Friday, September 26, 2014

Koboi & India Merah! Mereka adalah Penguatkuasa DBKL!

Pagi-pagi lagi saya dah gelak sorang-sorang. Bila tukar nama Comboy kepada Koboi, tukar Red Indian kepada India Merah! Ha3!!

Sebenarnya saya nak ceritakan pasal persembahan Pasukan Unit Berkuda yang berpakaian seperti koboi dan red indian tu. Mereka bawa tombak dan mencucuk daun terup, cucuk belon pada papan target. Menguji kepakaran mereka menunggang kuda dan membuat aksi. Saya pernah lihat mereka buat persembahan. Bagi saya mereka sangat hebat. Bukan semua orang yang menjadi warga DBKL boleh menunggang kuda & menjadi bagus dalam persembahan.

Ada show jumping, ada polo, ada dresage ( kuda menari ), endurance. Semua itu kita pernah berada di peringkat dunia. World Class! Puan Ruzalina tu pernah ada dokumentari khas untuk nya. Kehidupannya sebagai seorang penguatkuasa dan penunggang kuda yang bertaraf dunia. ( saya ingat pompuan je! Lelaki saya tak ingat! :p ) . Saya ingat kejadian Dato Bandar pernah tahan dia semasa menunggang kuda ketika raptai hari penguatkuasa. Dato Bandar terpegun dengan kecantikan kuda dia la kot! Sebab masa tu dia bujang lagi! :p

Antara khabar angin yang saya dengar, double 'Jodie Foster' untuk stunt aksi berkuda dalam filem Anna and The King juga adalah Puan Ruzalina. Saya minta maaf jika bahan cerita ini salah. Tapi ketika itu kalau Jodie Foster dan dia, orang akan pilih dia lagi! *maafkan saya puan!

Tapi jika masuk bilik pegawai di Unit Berkuda tu akan nampak gambar pegawai lelaki yang menjadi cover majalah TIME! Masa tu mana ada orang pandai edit-edit gambar. Biasa yang jadi cover majalah TIME ni sama ada jutawan dunia atau pemenang hadiah nobel prize..

Kalau rasa saya tipu, anggap la cerita ini sebagai lawak jenaka sahaja..

Wallahualam..

Three Element! Penguatkuasa DBKL Bertaraf Dunia!

Kesilapan terbesar sejak saya berkhidmat dengan DBKL atau lebih tepatnya Jabatan Penguatkuasaan ( Saya masuk dulu nama Direktorat Penguatkuasaan ) adalah :

1. Ketika saya bertukar dari Unit Multimedia ke Bahagian Kebersihan, saya tak ambil gambar, video, pamplet, artikel, plak, cenderamata atau cenderahati atau salinan dokumen yang membentuk Skuad Pemusnah atau Demolition Squad termasuk bahan-bahan temuramah dari bekas pegawai seperti Penguasa Mat Zin dan beberapa lagi orang lama yang pernah berkhidmat sejak penubuhan.

Surat sokongan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir berkaitan penubuhan Unit Berkuda. Taklimat Bencana yang saya terlibat sama ketika Perdana Menteri 'Pak Lah' datang Bilik Gerakan JPK. Patut saya curi semua bahan itu dan simpan! :p

2. Sebab nya saya nak ceritakan pada generasi baru penguatkuasa bahawa kita pernah ada Persembahan Three Element tu. Persembahan yang melibatkan elemen bunyi (muzik), kuda & kenderaaan (motosikal).

3. Bagi orang kampung macam saya, Persembahan itulah yang membuat saya berbangga menjadi penguatkuasa DBKL selain dengan niat berkhidmat dengan pemerintah. Jika saya hanya menulis tanpa ada gambar & video sebagai bukti, payah juga. Nanti cubalah tanya pada mereka yang dah lama berkhidmat apa itu 'Persembahan Three Element'!

