Thursday, October 9, 2014

Penguatkuasa dan Kerjaya!

Yang menarik perhatian saya, dalam masa 5 bulan lagi kita akan ada Pengarah baru. Bukan saya nak mengadakan cerita atau sengaja buat cerita, tapi Pengarah sedia ada yang memaklumkan dalam perhimpunan yang lepas. Di tambah pula dengan sokongan cakap kawan yang berada di ibu pejabat DBKL. Saya terima berita bahawa permohonan bersara awal itu telah pun diluluskan.

Maka dengan sendirinya kita akan terfikir, siapa pula pengantinya, sama ada di kalangan penguatkuasa sendiri atau dari jabatan luar. Tapi secara logiknya, timbalan yang sedia ada akan memangku jawatan tersebut. Tak perlu saya sebut nama, kita sama-sama tahu. 

Saya baru wujud di jabatan ini 15 tahun, tak banyak benda yang saya tahu. Hanya saya suka mempertikai tentang jasa dan tempoh khidmat seseorang anggota penguatkuasa dan bentuk latihan yang sepatutnya penguatkuasa itu dapat. Contoh dari prospek kerjaya dan bimbingan kerjaya. Apa yang penguatkuasa boleh capai dalam tempoh perkhidmatan tertentu. 

Antara cadangan yang pernah saya anjurkan, untuk mengenali mereka yang dah lama berkhidmat, ribbon bar di dada kiri seorang penguatkuasa itu perlu setimpal dengan tempoh perkhidmatan. 
Antara tempoh yang saya syorkan adalah setiap 5, 10, 15, 20 dan 25 tahun. Setiap 5 tahun, jabatan akan mengiktiraf dengan anugerah perkhidmatan tersebut. Hanya 'ribbon bar' dan buah yang bernilai sekitar RM 80 ringgit. Dan jika selepas 25 tahun berkhidmat, akan ada 5 ribbon bar dan mungkin akan ada 1 ribbon bar Perkhidmatan Cemerlang, itu sudah memadai dan meletakkan maruah seorang penguatkuasa di tempat yang sewajarnya. Nilai 6 jenis ribbon bar tersebut sekitar RM 24 ringgit, dan jika nak buah sekali, dalam RM 400 ringgit. Itu nilai yang jabatan perlu sediakan atas jasa dan khidmat yang telah diberikan. 

Susah nak buat cadangan dan mendapat sokongan? Kuasa ketua jabatan sangat jelas dalam perkara tersebut. Malah, ketua jabatan boleh melantik sesiapa sahaja yang dia suka jika dia mahu. 

Pangkat? Saya rasa elok saya simpan saranan saya berkaitan pangkat. Dalam masa 5 bulan ni, macam-macam boleh jadi pada saya. :p 

Wasalam.. 

No comments:

Post a Comment