Thursday, April 24, 2014

Zaman Kemajuan!

Nabi Muhammad saw sendiri, pada suatu hari terlambat pergi sembahyang subuh daripada biasa, padahal sahabat Bilal telah azan, beliau belum juga datang, maka cemaslah Bilal, kalau-kalau beliau kurang sihat. Lalu dia datang ke kamar beliau di samping masjid dan memohon izin kepada Aishah hendak bertemu dengan beliau.

'Masuklah, beliau ada di dalam,' jawab Aishah.

Bilal pun masuk, didapati beliau sudah lama bangun, tetapi dilihatnya bekas menangis di mata beliau. Dengan terharu, Bilal berkata : ' Apakah sebab engkau menangis, ya pesuruh Tuhan, padahal jika ada pun kesalahan paduka, yang dahulu atau yang terkemudian, semuanya telah diampuni Allah.' 

Beliau bersabda : 'Tadi malam datang Jibril kepada ku membawa wahyu "Sesunguhnya pada kejadian semua langit dan bumi, dan pengantian malam dan siang, adalah menjadi bukti bagi orang yang mempunyai sari fikiran" ( surah 3, Al Imran ayat 190) 

Akhirnya beliau berkata, sambil melangkahkan kakinya menuju ke masjid : "Celakalah orang yang membaca ayat ini, hanya semata-mata membaca, dengan tidak memerhatikan kandungan di dalamnya.." 

Jarang benar saya menggunakan petikan ayat Quran atau hadis bagi menerangkan maksud, saya takut, hati saya berdebar takut salah melakukan tafsiran atau kias yang salah bagi menerangkan maksud. 

Perbetulkan saya jika saya salah, tapi ada orang 'bercakap' bahawa kenaikan pangkat dan anugerah-anugerah yang saya sepatutnya dapat jadi terhalang kerana saya meluahkan 'persepsi / asal idea pada kebenaran' di laman blog dan facebook saya. 

Saya pulangkan kembali fikiran itu pada tuan-tuan dan puan-puan untuk menilai. Saya terkejut kerana orang yang kononnya terpelajar, terdidik dengan pelbagai anugerah kecermerlangan itu rupanya pengadu domba yang tidak berani bersemuka. 

Saya tetap berasa bangga, saya masih di depan! :) 

No comments:

Post a Comment