Memang ada yang mencemuh dan memberi alasan yang negetif, tapi biasalah, itu cemuhan mereka yang malas & menghalang kemajuan. Asyik menghentam dan mengkondem sesama sendiri.

Kerana ketika saya mula berkhidmat, jabatan kita penuh dengan kecemerlangan dari semua sudut. Sukan Berkuda, Pasukan Penyelamat yang menunjukan prestasi ke negara-negara luar. Menyertai kejohanan antarabangsa dan menjadi terkenal kerana displin dan prestasi tinggi bagi seseorang yang bergelar penguatkuasa.

4. Tak berani saya tokok tambah cerita lagi, kerana saya hanya bercakap kosong. Tapi jika berlaku lagi, saya akan dedahkan dan saya sangat pasti persembahan itu akan masuk dalam senarai Malaysian Guiness Book of Record.

Thursday, September 25, 2014

Penguatkuasa DBKL Bikin Wayang!

Saya tak pasti jika hari ini saya dibenarkan mengakses kembali maklumat yang saya dah lihat 10 tahun lalu di Skuad Penyelamat DBKL berkaitan dengan kerja yang di katakan 'wayang' oleh sebahagian warga Kuala Lumpur yang tak pernah anggap Penguatkuasa DBKL wujud sejak tahun 1969 lagi.

Saya boleh ceritakan hanya sebahagian, kerana saya tak pernah pun berada dalam unit tersebut Tapi antara 'wayang' yang pernah saya lihat adalah kejadian / Operasi menyelamat di Letupan / Kebakaran Kilang Bright Sparkle, Highland Tower yang tumbang, Tsunami di Acheh, Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa, Tanah runtuh Rumah Anak Yatim Hulu Langat, Tsunami di Kedah, Banjir di Johor & Pahang, SAR orang hilang atas gunung, SAR orang tengelam dalam tasik atau lombong, ambil mayat reput, turunkan mayat tergantung,

Itu hanya sebahagian. Sikit! Ada beratus & beribu lagi kes SAR yang dikendalikan tanpa gambar & bukti dilihat sebagai menyokong keterangan saya.

Bagi keseluruhan, penguatkuasa yang terlibat dengan filem ni dah bermacam juga, filem kategori antarabangsa pun ada. Iklan Proton Satria, Majlis Istiadat Pertabalan, Anna & The King, Mr Os, Kembara Seniman Jalanan, Rock oo. Dan itu juga hanya sebahagian.

Yang terlibat sukan antarabangsa pun ada, Sukan Komanwel, Sukan Sea. Yang wakil negara ada, yang berkhidmat di luar negara pun ada. Silat, Ragbi, Ping Pong dan segala macam sukan lagi.

Yang main kuda, yang main polo, yang lompat kuda pun ada, pun sama di peringkat antarabangsa. Main congkak, galah panjang pun ada.

Saya cerita ni, hanya contoh beberapa peratus sahaja. Bukan menyeluruh pun. Tapi anggapn orang terutama warga kota masih ingat  Penguatkuasa macai politik, macai kerajaan & sebagainya.

Selepas ini, saya akan susun dan sampaikan makkumat berkaitan tugas dan sistem kerja yang dipraktikkan demi kesejahteraan warga Kuala Lumpur.

Penjaja Tanpa Lesen! Pengkianat Negara!

Kasar tajuk tu. Tapi cuba fikirkan persepsi dari sudut ekonomi & sistem perundangan negara.

1. Penjaja tanpa lesen mementingkan diri sendiri. Mereka tak perlu bayar lesen, mereka tak perlu bayar cukai, mereka tak perlu bayar sewa tapak. Mereka hanya pacak & dirikan struktur di atas mana-mana kawasan yang mereka suka dan menjalankan aktiviti jajaan mereka tanpa sekatan.

2. Apa beza mereka dengan menjual barang haram dan terlarang dari sudut agama dan perundangan? Mereka tetap salah walau menjual barang atau makanan halal.

