Saturday, December 27, 2014

Mengapa saya di halau dari Mesyuarat Agung CUEPACS dan ANULAE.

Penjelasan. 

1. Saya bertanya kenapa pihak CUEPACS tak tetap pendirian pada skim gred gaji. Sekejap cakap nak samakan dengan 6 agensi beruniform, sekejap nak bagi gred n27 sebagai gred minimum pada penguatkuasa / agensi penguatkuasaan. 

2. Saya tanya kenapa tak nak ubah gred gaji N bagi kategori N17, sebab :

a) SPM gred 17 boleh naik kepada 22 dan 26,

b) STPM / Diploma gred 27 boleh naik kepada 32 dan 36 sahaja

Manakala 
c) Ijazah gred 41 boleh naik, 44, 48, 52, 54, JUSA C, JUSA B, JUSA A, Turus 3, Turus 2 dan Turus 1.

3. Kenapa tak praktik kan elaun kemahiran dan tugasan. Seperti Elaun Khas Trafik  yang pihak PDRM berikan pada anggotanya, sedangkan penguatkuasa trafik juga adalah warden lalulintas yang sah pada  undang2. 

Begitu juga pada pihak Skuad Penyelamat, mereka juga ada lesen profesional berkaitan dengan ujian menyelamat, menyelam, mengendali peralatan khas seperti alatan menyelamat dan seerti.

Termasuk Unit Berkuda, mereka menjalani latihan khas berkaitan dengan menunggang dan menjaga kuda, kemahiran melatih dan menjaga kuda termasuk kesihatan dan keselamatan fizikal kuda yang lain.

Termasuk Unit Pancaragam, mereka juga mengambil peperiksaan khas London Of Musical School. Mereka di ikhtifaf juga sebagai pemain muzik yang berkelayakan. Malah mereka juga pernah menyertai pertandingan peringkat dunia, mereka juga menjalani latihan yang berterusan sepanjang tahun. Antara rahsia mereka yang saya tahu, mereka ada simpan lagu khas yang hanya boleh di mainkan oleh beberapa pasukan pancaragam dunia. Mereka ada simpan lagu berharga tersebut, sejauh mana kebenaran itu, tanya lah mereka sendiri. 

Itulah ringkasan dan cadangan saya pada pihak pengurusan, supaya di bincangkan kembali peranan elaun kemahiran yang layak penguatkuasa DBKL terima.. 

Selebihnya.. Berdoalah!! 

Bantuan Kemanusiaan Bencana Banjir DBKL

Nampak kawan-kawan baru penguatkuasa tertanya-tanya jika ada misi bantuan diberikan pada mereka yang terlibat dengan banjir. Jawapan nya ada! Sabar! Jika ada rezeki, kita akan ke lokasi yang di maksudkan. 

Sejak saya di JPK ni, bukan setakat dalam negara, Acheh pun kita hantar. Ketika Tsunami dahulu. Dan dalam pemerhatian saya pula, ketika saya di pentadbiran, kita pernah hantar bantuan kemanusian itu ke Johor, Kedah dan Pahang. Yang kedah tu saya macam sipi sipi je ingat. Kerana kandungan gambar dan video tu saya lupa letak di mana. Satu salinan di unit multimedia, satu salinan lagi patut dalam simpanan saya, tapi entah kemana pula saya letak. 

Biasa hantar selepas bencana banjir. Buat pembersihan. Buat 2 kumpulan besar. 1 kumpulan akan pergi 100 orang. Terdiri dari pelbagai pangkat. 

Jangan bimbang, ada elaun juga. Selain bekalan lain yang di beri sepanjang masa berada di lokasi bencana. Makan minum semua di bawa dari KL, gotong royong masak. Bukan hanya JPK, ada jabatan lain turut serta, mengikut kapasiti bidang tugas masing-masing. 

Segala jenis jentera juga di bawa. Cuma setakat ini, saya tak dengar pula jet ski dan hovercraf di bawa bersama. Kerana keadaan dan surut, hanya kerja pembersihan sahaja yang di lakukan.

Jika anda bernasib baik, insyallah! Pergilah bersama misi bantuan kemanusiaan tersebut.. 

