau bangunan milik persendirian? 

Nampaknya, iklan yang tidak berunsur perniagaan boleh di pasang. Iklan yang berbentuk sepanduk, bunting, atau kain rentang juga tidak boleh di tanggalkan. Seperti ceramah, tazkirah, perayaan, pemberitahuan / pengumuman juga tidak boleh di cabut walau tidak dilesenkan atau memohon permit dari pihak DBKL. Orang awam akan mengambil kesempatan mengantung & memaparkan pelbagai bentuk pengumuman, demontrasi, politik, sukan, dan semua bentuk aktiviti sosial yang tidak berasaskan keuntungan.

Bagaimana penguatkuasa DBKL nak pantau? Atas keputusan siapa & siapa nak bertanggungjawab? 

Thursday, April 24, 2014

Dah Kena Kencing, Kena Sailang Pula!

Itu bahasa moden masakini, kalau saya tak guna bahasa sedemikian pun, orang tetap faham. Begitu juga kalau 'wa cakap macam ni, lu faham juga, walau lu tak sebulu dengan wa..'. 

Perubahan zaman, perubahan usia, tak mengubah sesuatu perkara dengan mudah, tapi perubahan tetap berlaku dengan keadaan yang kita sendiri tidak tahu, kalau dulu orang berjual-jual dengan bakul dan kereta tolak, hari ini masih berlaku juga, cuma yang beza adalah jenis warganegara atau jenis bangsa yang berbuat demikian. 

Kalau dulu junjung bakul, hari ini junjung bakul juga, walau di mata kita pangkat dan kuasa itu merupakan ukuran bagi seseorang, tapi tak boleh menutup perbuatannya di masa lalu, kalau dulu dia seorang pendengki, dulu dia penghasut, dulu dia kuat bodek, sekarang dah berjawatan tinggi pun, perangainya tetap sama. 

Faham kan bahasa saya? Saya menerangkan perangai manusia, saya menerangkan cita-cita manusia, manusia anggap jika berilmu, mereka akan di hormati, jika ada pangkat, mereka akan di hormati juga, jika ada kuasa mereka mahu di hormati juga. Tapi mereka lupa pada orang sekeliling mereka, mereka lupa orang yang pernah bantu mereka. Mereka akan pijak sesiapa sahaja yang mereka fikir akan jadi halangan pada dirinya. Memang mereka mudah lupa pada asal usul. Kalau mereka mengaku berperangai yahudi dan nasrani sekali pun, tak akan menjadikan mereka malaikat atau wali juga. Tapi suka nak acah-acah orang dengan tafsiran kaedah undang-undang atau tatakelakuan. 

Jadi kaya, ada pangkat dan ada beberapa jumlah skrol akedemik bukan ukuran kejayaan la kawan! Kejayaan adalah pada mereka yang bahagia dengan cara kehidupan semasa. Jika orang berkereta, kita juga berkereta, bezanya jika orang beli secara tunai, tapi kita masih bayar secara ansuran dan berhutang. Orang lain dan beli rumah dan ada tanah, kita masih menyewa di rumah orang dan beli rumah jauh entah dimana dan masih bayar ansuran secara bulan-bulan juga. Siapa yang lebih berjaya sebenarnya? 

Berkaitan Sailang ni, saya juga guna ayat semasa, hanya orang faham sahaja mengerti, betapa hebatnya jika ada kawan yang akan aniayakan kawan-kawan sendiri kerana kepentingan dirinya, sentiasa untuk dirinya, hanya pada dirinya. Malah sangat berbangga jika dapat mengatasi kawan dan lawan dari apa cara bentuk. Rasa tercabar bila lihat kawan-kawan lain ada lebih.

Maka hatinya berbunga-bunga mencari helah dan segala tipudaya agar dapat menjatuhkan orang lain, menyebarkan fitnah terhadap orang lain, atau apa sahaja cara yang boleh mengaibkan orang lain.

Dalam dunia ni, hanya saya seorang sahaja betul, orang lain semua tak betul! 

Zaman Kemajuan!