3. Mereka sanggup bayar wang perlindungan dan 'beli tapak' dari pengendali lama dengan bayaran yang melebihi bayaran sewa premis perniagaan. Seperti mana mereka membayar harga sewa di tapak bazar larut malam atau bazar ramadhan atau bazar di Masjid India.

4. DBKL menyediakan tapak dengan sewa bawah RM 200 ringgit dan bayaran lesen yang kurang dari RM 400 ringgit. Berapa mereka bayar tapak pada Persatuan?

Di Masjid India, tapak khemah 20x20 dijual dengan harga RM40 ribu sebulan. Manakala tapak bazar di jual antara RM 7 ribu hingga RM 14 ribu ringgit sebulan.

Di kawasan luar, sewa & khemah 8x8 persatuan penjaja sewa antara harga RM 400 hingga RM 900 ringgit. Dan mereka jual pula pada orang lain dengan harga RM 2000 ringgit. Mereka tidak pula bayar pendapatan mereka kepada DBKL atau kerajaan dengan hasil jualan tersebut?

5. Dimana maruah penjaja tanpa lesen yang mengunakan ruang tempat letak kereta dan siar kaki lima milik premis bersewa dan kemudahan awam yang sepatutnya menjadi laluan pejalan kaki dan ruang orang awam lain guna kemudahan?

6. Sejauh mana tindakan & kekejaman yang Pihak Berkuasa Tempatan menuntut hak sebagai pentadbir Kuala Lumpur?

Cuba nilai semula jenis perniagaan dan cara mereka ( penjaja ) ini mencari rezeki? Halal ke pendapatan mereka dengan menipu pemerintah ( Kerajaan ). Apa hukuman yang setimpal bagi mereka?

Monday, September 22, 2014

Kedangkalan / Kobodohan Warga Kota menjadi masalah kepada DBKL!

Saya bimbang apabila kedangkalan atau sikap tidak ambil tahu pada kejadian yang melibatkan kesejahteraaan wargakota yang lain menjadi satu trend yang berterusan. 

Bayangkan apa bakal berlaku apabila tindakan menguatkuasa undang-undang menjadi satu bahan ejekan atau bahan jenaka pada orang lain yang tidak memahami sesuatu prosedur atau tindakan, 

Contoh terbaru, tersebar video pergaduhan penguatkuasa wanita dan penjaja wanita di Taman Tasik Permaisuri. Apa yang berlaku sebenarnya, penjaja tersebut engkar dan melawan arahan beredar atau menutup perniagaan jajaannya. Lokasi penjaja tersebut juga adalah tidak bersesuaian. Guna tempat letak kereta awam. Bukan semua tempat awam adalah milik orang awam. Hak awam adalah hak kemudahan yang digunapakai oleh orang awam lain. Oleh kerana tidak fahamnya penjaja tersebut pada prosedur dan anggapan orang yang melihat video itu, seolah-olah penguatkuasa pula yang zalim tidak membenarkan & mengasari penjaja tersebut menjalankan aktiviti jajaan nya. 

Perkara asas yang warga kota tidak mahu tahu adalah, tindakan menjaja di kawasan tersebut adalah salah. Ingkar pada arahan itu di anggap melanggar undang-undang. Dan apabila berlaku sedemikian, tindakan yang melibatkan sedikit kekerasan adalah dibenarkan. 

Demi kesejahteraan warga kota yang lain. Tindakan penguatkuasaan akan di jalankan dari semasa berdasarkan kemudaratan yang berlaku. Secara ilmiahnya, tindakan penguatkuasaa akan dijalan dengan cara yang paling berhemah. Kerana itu tindakan yang keras dan tegas jarang di paparkan di media masa atau di sebarkan demi kesejahteraan warga kota yang lain. 

Sebarang kemusykilan, wargakota boleh bertanya di saluran yang sah. Pihak DBKL menyediakan pelbagai saluran yang boleh dihubungi dan akan di selia dengan sewajarnya. 