Thursday, December 25, 2014

PERATURAN MEMBERIKAN KEBENARAN TIDAK HADIR KERJA ATAS SEBAB-MUSABAB KECEMASAN AM

 

___________

PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 1986
___________

 PERATURAN MEMBERIKAN KEBENARAN TIDAK HADIR
KERJA ATAS SEBAB-MUSABAB KECEMASAN AM


1.    
Tujuan

    Tujuan Pekeliling ini ialah untuk menetapkan peraturan bagi memberikan kebenaran kepada pegawai-pegawai tidak hadir bekerja di atas sebab-sebab kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh, lain-lain malapetaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa.


2.    Latar Belakang

2.1     Pada masa ini tidak ada peraturan yang seragam yang boleh digunakan oleh Ketua-ketua Jabatan apabila menguruskan kes-kes pegawai di bawah kawalan mereka yang tidak hadir ke pejabat disebabkan oleh bencana alam atau kecemasan seperti yang disebutkan di atas. Akibatnya ialah Ketua-ketua Jabatan telah mengadakan peraturan-peraturan mereka sendiri seperti memotong cuti rehat, memberikan cuti tanpa rekod, mengenakan cuti tanpa gaji atau "time off". Jabatan Perkhidmatan Awam mendapati bahawa peraturan seperti ini adalah tidak kemas dan oleh itu satu peraturan baru yang seragam telah diadakan untuk dilaksanakan bagi semua Perkhidmatan Kerajaan.


3.    
Peraturan Baru

3.1    Dengan berkuatkuasanya Pekeliling ini, Ketua-ketua Jabatan adalah diberi kuasa untuk membenarkan pegawai di bawah kawalan masing-masing tidak hadir ke pejabat menjalankan tugas akibat sesuatu kejadian kecemasan yang menyebabkan keadaan memaksa pegawai itu tidak dapat hadir bekerja.

3.2    Pegawai yang tidak hadir kerja disebabkan kecemasan am itu hendaklah mengemukakan satu perakuan seperti di Lampiran 'A' sebaik sahaja pegawai itu bertugas semula dan Ketua Jabatan hendaklah berpuas hati dan mengesahkan bahawa kecemasan am telah berlaku yang menyebabkan pegawai itu tidak dapat hadir bertugas.

 

mukasurat 1

 

 

 

3.3     Dalam menimbangkan perakuan pegawai ini, Ketua Jabatan bolehlah memperolehi maklumat dan pengesahan kejadian kecemasan am atau perintah tertentu sebenarnya telah berlaku daripada punca-punca berikut:

3.3.1     Pegawai Daerah atau Penghulu,

3.3.2     Pejabat Polis,

3.3.3     Jabatan Penerangan,

3.3.4     Jabatan Kebajikan,

3.3.5     Siaran massa media.

3.4     Sekiranya Ketua Jabatan tidak berpuas hati dengan perakuan yang dikemukakan, maka Ketua Jabatan boleh memotong cuti rehat tahunan pegawai ataupun menganggap tempoh itu sebagai cuti tanpa gaji sekiranya cuti rehat tahunan pegawai sudah habis digunakan.

3.5     Kes-kes bencana dan kemalangan yang berlaku ke atas peribadi ataupun yang melibatkan harta benda seseorang pegawai tidak termasuk di dalam istilah kecemasan am seperti yang dinyatakan di dalam Pekeliling ini. Ini bermakna jikalau sesuatu bencana atau kemalangan berlaku ke atas pegawai atau ke atas harta bendanya maka kejadian itu disifatkan sebagai kecemasan peribadi dan jikalau pegawai itu tidak hadir bekerja hendaklah ia mendapat kebenaran cuti daripada Ketua Jabatannya.

4.     Pelbagai

4.1     Pegawai-pegawai yang bertugas di luar pejabat yang tidak dapat pulang ke ibu pejabatnya disebabkan kecemasan am itu akan terus dibenarkan berada di tempat tersebut seolah-olah masih menjalankan tugas rasmi dan layak menuntut elaun-elaun di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 1980 itu dan lain-lain Pekeliling yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

4.2     Kebenaran tidak hadir kerja dengan sebab kecemasan am ini tidak menjejaskan kelayakan cuti seseorang pegawai dan pegawai tidak perlu mengemukakan permohonan cuti bagi tempoh tidak hadir kerja itu.