Nabi Muhammad saw sendiri, pada suatu hari terlambat pergi sembahyang subuh daripada biasa, padahal sahabat Bilal telah azan, beliau belum juga datang, maka cemaslah Bilal, kalau-kalau beliau kurang sihat. Lalu dia datang ke kamar beliau di samping masjid dan memohon izin kepada Aishah hendak bertemu dengan beliau.

'Masuklah, beliau ada di dalam,' jawab Aishah.

Bilal pun masuk, didapati beliau sudah lama bangun, tetapi dilihatnya bekas menangis di mata beliau. Dengan terharu, Bilal berkata : ' Apakah sebab engkau menangis, ya pesuruh Tuhan, padahal jika ada pun kesalahan paduka, yang dahulu atau yang terkemudian, semuanya telah diampuni Allah.' 

Beliau bersabda : 'Tadi malam datang Jibril kepada ku membawa wahyu "Sesunguhnya pada kejadian semua langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang, adalah menjadi bukti bagi orang yang mempunyai sari fikiran" ( surah 3, Al Imran ayat 190) 

Akhirnya beliau berkata, sambil melangkahkan kakinya menuju ke masjid : "Celakalah orang yang membaca ayat ini, hanya semata-mata membaca, dengan tidak memerhatikan kandungan di dalamnya.." 

Jarang benar saya menggunakan petikan ayat Quran atau hadis bagi menerangkan maksud, saya takut, hati saya berdebar takut salah melakukan tafsiran atau kias yang salah bagi menerangkan maksud. 

Perbetulkan saya jika saya salah, tapi ada orang 'bercakap' bahawa kenaikan pangkat dan anugerah-anugerah yang saya sepatutnya dapat jadi terhalang kerana saya meluahkan 'persepsi / asal idea pada kebenaran' di laman blog dan facebook saya. 

Saya pulangkan kembali fikiran itu pada tuan-tuan dan puan-puan untuk menilai. Saya terkejut kerana orang yang kononnya terpelajar, terdidik dengan pelbagai anugerah kecermerlangan itu rupanya pengadu domba yang tidak berani bersemuka. 

Saya tetap berasa bangga, saya masih di depan! :) 

Tuesday, April 15, 2014

Sifir Matematik Tempat Letak Kereta DBKL!

Kadar bayaran bagi sejam adalah 50 sen! Jika sewa petak khas, harga rm168 sebulan! Lebih kurang rm6.45 sehari. Jika bayar meter selama 10 jam pula rm5.00. 

Jika masuk tempat letak kereta swasta, sejam rm4.00. Kalau 10 jam dah rm40.00. Kalau sekali masuk mungkin rm20.00. 

Warga kota lebih suka 'gaduh' dengan Penguatkuasa DBKL lagi dari bayar 50 sen. Itu yang biasa berlaku di Kuala Lumpur. Kalau masuk tempat letak kereta di kawasan bangunan atau medan niaga juga sama. Kalau letak guna 'jockey' lebih daripada kadar biasa. Tapi itu berlaku tanpa orang lain pertikaikan pun kuasa tempat letak kereta swasta atau pemilik medan niaga atau kuasa 'jockey' minta bayaran tempat letak kereta. 

Undang-undang yang diperuntukkan memang dah memperkecilkan kuasa Penguatkuasa atau sengaja nak meremehkan tugas penguatkuasa dengan hal-hal yang sedemikian. 

Gambaran pada kawasan tertentu seperti di kawasan parlimen, ada 10 orang petugas yang mengambil tindakan pada pelbagai kesalahan. Cuma pada fikiran saya, produktiviti yang dihasilkan adalah perkara yang sangat merugikan. Bayangkan jika seorang penguatkuasa bergaji rm 4 ribu sebulan, bersamaan dengan rm40 ribu ringgit. Tapi mengambil tindakan keatas orang-orang degil bayar tempat letak kereta yang menjana pendapatan rm5.00 maksimum pada sebuah petak. Perlu berapa ratus petak untuk mengembalikan jumlah gaji rm40 ribu gaji yang di ambil oleh penguatkuasa? Kiraan saya 8 ribu petak tempat letak kereta. Manakala notis secara purata pula antara 300 ke 500 keping notis sehari. Agak-agak ada sampai 100 keping sehari di bayar tak? Dengan kadar rm50 sekeping? 

Sistem kupon juga pernah dibuat, tapi tidak mendatangkan kesan jika bayaran sejam adalah 50 sen. Memang tiada produktiviti pun pada tugas dan kerja-kerja penguatkuasaan. Saya tiada bukti atau statistik jumlah kutipan syiling pada meter parking di sekitar Kuala Lumpur, tapi saya boleh agak kos penyelengaraan yang wujud itu adalah berpuluh kali ganda rugi pada pihak konsesi. Malah nak lihat orang yang menyelengara pun susah. 

Wargakota mahukan keselesaan pada aliran trafik dan kemudahan tempat letak kereta, tapi bayaran yang dikenakan adalah tidak setimpal. Ibarat beri percuma. Manakala bentuk halangan lain itu yang sebenarkan merupakan kesalahan. Letak di siar kaki, letak di kaki lima, letak di hadapan pintu masuk atau selekoh, atau letak di kawasan yang tidak dibenarkan. 

Kemudian, ada pula kawasan yang diwartakan atau yang tidak, ada yang kena bayar dan ada yang tidak. Kita semua sedia maklum, bahawa tempat letak kereta bermeter sudah tidak relevan lagi bagi tujuan mengambil tindakan. Seolah-olah pihak PBT sengaja memasang perangkap pada wargakota dan mengambil tindakan saman atau mengenakan kompaun atas kesalahan tidak mengambil tiket tempat letak kereta berharga 50 sen. 

Seriuskah kerja penguatkuasa mengambil tindakan sedemikian? Atau tempat letak kereta benar-benar menjana pendapatan pada DBKL? Memiliki lesen atau membayar permit perniagaan lebih murah dari bayar tempat letak kereta. 

Saya tak cuba mengubah atau menghasut, cuma suka menyatakan kebenaran pada kapasiti bidang tugas. Jika anggap saya mengarut, cuba fikir pandangan orang ramai pula. Adakah mereka anggap kita menyediakan perkhidmatan pada mereka atau kita memberi tekanan dan beban pada kehidupan mereka seharian. 

Kita sama-sama cuba guna otak! 

Monday, April 14, 2014

Demi Kepentingan Awam atau Ikut Arahan?

Saya dapat lihat apa itu yang selalu di salah erti oleh pihak berkuasa tempatan atau pun orang awam yang berkepentingan. Maksud saya pada kejadian atau hal yang melibatkan kuasa seorang penjawat awam. Sama ada dalam masa menjalankan tugas atau pun tidak. 

Contoh mudah adalah masalah kesesakkan lalulintas di pusat bandar atau jalan-jalan utama. Selalu di kaitkan dengan aduan tiada pertugas di lapangan. Atau petugas dilihat hanya berada di simpang-simpang jalan tanpa memperdulikan lalulintas yang semakin sesak. 

Begitu juga dengan kekurangan ruamg letak kereta dan motosikal. Orang awam akan menyalahkan pihak berkuasa apabila mereka di kenakan tindakan notis tawaran kompaun atau notis pemberitahuan kesalahan. Perkara yang selalu jadi pertikaian adalah bentuk notis itu di sampaikan. Walaupun hanya kerana tidak membayar tiket tempat letak kereta yang berharga 50 sen bagi tempoh sejam. 

Jika notis dikeluarkan, bayaran atau tawaran kompaun sebanyak 50 atau 100 ringgit pula terpaksa dibayar. Walhal pengguna atau orang yang meletakkan kenderaan tersebut hanya akan bayar apabila nampak kelibat penguatkuasa. Jika tidak, mereka tak rasa nak bayar pun. 

Orang awam pula sanggup 'menyerang dan memaki hamun' jika notis dikeluarkan sebelum mereka sempat membeli tiket. 