Penguatkuasa DBKL dan Sistem Shift!

Sebenarnya waktu bekerja yang di cadangkan oleh pihak pengurusan DBKL adalah Sistem Waktu Bekerja Bukan Pejabat. Mereka namakan Sistem Shift. Waktu bekerja adalah sebilang masa, asalkan jumlah jamnya cukup 8 jam sehari dan 6 jam pada hari ke enam atau pada hari Sabtu. 

Dalam sistem waktu bekerja bukan pejabat juga, ada lagi 2 jenis waktu bekerja. Kerja 5 hari seminggu dengan jumlah jam bekerja sebanyak 9 jam. Manakala kerja 4 hari seminggu pula melibatkan kerja 12 jam sehari. 

Di fahamkan bahawa Jabatan Penguatkuasaan akan melaksana dua sistem pada bulan hadapan. Kerja 6 hari seminggu dan kerja 5 hari seminggu. 

Untuk makluman, Jabatan Penguatkuasaan masih mengunakan Perintah Am 1 Feb 1974. Pekeliling Bilangan 13 Tahun 2005 Perlaksanaan Lima Hari Bekerja Seminggu adalah tidak terpakai di Jabatan Penguatkuasaan DBKL atas arahan Datuk Bandar dan Ketua Pengarah DBKL. Maka arahan itu adalah rasmi walaupun tiada sebarang surat di keluarkan sebagai panduan atau kesilapan pada perlaksaaan sejak tahun 2005 lagi. 

Hanya nampak janggal kerana hanya berlaku pada Jabatan Penguatkuasaan DBKL. 

Dalam kaedah sistem waktu bekerja bukan shift itu juga cuti atau kelepasan atau cuti mingguan tidak semestinya jatuh hanya pada hari Sabtu dan Ahad seperti mana waktu lima hari bekerja seperti pekeliling tahun 2005 tersebut. Hanya kena faham bahawa sistem shift atau waktu bekerja bukan pejabat ada 6, 5 atau 4 hari kerja seminggu. 

Bermula bulan depan, kita akan mengalami sedikit kejutan kerana ada kawan-kawan yang kerja 6 atau 5 hari seminggu. 

:p 





Friday, September 19, 2014

Peperiksaan Khas Pegawai Penguatkuasa N27! Penipuan atau Pembaziran?

Saya dah lama tergerak hati nak bertanya dan buat masa ni tiada siapa pun boleh beri jawapan yang saya rasa boleh dipercayai.

Tujuan Pembantu Penguatkuasa Gred N17 yang telah di sahkan jawatan tetap & lulus Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa Gred N17 mengambil Peperiksaan Khas Pegawai Penguatkuasa Gred N27.

Sejak 15 tahun lalu, tak pernah pula saya dengar mana-mana kakitangan Gred 17 yang lulus peperiksaan tersebut naik gaji atau naik pangkat kepada gred N27. Malahan, yang saya dengar, ramai pegawai Gred N27 tak lulus peperiksaan itu.

Saya pun dan lulus peperiksaan N27 tu sejak 8 atau 10 tahun yang lalu. Tiada apa berlaku pun pada pergerakan gaji, pangkat, anugerah atau pingat yang saya terima sejak saya lulus peperiksaan tersebut.

Begitu juga pada Peperiksaan PTK. Saya pun dah lulus peperiksaan tersebut. Tak naik pangkat pun. Gaji naik RM 55 ringgit.

Kemudian bila perlaksanaan KUP, tahun ni saya layak dapat. Dan rupanya beza KUP N22 tersebut hanya RM 95 ringgit.

Saya masih tak bersyukur? Ada yang masuk lebih baru dari saya dah 4 kali naik pangkat dalam tempoh kurang 10 tahun.

Yang sama masuk atau lebih baru pun dah 2 kali dapat anugerah khidmat cemerlang. Tapi saya tak kisah sangat. Sebab kan rezeki tu semua kuasa tuhan. Manusia mana boleh tentukan rezeki orang lain. Kan?

