Thursday, July 24, 2014

Tegas dan Setia!

Saya menulis bukan kerana syok sendiri! Saya guna cerita & pengalaman yang saya tahu kerana bersandarkan pada bukti yang saya ada. Etika itu saya rasa semua orang ada. Bercakap atau berkata untuk kebenaran.

Siapa yang hidup atas dunia ini rasa akan menongkat dunia? Siapa yang mahu hidupnya diselubungi kebimbangan dan melihat keburukkan orang lain tanpa mempedulikan nasib bangsa & agamanya?

Siapa yang mahu menyuap makanan kedalam mulut anak isteri dari sumber yang haram jika ada jalan untuk menikmati sumber yang halal?

Jika saya di halang menulis atas kebenaran yang saya ada, di halang kerana di anggap saya cuba menghasut & memburukkan sesiapa, mereka patut bersemuka & jelaskan cerita mengapa saya mereka-mereka cerita untuk mengaibkan pihak tertentu. Saya dah gila agaknya.

Saya bergerak atas akal fikiran saya & menulis beberapa patah perkataan yang saya nampak akan wujudnya khilaf & kekurangan untuk kita sama-sama perbaiki. Bentuk media hari ini bukan buat secara rahsia atau sorok-sorok. Kita hadapi lah cabaran semasa yang sesuai dengan zaman.

Saya masih merasakan orang salah faham akan niat saya untuk membetulkan beberapa perkara yang asas dalam kerja / ibadah seharian. Saya juga jahil & kurang ilmu. Tapi saya nampak jalan untuk kita sama-sama perbaiki & sama-sama menikmati apa itu ibadah ( pekerjaan ) yang kita sama-sama lakukan.

Tambah ilmu bukan kerugian. Tapi menambah / kenaikan pangkat itu adalah amanah yang membolehkan kita rentung di jilat api neraka kerana kejahilan kita memegang amanah yang diberikan.

Tuhan menguji kita. Esok mungkin kerana pangkat & kuasa itu juga akan menjadikan saya tidak lagi bergelar Penguatkuasa DBKL. Esok juga mungkin kita sama-sama menyedari bahawa ilmu, pangkat & kuasa kita jadi sia-sia kerana kita langsung tidak membantu orang lain untuk mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik.

Ramadhan dah semakin pendek. Kita menceritakan kisah kejayaan kita. Kita kisahkan kegembiraan kita. Kita bangga dengan pencapaian kita.

Rupanya, kita hanya loloskan diri kita! Biarlah orang lain dengan nasib mereka!

No comments:

Post a Comment