Tuesday, April 15, 2014

Sifir Matematik Tempat Letak Kereta DBKL!

Kadar bayaran bagi sejam adalah 50 sen! Jika sewa petak khas, harga rm168 sebulan! Lebih kurang rm6.45 sehari. Jika bayar meter selama 10 jam pula rm5.00. 

Jika masuk tempat letak kereta swasta, sejam rm4.00. Kalau 10 jam dah rm40.00. Kalau sekali masuk mungkin rm20.00. 

Warga kota lebih suka 'gaduh' dengan Penguatkuasa DBKL lagi dari bayar 50 sen. Itu yang biasa berlaku di Kuala Lumpur. Kalau masuk tempat letak kereta di kawasan bangunan atau medan niaga juga sama. Kalau letak guna 'jockey' lebih daripada kadar biasa. Tapi itu berlaku tanpa orang lain pertikaikan pun kuasa tempat letak kereta swasta atau pemilik medan niaga atau kuasa 'jockey' minta bayaran tempat letak kereta. 

Undang-undang yang diperuntukkan memang dah memperkecilkan kuasa Penguatkuasa atau sengaja nak meremehkan tugas penguatkuasa dengan hal-hal yang sedemikian. 

Gambaran pada kawasan tertentu seperti di kawasan parlimen, ada 10 orang petugas yang mengambil tindakan pada pelbagai kesalahan. Cuma pada fikiran saya, produktiviti yang dihasilkan adalah perkara yang sangat merugikan. Bayangkan jika seorang penguatkuasa bergaji rm 4 ribu sebulan, bersamaan dengan rm40 ribu ringgit. Tapi mengambil tindakan keatas orang-orang degil bayar tempat letak kereta yang menjana pendapatan rm5.00 maksimum pada sebuah petak. Perlu berapa ratus petak untuk mengembalikan jumlah gaji rm40 ribu gaji yang di ambil oleh penguatkuasa? Kiraan saya 8 ribu petak tempat letak kereta. Manakala notis secara purata pula antara 300 ke 500 keping notis sehari. Agak-agak ada sampai 100 keping sehari di bayar tak? Dengan kadar rm50 sekeping? 

Sistem kupon juga pernah dibuat, tapi tidak mendatangkan kesan jika bayaran sejam adalah 50 sen. Memang tiada produktiviti pun pada tugas dan kerja-kerja penguatkuasaan. Saya tiada bukti atau statistik jumlah kutipan syiling pada meter parking di sekitar Kuala Lumpur, tapi saya boleh agak kos penyelengaraan yang wujud itu adalah berpuluh kali ganda rugi pada pihak konsesi. Malah nak lihat orang yang menyelengara pun susah. 

Wargakota mahukan keselesaan pada aliran trafik dan kemudahan tempat letak kereta, tapi bayaran yang dikenakan adalah tidak setimpal. Ibarat beri percuma. Manakala bentuk halangan lain itu yang sebenarkan merupakan kesalahan. Letak di siar kaki, letak di kaki lima, letak di hadapan pintu masuk atau selekoh, atau letak di kawasan yang tidak dibenarkan. 

Kemudian, ada pula kawasan yang diwartakan atau yang tidak, ada yang kena bayar dan ada yang tidak. Kita semua sedia maklum, bahawa tempat letak kereta bermeter sudah tidak relevan lagi bagi tujuan mengambil tindakan. Seolah-olah pihak PBT sengaja memasang perangkap pada wargakota dan mengambil tindakan saman atau mengenakan kompaun atas kesalahan tidak mengambil tiket tempat letak kereta berharga 50 sen. 

Seriuskah kerja penguatkuasa mengambil tindakan sedemikian? Atau tempat letak kereta benar-benar menjana pendapatan pada DBKL? Memiliki lesen atau membayar permit perniagaan lebih murah dari bayar tempat letak kereta. 

Saya tak cuba mengubah atau menghasut, cuma suka menyatakan kebenaran pada kapasiti bidang tugas. Jika anggap saya mengarut, cuba fikir pandangan orang ramai pula. Adakah mereka anggap kita menyediakan perkhidmatan pada mereka atau kita memberi tekanan dan beban pada kehidupan mereka seharian. 

Kita sama-sama cuba guna otak! 

No comments:

Post a Comment