Saya bersembang dengan orang-orang lama. Saya kira masih baru berbanding mereka yang dah lebih 35 berkhidmat. Pun masih terkebil-kebil melihat orang yang lebih baru dari mereka mempunyai rezeki yang lebih baik dari mereka dan menikmati peluang yang lebih bagus dari mereka. Sampai ada yang tanya pada saya, yang pergi Singapura tu mereka bagi sumbangan apa pada Jabatan? Saya cuma jawab,

"Kalau abang dah 35 tahun servis pun mereka tak pandang, apa lagi saya yang baru 15 tahun berkhidmat. Pengarah sendiri dah bagi warning pada saya! Saya sendiri pun tak akan naik pangkat atau terima apa-apa anugerah lagi. Saya lebih malang dari abang lah.. "

Tuhan pun berpilih-pilih juga nak bagi rezeki kan?

Nauzubillah!

Thursday, September 18, 2014

Tempoh Perkhidmatan! Sekadar angka atau jumlah jasa?

Kalau dah 10 tahun servis, apa yang patut kita dapat? Sah jawatan? Kursus? Pingat atau lawatan kemana-mana dalam negara atau luar negara?

Kalau dah 20 tahun servis? Naik Pangkat? Naik gred? Pingat Jasa Bakti? Khidmat Cemerlang? Jumlah gaji?

Kalau dah 30 tahun servis? Sijil Khidmat Bakti? Jamuan Makan Jasa Mu Di Kenang? Jemputan ke Majlis Tahlil? Ulang alik ke klinik kesihatan untuk dapat rawatan & ubatan?

" Jangan tanya apa sumbangan kamu pada negara ( jabatan ), tapi tanya lah apa sumbangan negara ( jabatan ) pada kita.. "

Ada yang dah berkhidmat lebih dari 35 tahun. Ada yang nak berhenti tahun depan ( saya dah dengar nak berhenti tahun depan tu 10 tahun yang lalu. Tapi tak berhenti pun.

Masalah yang sebenar adalah saya! Saya yang menghasut. Saya yang jadi penderhaka. Saya yang memburukan nama jabatan. Tapi jika di nilai pada jumlah sumbangan mereka yang telah berkhidmat, saya menyatakan dengan terus terang bahawa 'kebajikan & penghargaan' pada mereka yang dah lebih 20 tahun itu macam kacang! Bukan kacang lupakan kulit, tapi bila dah sedap makan kacang, kulit memang terus di buang!

Saya tak berhenti tahun depan kalau tak dibuang atau di pecat atau di arahkan berhenti!

Amin...

Thursday, September 11, 2014

Hari Penguatkuasa DBKL! Lahirnya sebuah Cinta?

Ada sehari setiap tahun. 15 September! Saya menyatakan rasa kagum pada pengurusan kerana tetap melaksana Sambutan Hari Penguatkuasa yang ke 45 pada tarikh tersebut.
Dah berulang kali saya nyatakan. Jangan di ubah walau sehari pun. Kekalkan sambutan tersebut pada tarikh yang sama setiap tahun. Sebabnya kita mahu hari tersebut menjadi tarikh yang 'keramat & sinonim' dengan Penguatkuasa DBKL.

Jika selalunya kita berkorban masa untuk hadir ke majlis orang lain, sambutan agensi lain, hari sukan untuk anak-anak kita, hari keluarga untuk suami atau isteri kita. Hari ini kita kena ubah tradisi & persepsi. Kita kena bawa mereka lihat Sambutan Hari Penguatkuasa di adakan. Kita kena bagitahu pada mereka kita ada hari yang di sambut pada setiap tahun.

