Friday, September 5, 2014

Roh dan Semangat!

Saya bukan bomoh! Nak bercerita tentang semangat dan roh, hanya saya merasakan bahawa perkataan itu bersesuaian dengan maksud yang ingin saya sampaikan. Dalam bahasa berpasukan atau satu perkumpulan, ayat yang sesuai adalah 'kekitaan' atau bahasa lainnya 'Esprit de Corps'.

Bunyi macam sedap, begitu juga dengan maksudnya dalam sebuah institusi atau organisasi yang berkumpulan. Lebih kepada semangat dalam berpasukan. Gerak kerja yang menjadikan kumpulan itu kuat, teguh dan bersatu. 

Itulah yang saya cuba sampaikan. Kita sudah tiada semangat dan roh! Kita tidak lagi menjadi satu kumpulan yang bersatu. Kita bukan lagi kumpulan yang digeruni atau disegani kerana semangat tersebut. 

Tak perlulah saya sebut jabatan atau bahagian atau unit. Dan terang lagi bersuluh memang saya maksudkan jabatan yang kita sama-sama sayangi. Saya tak kisah sekiranya saya dianggap penderhaka atau penghasut. Tak kira apa pandangan pihak jabatan atau pengurusan tertinggi jabatan. Niat saya sangat jelas juga. Mahu ingin terkemuka, mahu jadi yang terbaik, mahu disegani, mahu kekal menjadi barisan hadapan dalam memajukan perkumpulan orang yang sama-sama berkhidmat dalam baju seragam yang sama. 

Jika saya fikir untuk diri saya, boleh sahaja saya mengipas atau meloloskan diri saya sendiri untuk jadi popular dan berpura-pura bodoh dan makan gaji sampai tamat perkhidmatan. Tapi apa pentingnya saya pada orang lain? Saya fikirkan kita sama-sama cari makan di tempat yang sama, bekerja dengan orang yang sama, berkhidmat atas dasar yang sama. Mencari berkat! 

Jika saya menyisihkan diri juga tidak akan mengubah hidup saya. Boleh jadi saya pentingkan diri. Boleh jadi juga saya benar-benar menjadi penghasut. Tapi adakah sifat itu yang ada pada setiap orang yang datang memohon untuk berkhidmat dengan kerajaan yang memerintah? Siapa mahu hidupnya susah? Siapa mahu di catitkan di bahu kirinya dengan dosa yang tidak disedari? Saya lupa diri? 

Mana perginya 'Semangat dan Roh' dalam dunia pekerjaan kita? Jawapannya pada sistem! Sistem yang kita gunapakai. Cara kita bekerja, arahan dalam bekerja. Dan yang paling utama adalah Ketua yang menjadi 'sistem' itu tidak melakukan amanah dan tanggungjawabnya dengan semangat dan roh ILMU. Tiada hubungan 'persaudaraan' dalam semangat berpasukan. Memisahkan ikatan berpasukan dengan kaedah politik 'Pecah dan Perintah!', dan akibatnya segala maklumat dan arahan sentiasa bercanggah dengan maksud sebenar. Hilang keperibadian kerana giliran pangkat. 

Dan yang paling menyedihkan saya, perasaan hormat langsung tiada. Jasa orang lama dalam perkhidmatan dah tiada nilai. Kekuatan yang ramai itu tidak berguna. Ibarat peristiwa Israk Mikraj, apabila ada seorang lelaki tua yang terus menerus mengambil dan cuba mengangkat kayu yang dia sendiri tak mampu pikul. 

Selebihnya masih berkira-kira dengan giliran pangkat yang dia rasa dia mahu! 


No comments:

Post a Comment