Jujurnya, saya tak pernah jumpa pula penguatkuasa yang sanggup tunggu setiap jam pada akhir tempoh bayaran tamat. Biasa akan sekali lalu sahaja. 

Memang benar penguatkuasa mempunyai kuota notis kesalahan yang perlu dikeluarkan dalam sehari, tapi semua pengeluaran notis adalah berdasarkan sekali lalu atau sekali jalan. Sangat jarang untuk mengambil tindakan di kawasan atau laluan yang sama berkali-kali. 

Manakala bentuk halangan pula, biasanya pada lokasi atau tempat yang betul-betul hotspot. Bukan sebarang kawasan boleh tunda dan tarik kenderaan secara sesuka hati. 

Punca kesesakkan adalah kerana halangan di sisi-sisi jalan. Menganggu lalulintas lain. Menyebabkan kenderaan lain memperlahankan kenderaan. 

Bayangkan setiap bas atau teksi dibenarkan menunggu di setiap kawasan utama, pusat membeli belah, medan niaga tanpa kawalan. Orang ramai mungkin anggap mereka lebih mudah mendapatkan kenderaan, tapi lihat sendiri cara bas dan teksi beroperasi di kawasan pusat bandar. 

Kaedah penyuraian trafik, penutupan jalan, kerja-kerja jalan sentiasa di pantau demi kelancaran aliran trafik, pihak ITIS dan TMC memantau 24/7 atas aliran lalulintas di sekitar jalan utama di pusat bandar. 

Tapi masih ada sedikit kekurangan pada waktu-waktu puncak kerana kebanyakan warga kota memilih untuk balik atau tamat kerja pada waktu yang sama. Menurut kajian lama, ada 2 juta kenderaan keluar masuk, dan hari ini, saya percaya jumlahnya telah meningkat kepada 4 juta kenderaan setiap hari. 

Waktu puncak pada jam 7 hingga 9 pagi, 12 hingga 2 petang dan 5 hingga 9 malam. Tidak termasuk pada acara-acara tertentu yang melibatkan jumlah orang awam berkali ganda seperti sambutan hari-hari peringkat kebangsaan atau peringkat Wilayah Persekutuan. 

Memahami apa yang berlaku itu adalah keperluan. Memahami jumlah masa yang pelu diambil untuk mengatasi sebarang masalah juga penting. Kerana Kuala Lumpur tidak ada waktu yang terhenti! 

Friday, April 4, 2014

Jangan Kencing Kawan!

Walau apa jenis arahan semasa atau arahan kerja, saya lihat orang-orang lama semacam tak kisah. Malah ada yang ketawa kecil bila bercakap atau meluahkan rasa kecewa atau kecil hati berkaitan dengan arahan semasa atau arahan kerja. 

Tahun awal saya berkerja dulu, ada orang lama dah berpesan, kerja kena pandai pilih kawan. Kerja kena hati-hati pilih kawan. Dulu anggapan saya, semua orang sama. Semua orang mahu bekerja dan cari rezeki yang halal, cari keberkatan dalam pekerjaan. Selalu berpesan pada diri sendiri, bekerja dengan pemerintah ini ganjaran pahalanya besar. Sebagai orang baru, saya harus belajar dengan persekitaran yang baru dan bersangka baik.

Hari ini, saya lihat, bukan hal rezeki atau keberkatan yang digunapakai. I jaga bontot i, u jaga bontot u! Bagi yang kejar pangkat, i pijak kepala sesiapa sahaja yang menghalang i, u jangan ganggu i, i buat ni untuk jaga periuk nasi i! Begitu juga hal kerja, i siapkan kerja i, u siapkan kerja u, kalau yang ada pangkat, i suruh u buatm u buat! Ini arahan i! U tak ikut, u siap! I turunkan pangkat u, atau i akan pastikan u pencen tak naik pangkat, i akan pastikan u tak akan senang sampai bila-bila! 

