Wednesday, October 15, 2014

DBKL dan Anda!

Boleh jadi anda seorang korporat, ahli perniagaan, jawatan utama sektor awam, atau anda hanya sebahagian dari penduduk bandar Kuala Lumpur. 

Anda juga mungkin adalah watak utama dalam pembangunan bandar dan luar bandar. Terlibat secara langsung dengan kontrak dan meneraju agensi yang berkaitan. 

Sebenarnya konsep sebagai pentadbir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur adalah menyediakan perkhidmatan. Memberi keselesaan, memberi kemudahan, menyelia kerja yang melibatkan rupabentuk tanah, dinding, sungai, longkang, parit atau apa-apa sahaja harta mudah alih atau tidak alih. Atau apa-apa yang melekat di tanah. Sama ada atas atau bawah tanah. 

Dalam usaha menyedarkan tugas dan tanggungjawab itu, ada sebahagian atau kumpulan orang yang cuba mengambil kesempatan atas kepentingan awam. Tidak termasuk mereka yang merosakkan harta benda awam atau kerosakkan yang berpunca dari bencana dan kemalangan. Semua itu memerlukan kos. Walau hanya pokok bunga, hanya pasu bunga atau pagar, atau papantanda penunjuk arah. 

Pemerhatian saya, wargakota generasi baru tidak faham apa itu sampah dan perkhidmatan. Hinggakan sampah dan kekotoran pun mereka mengharap dan menyalahkan PBT. Walhal sampah dan kekotoran itu berpunca dari mereka sendiri. Begitu juga perkhidmatan lain, seperti keselesaan ruang awam seperti siar kaki dan kaki lima. Ruang yang disediakan itu adalah untuk keselesaan waga kota. Sebagai laluan  pejalan kaki, sebagai parking awam, sebagai ruang sementara untuk berteduh atau jadi tempat menunggu sebagai hentian awam lain. 

Cuba gambarkan bangunan, rumah kedai, restoran atau apa-apa premis wujud tanpa ada kaki lima dan siar kaki tersebut? Bayangkan setiap bangunan itu terus bersambung dengan jalanraya? Tempat letak kereta di jadikan ruang niaga, tiada sisi jalan untuk pejalan kaki, tiada kemudahan untuk menunggu bas dan teksi.

Akhirnya PBT jadi salah kerana mengambil tindakan terhadap pihak yang menyalahgunakan ruang awam ini. Mereka berdaftar juga sebagai pertubuhan yang sah. Mereka mencabar pula kuasa Dato Bandar dan penjawat awam lain. Dan lebih peliknya, ada sebahagian penjawat awam ini menyokong mereka. Dan pihak DBKL akur dengan tohmahan dan kritikan mereka sehingga menjatuhkan reputasi Jabatan Penguatkuasaan sebagai jabatan yang menguatkuasa undang-undang yang di perwakilkan. 

Atas alasan BUDIBICARA! 

1 comment:

  1. Saya lihat keadaan dipasar chow kit begitu tidak teratur parkir nya sehingga menyebabkn jem dgn motorsikal bertaburan di kiri dan kanan jalan depan plaza safuan dan saya harap ada pemantauan dari pihak dbkl disana

    ReplyDelete