Monday, September 22, 2014

Penguatkuasa DBKL dan Sistem Shift!

Sebenarnya waktu bekerja yang di cadangkan oleh pihak pengurusan DBKL adalah Sistem Waktu Bekerja Bukan Pejabat. Mereka namakan Sistem Shift. Waktu bekerja adalah sebilang masa, asalkan jumlah jamnya cukup 8 jam sehari dan 6 jam pada hari ke enam atau pada hari Sabtu. 

Dalam sistem waktu bekerja bukan pejabat juga, ada lagi 2 jenis waktu bekerja. Kerja 5 hari seminggu dengan jumlah jam bekerja sebanyak 9 jam. Manakala kerja 4 hari seminggu pula melibatkan kerja 12 jam sehari. 

Di fahamkan bahawa Jabatan Penguatkuasaan akan melaksana dua sistem pada bulan hadapan. Kerja 6 hari seminggu dan kerja 5 hari seminggu. 

Untuk makluman, Jabatan Penguatkuasaan masih mengunakan Perintah Am 1 Feb 1974. Pekeliling Bilangan 13 Tahun 2005 Perlaksanaan Lima Hari Bekerja Seminggu adalah tidak terpakai di Jabatan Penguatkuasaan DBKL atas arahan Datuk Bandar dan Ketua Pengarah DBKL. Maka arahan itu adalah rasmi walaupun tiada sebarang surat di keluarkan sebagai panduan atau kesilapan pada perlaksaaan sejak tahun 2005 lagi. 

Hanya nampak janggal kerana hanya berlaku pada Jabatan Penguatkuasaan DBKL. 

Dalam kaedah sistem waktu bekerja bukan shift itu juga cuti atau kelepasan atau cuti mingguan tidak semestinya jatuh hanya pada hari Sabtu dan Ahad seperti mana waktu lima hari bekerja seperti pekeliling tahun 2005 tersebut. Hanya kena faham bahawa sistem shift atau waktu bekerja bukan pejabat ada 6, 5 atau 4 hari kerja seminggu. 

Bermula bulan depan, kita akan mengalami sedikit kejutan kerana ada kawan-kawan yang kerja 6 atau 5 hari seminggu. 

:p 





No comments:

Post a Comment