Bercakap pasal hal kerja berpasukan, memang ada pasukan bila waktu kerja senang, bila kerja susah atau kerja yang lebih masa, masing-masing ada alasan mak sakit, ayah sakit, anak sakit, isteri sakit, tok lang sakit, bila masuk status facebook, ada kat jakarta, ada kat thailand, ada kat singapura dan macam-macam lagi lokasi yang jauh-jauh. 

Bukan saya cemburu dan irihati pun, saya masih tak kisah dengan perangai sebahagian mereka yang cakap pandai sahaja. Kaki kipas atau pembelot dalam urusan kerja harian, orang dulu-dulu cakap jangan hisap darah kawan, tapi kalau nak bezakan, memang banyak yang kering darah kerana hal-hal sebegini. 

Saya tak cuba nak mengubah juga, takut ramai pula anggap saya wali pula, macam lah saya tak berdosa pula. Kubur pun masing-masing, nak kena seksa nanti tu masing-masing. 

Jadi, suka hati apalah nak buat apa pun! Wa jaga wa punya batang! Lu jaga lah lu punya lubang dan batang juga! 

Adios! 

Wednesday, April 2, 2014

Wajib baca! Hormat atau penghormatan?

15 tahun 1 bulan 29 hari! Itu mengikut dari tarikh saya melapur diri pada 4 Jan 1999!

Rupanya selama ni, saya tidak berjaya memenangi hati sesiapa pun berkaitan dengan pekerjaan yang saya lakukan. Walau tanpa MC atau sijil sakit palsu, atau cuti tanpa rekod palsu atau bentuk-bentuk ponteng kerja yang serius. Saya agak, pasti banyak surcaj & kertas siasatan / pertuduhan keatas saya. Tapi ini bukan kisah saya.

Lagi 7 tahun saya dah 50 tahun! Saya agak nasib saya sama seperti orang lain yang umur 50 tahun sekarang. Bila tiada pangkat atau gred, orang-orang baru, pegawai-pegawai baru akan sedar bahawa saya mesti seseorang yang banyak buat masalah. Bila dah lihat tanpa sebarang pangkat, pasti anggota baru, pegawai baru terus dinaikkan pangkat. Pandangan mereka pada orang lama yang tiada pangkat ini sebagai apa?

Apa kita pernah fikir maruah seseorang bila perkhidmatan mereka-mereka yang dah berkhidmat lebih 25 atau 30 tahun? Tanpa secalit, dua calit atau tiga calit? Mahal sangat ke nak bagi calit? Bukan melibatkan pergerakkan gaji pun. Hanya sedikit penghormatan.

Bukan perlu sampai minta kelulusan JPA atau SPA atau Dato Ketua Pengarah atau Dato Bandar atau Menteri Wilayah pun.

Pandangan saya, mengenepikan jasa & tempoh perkhidmatan itu adalah dosa! Menidakkan rezeki orang lain juga adalah dosa! Pernah terfikir dengan pangkat dan kuasa yang kita ada itu akan membuat orang lebih hormat pada kita? Atau membantu orang lain untuk berasa dihargai itu lebih besar pahalanya?

Saya tiada bukti secara bertulis atau keterangan yang menyokong pandangan saya, tapi semasa perbarisan mingguan atau bulanan, cuba lihat kawan-kawan di sebelah? Mungkin sebaya dengan ayah atau mak kita. Apa difikiran kita bila melihat mereka masih melakukan kerja-kerja yang kita lakukan. Apa tenaga dan masa mereka selama ini tidak dihargai?

Nak saya buktikan bahawa ada orang yang di naungi dan dipelihara tuhan? Apabila mendapat anugerah khidmat cemerlang lebih dari 3 kali? Atau rezeki mereka sentiasa di pelihara tuhan apabila boleh naik pangkat yang bertukar gred lebih dari 3 kali juga? Apa kita patut percaya pada nasib, tuhan masih tak beri pada kita?,

Saya bukan Ustaz! Tapi kalau hal yang sedemikian pun tak dapat fikir, memang ketua jabatan dan pegawai kanan jabatan dah jauh memyimpang dari menjadi ketua atau pemegang amanah yang adil!

Jazakallah Khair..