Kita kena bagitahu suami atau isteri, bagitau pada mak dan ayah kita, bagitahu pada anak-anak kita. Kita kena ubah tradisi. Kita mesti berbangga dengan hari kita. Kita kena hebahkan bahawa kita berbangga menjadi Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Disini kita semua bersaudara. Kita semua sebangsa. Kita adalah Satu!

Jika berkesempatan, kita bawa mereka saksikan Sambutan / Majlis Perbarisan Hari Penguatkuasa yang Ke 45 ini.

Kepada semua sahabat handai dan taulan. Saya mengucapkan Selamat Hari Penguatkuasa yang Ke 45. Semoga kita terus di berkati dan di rahmati..

Amin...

Monday, September 8, 2014

ANULAE DBKL membantah arahan kerja secara giliran / shift pada setiap Sabtu di Jabatan Penguatkuasaan.

- Wujud "double standard" dalam arahan tugas.

- Ada unit-unit tertentu tidak tertakluk dengan arahan kerja secara giliran / shift pada setiap hari Sabtu. Diberi bayaran lebih masa bila bertugas hari Sabtu.

- Pegawai bergred N27 ke atas dikecualikan bertugas pada hari Sabtu.

- Cadangan / penambahbaikan kesatuan sekerja ANULAE bersama ahli Majlis Bersama Jabatan pihak pekerja DBKL di dalam mesyuarat waktu bekerja secara giliran / shift di Jabatan Penguatkuasaan pada 19 Mac 2014 tidak di terima pakai.

- ANULAE DBKL mahu perlaksanaan giliran / shift pada setiap hari Sabtu di Jabatan Penguatkuasaan di kembalikan kepada asal dengan tiada paksaan bertugas, diberi bayaran lebih masa jika bertugas, ditetapkan pengiliran kerja secara adil dan saksama.

*Tindakan Unit JPSM Bahagian Perkhidmatan

Friday, September 5, 2014

Roh dan Semangat!

Saya bukan bomoh! Nak bercerita tentang semangat dan roh, hanya saya merasakan bahawa perkataan itu bersesuaian dengan maksud yang ingin saya sampaikan. Dalam bahasa berpasukan atau satu perkumpulan, ayat yang sesuai adalah 'kekitaan' atau bahasa lainnya 'Esprit de Corps'.

Bunyi macam sedap, begitu juga dengan maksudnya dalam sebuah institusi atau organisasi yang berkumpulan. Lebih kepada semangat dalam berpasukan. Gerak kerja yang menjadikan kumpulan itu kuat, teguh dan bersatu. 

Itulah yang saya cuba sampaikan. Kita sudah tiada semangat dan roh! Kita tidak lagi menjadi satu kumpulan yang bersatu. Kita bukan lagi kumpulan yang digeruni atau disegani kerana semangat tersebut. 

Tak perlulah saya sebut jabatan atau bahagian atau unit. Dan terang lagi bersuluh memang saya maksudkan jabatan yang kita sama-sama sayangi. Saya tak kisah sekiranya saya dianggap penderhaka atau penghasut. Tak kira apa pandangan pihak jabatan atau pengurusan tertinggi jabatan. Niat saya sangat jelas juga. Mahu ingin terkemuka, mahu jadi yang terbaik, mahu disegani, mahu kekal menjadi barisan hadapan dalam memajukan perkumpulan orang yang sama-sama berkhidmat dalam baju seragam yang sama. 

Jika saya fikir untuk diri saya, boleh sahaja saya mengipas atau meloloskan diri saya sendiri untuk jadi popular dan berpura-pura bodoh dan makan gaji sampai tamat perkhidmatan. Tapi apa pentingnya saya pada orang lain? Saya fikirkan kita sama-sama cari makan di tempat yang sama, bekerja dengan orang yang sama, berkhidmat atas dasar yang sama. Mencari berkat! 

