Wednesday, September 3, 2014

Latihan Perbarisan Hari Penguatkuasa ke 45 Tahun 2014

Selawat dan salam ke atas junjungan.

Sebagai seorang kakitangan Jabatan Penguatkuasaan, saya berbangga dengan jawatan & pakaian seragam saya. Rata-rata yang mengenali saya anggap mereka faham akan maksud tulisan saya walaupun mereka tidak menyatakan sokongan atau ada yang menyampah dengan keadah yang saya gunakan di media sosial. Tapi saya anggap itu adalah hak masing-masing untuk menyuarakan pendapat.

Tahun ini saya lebih awal terpilih untuk bersama rakan lain menjalani latihan kawad. Tiada masalah bagi saya, kerana saya suka.

Jabatan mana di dalam organisasi DBKL yang ada hari khas seperti Jabatan Penguatkuasaan? Jabatan mana yang dah sambut ulangtahun yang ke 45 sejak wujudnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur?

Saya menyatakan sokongan pada usaha supaya menjadikan Hari Penguatkuasa ini di hebahkan kepada orang ramai dan disertakan dengan acara yang melibatkan wargakota. Bukan setakat Kempen Derma Darah, Pertandingan Memancing, Majlis Tahlil, Perbarisan / Kawad dan persembahan, tatoo atau seni mempertahankan diri.

Saya pernah mencadangkan agar di adakan mini expo yang mempamerkan Jabatan Penguatkuasaan sebagai sebuah jabatan yang memiliki pelbagai aset & kemudahan yang membantu wargakota yang lain seperti pameran / persembahan yang melibatkan unit-unit khas yang sentiasa bersedia 24 jam / 365 hari setahun.

Perlu mesra dengan wargakota dengan perkhidmatan yang disediakan, termasuk dengan kemudahan yang di kawal selia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Seperti dewan, padang, tempat rekreasi, kereta kuda dan lain-lain jenis perkhidmatan.

Mesti lah yang berkaitan dengan perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Oleh kerana kita salah satu jabatan yang memiliki peluang untuk menghebahkan pada wargakota, lebih baik kita hebahkan juga segala bentuk dan jenis-jenis perkhidmatan yang di sediakan.

Bukan hanya pada statistik tindakan yang kita keluarkan, tapi kita kena terangkan juga kaedah yang kita guna pakai dalam memelihara dan menjaga harta benda Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga.

Kemana lagi kita nak tumpahkan kuah kalau bukan pada nasinya.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment