Thursday, April 24, 2014

Dah Kena Kencing, Kena Sailang Pula!

Itu bahasa moden masakini, kalau saya tak guna bahasa sedemikian pun, orang tetap faham. Begitu juga kalau 'wa cakap macam ni, lu faham juga, walau lu tak sebulu dengan wa..'. 

Perubahan zaman, perubahan usia, tak mengubah sesuatu perkara dengan mudah, tapi perubahan tetap berlaku dengan keadaan yang kita sendiri tidak tahu, kalau dulu orang berjual-jual dengan bakul dan kereta tolak, hari ini masih berlaku juga, cuma yang beza adalah jenis warganegara atau jenis bangsa yang berbuat demikian. 

Kalau dulu junjung bakul, hari ini junjung bakul juga, walau di mata kita pangkat dan kuasa itu merupakan ukuran bagi seseorang, tapi tak boleh menutup perbuatannya di masa lalu, kalau dulu dia seorang pendengki, dulu dia penghasut, dulu dia kuat bodek, sekarang dah berjawatan tinggi pun, perangainya tetap sama. 

Faham kan bahasa saya? Saya menerangkan perangai manusia, saya menerangkan cita-cita manusia, manusia anggap jika berilmu, mereka akan di hormati, jika ada pangkat, mereka akan di hormati juga, jika ada kuasa mereka mahu di hormati juga. Tapi mereka lupa pada orang sekeliling mereka, mereka lupa orang yang pernah bantu mereka. Mereka akan pijak sesiapa sahaja yang mereka fikir akan jadi halangan pada dirinya. Memang mereka mudah lupa pada asal usul. Kalau mereka mengaku berperangai yahudi dan nasrani sekali pun, tak akan menjadikan mereka malaikat atau wali juga. Tapi suka nak acah-acah orang dengan tafsiran kaedah undang-undang atau tatakelakuan. 

Jadi kaya, ada pangkat dan ada beberapa jumlah skrol akedemik bukan ukuran kejayaan la kawan! Kejayaan adalah pada mereka yang bahagia dengan cara kehidupan semasa. Jika orang berkereta, kita juga berkereta, bezanya jika orang beli secara tunai, tapi kita masih bayar secara ansuran dan berhutang. Orang lain dan beli rumah dan ada tanah, kita masih menyewa di rumah orang dan beli rumah jauh entah dimana dan masih bayar ansuran secara bulan-bulan juga. Siapa yang lebih berjaya sebenarnya? 

Berkaitan Sailang ni, saya juga guna ayat semasa, hanya orang faham sahaja mengerti, betapa hebatnya jika ada kawan yang akan aniayakan kawan-kawan sendiri kerana kepentingan dirinya, sentiasa untuk dirinya, hanya pada dirinya. Malah sangat berbangga jika dapat mengatasi kawan dan lawan dari apa cara bentuk. Rasa tercabar bila lihat kawan-kawan lain ada lebih.

Maka hatinya berbunga-bunga mencari helah dan segala tipudaya agar dapat menjatuhkan orang lain, menyebarkan fitnah terhadap orang lain, atau apa sahaja cara yang boleh mengaibkan orang lain.

Dalam dunia ni, hanya saya seorang sahaja betul, orang lain semua tak betul! 

No comments:

Post a Comment