Wednesday, October 15, 2014

DBKL dan Anda!

Boleh jadi anda seorang korporat, ahli perniagaan, jawatan utama sektor awam, atau anda hanya sebahagian dari penduduk bandar Kuala Lumpur. 

Anda juga mungkin adalah watak utama dalam pembangunan bandar dan luar bandar. Terlibat secara langsung dengan kontrak dan meneraju agensi yang berkaitan. 

Sebenarnya konsep sebagai pentadbir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah menyediakan perkhidmatan. Memberi keselesaan, memberi kemudahan, menyelia kerja yang melibatkan rupabentuk tanah, dinding, sungai, longkang, parit atau apa-apa sahaja harta mudah alih atau tidak alih. Atau apa-apa yang melekat di tanah. Sama ada atas atau bawah tanah. 

Dalam usaha menyedarkan tugas dan tanggungjawab itu, ada sebahagian atau kumpulan orang yang cuba mengambil kesempatan atas kepentingan awam. Tidak termasuk mereka yang merosakkan harta benda awam atau kerosakkan yang berpunca dari bencana dan kemalangan. Semua itu memerlukan kos. Walau hanya pokok bunga, hanya pasu bunga atau pagar, atau papantanda penunjuk arah. 

Pemerhatian saya, wargakota generasi baru tidak faham apa itu sampah dan perkhidmatan. Hinggakan sampah dan kekotoran pun mereka mengharap dan menyalahkan PBT. Walhal sampah dan kekotoran itu berpunca dari mereka sendiri. Begitu juga perkhidmatan lain, seperti keselesaan ruang awam seperti siar kaki dan kaki lima. Ruang yang disediakan itu adalah untuk keselesaan waga kota. Sebagai laluan  pejalan kaki, sebagai parking awam, sebagai ruang sementara untuk berteduh atau jadi tempat menunggu sebagai hentian awam lain. 

Cuba gambarkan bangunan, rumah kedai, restoran atau apa-apa premis wujud tanpa ada kaki lima dan siar kaki tersebut? Bayangkan setiap bangunan itu terus bersambung dengan jalanraya? Tempat letak kereta di jadikan ruang niaga, tiada sisi jalan untuk pejalan kaki, tiada kemudahan untuk menunggu bas dan teksi.

Akhirnya PBT jadi salah kerana mengambil tindakan terhadap pihak yang menyalahgunakan ruang awam ini. Mereka berdaftar juga sebagai pertubuhan yang sah. Mereka mencabar pula kuasa Dato Bandar dan penjawat awam lain. Dan lebih peliknya, ada sebahagian penjawat awam ini menyokong mereka. Dan pihak DBKL akur dengan tohmahan dan kritikan mereka sehingga menjatuhkan reputasi Jabatan Penguatkuasaan sebagai jabatan yang menguatkuasa undang-undang yang di perwakilkan. 

Atas alasan BUDIBICARA! 

Tuesday, October 14, 2014

Akta Budi Bicara WPKL 2015

Suatu Akta bagi menyusun semula dan menyatukan undang-undang berhubung dengan kerajaan tempatan.

Bahagian 1 Permulaan

1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula kuatkuasa.
(1) Akta ini boleh lah di gunapakai bagi semua PBT yang terlibat dan hanya terpakai bagi Malaysia Barat sahaja.

Seksyen 10. Seksyen ini boleh di guna pakai bagi kakitangan yang baru belajar-belajar nak guna budi bicara.

Seksyen 20, 30 & 40 pula boleh di gunakan bagi mereka yang bertugas secara berpasangan tidak kurang dari 2 atau 3 orang.

Seksyen 50, 100 & seterusnya akan terpakai hanya apabila berjaya menguasai seksyen yang di sebut sebelum. Manakala tindakan itu boleh jadi seorang atau lebih.

Keterangan Seksyen.

Kaedah ini terpakai sekiranya melibatkan tindakan yang berterusan atau secara berkala atau bermusim.

Manakala apabila tiba musim perayaan, seksyen tersebut adalah tidak sesuai melainkan penetapan itu di terangkan dengan seksyen berlainan dan tidak terpakai antara seksyen itu sama sekali.

Jika ada sesiapa yang percaya, anda tergolong dalam kumpulan yang tak boleh di bawa berbincang!

:p

Thursday, October 9, 2014

Penguatkuasa dan Kerjaya!

Yang menarik perhatian saya, dalam masa 5 bulan lagi kita akan ada Pengarah baru. Bukan saya nak mengadakan cerita atau sengaja buat cerita, tapi Pengarah sedia ada yang memaklumkan dalam perhimpunan yang lepas. Di tambah pula dengan sokongan cakap kawan yang berada di ibu pejabat DBKL. Saya terima berita bahawa permohonan bersara awal itu telah pun diluluskan.

