Wednesday, April 2, 2014

Wajib baca! Hormat atau penghormatan?

15 tahun 1 bulan 29 hari! Itu mengikut dari tarikh saya melapur diri pada 4 Jan 1999!

Rupanya selama ni, saya tidak berjaya memenangi hati sesiapa pun berkaitan dengan pekerjaan yang saya lakukan. Walau tanpa MC atau sijil sakit palsu, atau cuti tanpa rekod palsu atau bentuk-bentuk ponteng kerja yang serius. Saya agak, pasti banyak surcaj & kertas siasatan / pertuduhan keatas saya. Tapi ini bukan kisah saya.

Lagi 7 tahun saya dah 50 tahun! Saya agak nasib saya sama seperti orang lain yang umur 50 tahun sekarang. Bila tiada pangkat atau gred, orang-orang baru, pegawai-pegawai baru akan sedar bahawa saya mesti seseorang yang banyak buat masalah. Bila dah lihat tanpa sebarang pangkat, pasti anggota baru, pegawai baru terus dinaikkan pangkat. Pandangan mereka pada orang lama yang tiada pangkat ini sebagai apa?

Apa kita pernah fikir maruah seseorang bila perkhidmatan mereka-mereka yang dah berkhidmat lebih 25 atau 30 tahun? Tanpa secalit, dua calit atau tiga calit? Mahal sangat ke nak bagi calit? Bukan melibatkan pergerakkan gaji pun. Hanya sedikit penghormatan.

Bukan perlu sampai minta kelulusan JPA atau SPA atau Dato Ketua Pengarah atau Dato Bandar atau Menteri Wilayah pun.

Pandangan saya, mengenepikan jasa & tempoh perkhidmatan itu adalah dosa! Menidakkan rezeki orang lain juga adalah dosa! Pernah terfikir dengan pangkat dan kuasa yang kita ada itu akan membuat orang lebih hormat pada kita? Atau membantu orang lain untuk berasa dihargai itu lebih besar pahalanya?

Saya tiada bukti secara bertulis atau keterangan yang menyokong pandangan saya, tapi semasa perbarisan mingguan atau bulanan, cuba lihat kawan-kawan di sebelah? Mungkin sebaya dengan ayah atau mak kita. Apa difikiran kita bila melihat mereka masih melakukan kerja-kerja yang kita lakukan. Apa tenaga dan masa mereka selama ini tidak dihargai?

Nak saya buktikan bahawa ada orang yang di naungi dan dipelihara tuhan? Apabila mendapat anugerah khidmat cemerlang lebih dari 3 kali? Atau rezeki mereka sentiasa di pelihara tuhan apabila boleh naik pangkat yang bertukar gred lebih dari 3 kali juga? Apa kita patut percaya pada nasib, tuhan masih tak beri pada kita?,

Saya bukan Ustaz! Tapi kalau hal yang sedemikian pun tak dapat fikir, memang ketua jabatan dan pegawai kanan jabatan dah jauh memyimpang dari menjadi ketua atau pemegang amanah yang adil!

Jazakallah Khair..

No comments:

Post a Comment