Jika saya menyisihkan diri juga tidak akan mengubah hidup saya. Boleh jadi saya pentingkan diri. Boleh jadi juga saya benar-benar menjadi penghasut. Tapi adakah sifat itu yang ada pada setiap orang yang datang memohon untuk berkhidmat dengan kerajaan yang memerintah? Siapa mahu hidupnya susah? Siapa mahu di catitkan di bahu kirinya dengan dosa yang tidak disedari? Saya lupa diri? 

Mana perginya 'Semangat dan Roh' dalam dunia pekerjaan kita? Jawapannya pada sistem! Sistem yang kita gunapakai. Cara kita bekerja, arahan dalam bekerja. Dan yang paling utama adalah Ketua yang menjadi 'sistem' itu tidak melakukan amanah dan tanggungjawabnya dengan semangat dan roh ILMU. Tiada hubungan 'persaudaraan' dalam semangat berpasukan. Memisahkan ikatan berpasukan dengan kaedah politik 'Pecah dan Perintah!', dan akibatnya segala maklumat dan arahan sentiasa bercanggah dengan maksud sebenar. Hilang keperibadian kerana giliran pangkat. 

Dan yang paling menyedihkan saya, perasaan hormat langsung tiada. Jasa orang lama dalam perkhidmatan dah tiada nilai. Kekuatan yang ramai itu tidak berguna. Ibarat peristiwa Israk Mikraj, apabila ada seorang lelaki tua yang terus menerus mengambil dan cuba mengangkat kayu yang dia sendiri tak mampu pikul. 

Selebihnya masih berkira-kira dengan giliran pangkat yang dia rasa dia mahu! 


Wednesday, September 3, 2014

Latihan Perbarisan Hari Penguatkuasa ke 45 Tahun 2014

Selawat dan salam ke atas junjungan.

Sebagai seorang kakitangan Jabatan Penguatkuasaan, saya berbangga dengan jawatan & pakaian seragam saya. Rata-rata yang mengenali saya anggap mereka faham akan maksud tulisan saya walaupun mereka tidak menyatakan sokongan atau ada yang menyampah dengan keadah yang saya gunakan di media sosial. Tapi saya anggap itu adalah hak masing-masing untuk menyuarakan pendapat.

Tahun ini saya lebih awal terpilih untuk bersama rakan lain menjalani latihan kawad. Tiada masalah bagi saya, kerana saya suka.

Jabatan mana di dalam organisasi DBKL yang ada hari khas seperti Jabatan Penguatkuasaan? Jabatan mana yang dah sambut ulangtahun yang ke 45 sejak wujudnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur?

Saya menyatakan sokongan pada usaha supaya menjadikan Hari Penguatkuasa ini di hebahkan kepada orang ramai dan disertakan dengan acara yang melibatkan wargakota. Bukan setakat Kempen Derma Darah, Pertandingan Memancing, Majlis Tahlil, Perbarisan / Kawad dan persembahan, tatoo atau seni mempertahankan diri.

Saya pernah mencadangkan agar di adakan mini expo yang mempamerkan Jabatan Penguatkuasaan sebagai sebuah jabatan yang memiliki pelbagai aset & kemudahan yang membantu wargakota yang lain seperti pameran / persembahan yang melibatkan unit-unit khas yang sentiasa bersedia 24 jam / 365 hari setahun.

Perlu mesra dengan wargakota dengan perkhidmatan yang disediakan, termasuk dengan kemudahan yang di kawal selia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Seperti dewan, padang, tempat rekreasi, kereta kuda dan lain-lain jenis perkhidmatan.

Mesti lah yang berkaitan dengan perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Oleh kerana kita salah satu jabatan yang memiliki peluang untuk menghebahkan pada wargakota, lebih baik kita hebahkan juga segala bentuk dan jenis-jenis perkhidmatan yang di sediakan.

Bukan hanya pada statistik tindakan yang kita keluarkan, tapi kita kena terangkan juga kaedah yang kita guna pakai dalam memelihara dan menjaga harta benda Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga.

Kemana lagi kita nak tumpahkan kuah kalau bukan pada nasinya.

Wassalam..