Maka dengan sendirinya kita akan terfikir, siapa pula pengantinya, sama ada di kalangan penguatkuasa sendiri atau dari jabatan luar. Tapi secara logiknya, timbalan yang sedia ada akan memangku jawatan tersebut. Tak perlu saya sebut nama, kita sama-sama tahu. 

Saya baru wujud di jabatan ini 15 tahun, tak banyak benda yang saya tahu. Hanya saya suka mempertikai tentang jasa dan tempoh khidmat seseorang anggota penguatkuasa dan bentuk latihan yang sepatutnya penguatkuasa itu dapat. Contoh dari prospek kerjaya dan bimbingan kerjaya. Apa yang penguatkuasa boleh capai dalam tempoh perkhidmatan tertentu. 

Antara cadangan yang pernah saya anjurkan, untuk mengenali mereka yang dah lama berkhidmat, ribbon bar di dada kiri seorang penguatkuasa itu perlu setimpal dengan tempoh perkhidmatan. 
Antara tempoh yang saya syorkan adalah setiap 5, 10, 15, 20 dan 25 tahun. Setiap 5 tahun, jabatan akan mengiktiraf dengan anugerah perkhidmatan tersebut. Hanya 'ribbon bar' dan buah yang bernilai sekitar RM 80 ringgit. Dan jika selepas 25 tahun berkhidmat, akan ada 5 ribbon bar dan mungkin akan ada 1 ribbon bar Perkhidmatan Cemerlang, itu sudah memadai dan meletakkan maruah seorang penguatkuasa di tempat yang sewajarnya. Nilai 6 jenis ribbon bar tersebut sekitar RM 24 ringgit, dan jika nak buah sekali, dalam RM 400 ringgit. Itu nilai yang jabatan perlu sediakan atas jasa dan khidmat yang telah diberikan. 

Susah nak buat cadangan dan mendapat sokongan? Kuasa ketua jabatan sangat jelas dalam perkara tersebut. Malah, ketua jabatan boleh melantik sesiapa sahaja yang dia suka jika dia mahu. 

Pangkat? Saya rasa elok saya simpan saranan saya berkaitan pangkat. Dalam masa 5 bulan ni, macam-macam boleh jadi pada saya. :p 

Wasalam.. 

Wednesday, October 1, 2014

Pinjaman Perumahan! Masa depan! Keluarga!

Boleh jadi, ramai yang anggap beli rumah akan jadi perkara terakhir yang akan dibuat selepas berkahwin, beli kereta, beli superbike, atau beli rumah kedai atau aset hartanah yang lain. Saya juga tergolong yang tak beli rumah ketika muda, sebab ingat dah ada tanah dan rumah. Buat apa saya nak bazir duit. Saya anggap membazir  beli rumah secara hutang kerana rumah tak melekat pada tanah. Tergantung di udara (Rumah Pangsa)!

Rupanya pinjaman perumahan yang kerajaan sediakan pada kakitangan kerajaan ini adalah 'pakej hutang' yang menguntungkan pihak kita. Dengan nilai kadar bunga 4% itu pun, kita tetap akan untung dengan nilai pasaran harga rumah yang naik setiap tahun. Manakala faedah 4% itu pula di kira dari jumlah baki hutang yang tertunggak. Sedang kan bank mengenakan kadar faedah pada jumlah asal pinjaman.

Selain beli rumah, boleh juga pinjam untuk beli tanah & buat rumah. Boleh pinjam untuk ubahsuai rumah juga dengan syarat rumah itu di beli mengunakan pinjaman perumahan juga.

Untuk memudahkan pengiraan kelayakan pinjaman, darab 10 nilai gaji pokok. Kalau gaji rm 1500.00, maka kelayakan adalah rm150000.00. Manakala jumlah potongan pula adalah 60℅ daripada gaji pokok. Tapi menurut pegawai yang berucap tu. Itu hanya syarat atas kertas. Dia cakap, asalkan ada duit baki dalam pay slip maka layak buat pinjaman tersebut.

Jika nama blacklist atau kena ctos atau ccris tu tak jadi masalah. Bahagian pinjaman perumahan tak akan semak tanggungan kita kalau kita tak bagitahu. Erti kata lain. Asalkan ada baki yang mencukupi untuk pinjam, maka boleh pinjam! :p

Siapa yang tak pergi tadi, anda tergolong dalam manusia-manusia yang kerugian.. Ha3!!