Monday, April 14, 2014

Demi Kepentingan Awam atau Ikut Arahan?

Saya dapat lihat apa itu yang selalu di salah erti oleh pihak berkuasa tempatan atau pun orang awam yang berkepentingan. Maksud saya pada kejadian atau hal yang melibatkan kuasa seorang penjawat awam. Sama ada dalam masa menjalankan tugas atau pun tidak. 

Contoh mudah adalah masalah kesesakkan lalulintas di pusat bandar atau jalan-jalan utama. Selalu di kaitkan dengan aduan tiada pertugas di lapangan. Atau petugas dilihat hanya berada di simpang-simpang jalan tanpa memperdulikan lalulintas yang semakin sesak. 

Begitu juga dengan kekurangan ruamg letak kereta dan motosikal. Orang awam akan menyalahkan pihak berkuasa apabila mereka di kenakan tindakan notis tawaran kompaun atau notis pemberitahuan kesalahan. Perkara yang selalu jadi pertikaian adalah bentuk notis itu di sampaikan. Walaupun hanya kerana tidak membayar tiket tempat letak kereta yang berharga 50 sen bagi tempoh sejam. 

Jika notis dikeluarkan, bayaran atau tawaran kompaun sebanyak 50 atau 100 ringgit pula terpaksa dibayar. Walhal pengguna atau orang yang meletakkan kenderaan tersebut hanya akan bayar apabila nampak kelibat penguatkuasa. Jika tidak, mereka tak rasa nak bayar pun. 

Orang awam pula sanggup 'menyerang dan memaki hamun' jika notis dikeluarkan sebelum mereka sempat membeli tiket. 

Jujurnya, saya tak pernah jumpa pula penguatkuasa yang sanggup tunggu setiap jam pada akhir tempoh bayaran tamat. Biasa akan sekali lalu sahaja. 

Memang benar penguatkuasa mempunyai kuota notis kesalahan yang perlu dikeluarkan dalam sehari, tapi semua pengeluaran notis adalah berdasarkan sekali lalu atau sekali jalan. Sangat jarang untuk mengambil tindakan di kawasan atau laluan yang sama berkali-kali. 

Manakala bentuk halangan pula, biasanya pada lokasi atau tempat yang betul-betul hotspot. Bukan sebarang kawasan boleh tunda dan tarik kenderaan secara sesuka hati. 

Punca kesesakkan adalah kerana halangan di sisi-sisi jalan. Menganggu lalulintas lain. Menyebabkan kenderaan lain memperlahankan kenderaan. 

Bayangkan setiap bas atau teksi dibenarkan menunggu di setiap kawasan utama, pusat membeli belah, medan niaga tanpa kawalan. Orang ramai mungkin anggap mereka lebih mudah mendapatkan kenderaan, tapi lihat sendiri cara bas dan teksi beroperasi di kawasan pusat bandar. 

Kaedah penyuraian trafik, penutupan jalan, kerja-kerja jalan sentiasa di pantau demi kelancaran aliran trafik, pihak ITIS dan TMC memantau 24/7 atas aliran lalulintas di sekitar jalan utama di pusat bandar. 

Tapi masih ada sedikit kekurangan pada waktu-waktu puncak kerana kebanyakan warga kota memilih untuk balik atau tamat kerja pada waktu yang sama. Menurut kajian lama, ada 2 juta kenderaan keluar masuk, dan hari ini, saya percaya jumlahnya telah meningkat kepada 4 juta kenderaan setiap hari. 

Waktu puncak pada jam 7 hingga 9 pagi, 12 hingga 2 petang dan 5 hingga 9 malam. Tidak termasuk pada acara-acara tertentu yang melibatkan jumlah orang awam berkali ganda seperti sambutan hari-hari peringkat kebangsaan atau peringkat Wilayah Persekutuan. 

Memahami apa yang berlaku itu adalah keperluan. Memahami jumlah masa yang pelu diambil untuk mengatasi sebarang masalah juga penting. Kerana Kuala Lumpur tidak ada waktu yang terhenti! 

No comments:

Post a Comment