Friday, September 26, 2014

Three Element! Penguatkuasa DBKL Bertaraf Dunia!

Kesilapan terbesar sejak saya berkhidmat dengan DBKL atau lebih tepatnya Jabatan Penguatkuasaan ( Saya masuk dulu nama Direktorat Penguatkuasaan ) adalah :

1. Ketika saya bertukar dari Unit Multimedia ke Bahagian Kebersihan, saya tak ambil gambar, video, pamplet, artikel, plak, cenderamata atau cenderahati atau salinan dokumen yang membentuk Skuad Pemusnah atau Demolition Squad termasuk bahan-bahan temuramah dari bekas pegawai seperti Penguasa Mat Zin dan beberapa lagi orang lama yang pernah berkhidmat sejak penubuhan.

Surat sokongan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir berkaitan penubuhan Unit Berkuda. Taklimat Bencana yang saya terlibat sama ketika Perdana Menteri 'Pak Lah' datang Bilik Gerakan JPK. Patut saya curi semua bahan itu dan simpan! :p

2. Sebab nya saya nak ceritakan pada generasi baru penguatkuasa bahawa kita pernah ada Persembahan Three Element tu. Persembahan yang melibatkan elemen bunyi (muzik), kuda & kenderaaan (motosikal).

3. Bagi orang kampung macam saya, Persembahan itulah yang membuat saya berbangga menjadi penguatkuasa DBKL selain dengan niat berkhidmat dengan pemerintah. Jika saya hanya menulis tanpa ada gambar & video sebagai bukti, payah juga. Nanti cubalah tanya pada mereka yang dah lama berkhidmat apa itu 'Persembahan Three Element'!

Memang ada yang mencemuh dan memberi alasan yang negetif, tapi biasalah, itu cemuhan mereka yang malas & menghalang kemajuan. Asyik menghentam dan mengkondem sesama sendiri.

Kerana ketika saya mula berkhidmat, jabatan kita penuh dengan kecemerlangan dari semua sudut. Sukan Berkuda, Pasukan Penyelamat yang menunjukan prestasi ke negara-negara luar. Menyertai kejohanan antarabangsa dan menjadi terkenal kerana displin dan prestasi tinggi bagi seseorang yang bergelar penguatkuasa.

4. Tak berani saya tokok tambah cerita lagi, kerana saya hanya bercakap kosong. Tapi jika berlaku lagi, saya akan dedahkan dan saya sangat pasti persembahan itu akan masuk dalam senarai Malaysian Guiness Book of Record.

No comments:

Post a Comment