5.     Tarikh Kuatkuasa

5.1     Tarikh kuatkuasa Pekeliling ini adalah dari tarikh Pekeliling ini dikeluarkan.

 

 

TAN SRI ROZHAN BIN KUNTOM,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia

28 Februari 1986

 

 

mukasurat 2

LAMPIRAN 'A'

 

PERAKUAN TIDAK HADIR KE PEJABAT ATAS
SEBAB-SEBAB KECEMASAN MENGIKUT PEKELILING
PERKHIDMATAN BIL. 1 TAHUN 1986

 

Kepada: .................................................................................................................................................................................

(Ketua Jabatan)

Adalah saya memaklumkan bahawa saya telah tidak dapat hadir ke pejabat/ untuk menjalankan tugas dari jam ……………… hingga ke jam ……………… pada tarikh ………………. /dari tarikh ……………… hingga ke tarikh ……………… disebabkan oleh perkara yang berikut:

 

 

telah berlaku di tempat tinggal/kawasan saya berada/di antara tempat kediaman saya dengan tempat pekerjaan hingga menyebabkan saya tidak dapat hadir bekerja seperti biasa.

Tarikh ………………….......................…………

Tandatangan………….............................................…...................

 

Nama ……………………………………………...........................

(dengan huruf besar)

 

Jawatan …………............................................………...................


Keputusan Ketua Jabatan

 

*(a)

Saya berpuas hati dengan alasan-alasan yang di atas dan keseluruhan tempoh beliau tidak hadir ke pejabat itu yakni selama ……………………………(jam/hari) adalah dibenarkan;

 

*(b)

Saya berpuas hati hanya ………………jam/hari sahaja pegawai dibenarkan tidak hadir di pejabat. (Bakinya sebanyak …………..... .hari hendaklah ditolak daripada Cuti Rehat pegawai, Kalau Cuti Rehat sudah habis atau tidak mencukupi, dibenarkan Cuti Tanpa Gaji);

 

*(c)

Saya tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang diberi. Oleh itu keseluruhan tempoh tidak hadir di pejabat itu hendaklah ditolak dengan Cuti Rehat atau diberi Cuti Tanpa Gaji sekiranya Cuti Rehat sudah habis atau tidak mencukupi.

 

Tarikh ………………………….......................…

Tandatangan………...........................................………

 

Nama …………..........................................……………

 

* Potong mana-mana yang tidak sesuai.

 

 

 

Monday, December 22, 2014

Kejohanan Sukan Antara Jabatan #dbkl

Itu nama secara rasminya.. Tapi saya suka sebut Sukan DBKL lagi. Ringkas dan membawa maksud yang senang atau mudah di google. Tapi tak kisah lah, matlamat sebenar nak bersukan. Bukan nak cipta nama atau tajuk sukan. Kali terakhir DBKL buat sukan tahun 2008. Yang pernah bermain atau menyertai pula dan jadi terlalu veteran. Bukan menyindir, tapi keperluan pada sukan itu tidak penting. 

Antara nama-nama baru yang saya kenal adalah Najwa, Nasyabella dan Marlia.. Off course la yang muda dan bujang, saya tak cerita la pasal yang dah berkahwin dan ada anak. Kan... :p 

Apa yang mengelikan hati saya, mereka anggap saya 'keras' dan tak boleh di bawa berbincang, apa bila mula mengenali, mereka juga terkejut meilhat saya boleh bermain congkak dan batu seremban. Kali terakhir sukan dbkl di buat, saya menang pertandingan gubahan hiasan hantaran dan pertandingan membungkus hadiah. Bukan kerana minat, tapi bukti menunjukan bahawa saya boleh berada dimana-mana asalkan diberi peluang. 

Selebihnya saya ingin memuji ahli pasukan futsal JPK 2014. Kerja keras mereka dapat sampai ke perlawanan akhir. Mereka dapat Naib Johan FUTSAL Lelaki Kejohanan Sukan Antara Jabatan. Komitmen mereka kuat, mereka sanggup mengadakan latihan pada waktu pagi, petang dan malam. Pengalaman baru bagi saya. Buat saya berbangga. 

Bagi tahun 2015, saya sudah merangka-rangka kertas cadangan untuk bolasepak dan futsal. Jika boleh, 2 kejohanan anjuran sendiri. 2 kejohanan di dalam kawasan Lembah Kelang dan 2 kejohanan di luar Lembah Kelang. Pasal budget memang tak ada. Tapi tak salah nak mencuba..